Ziarah Sahabat...
Minggu lepas salah seorang sahabat ahli usrah Makkah (Mohd Lotfi Lokman) telah menerima musibah apabila isterinya telah mengalami keguguran kandungan yang baru berusia 3 bulan. Cerita mengenai detik-detik cemas beliau boleh di baca didalam blognya (na5wa.blogspot.com).
Sebagai ahli seusrah, kami merasakan musibah yang menimpa sahabat itu turut kami rasai walaupun kami faham pepatah yang menyebut "Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul". Atas kesedaran yang ada maka kami semua ahli usrah telah bersetuju mengutip sumbangan di kalangan ahli bagi meringankan beban yang ditanggung oleh sahabat.
Pada pagi jumaat yang lepas, ketika sahabat-sahabat datang breakfast di rumah saya, saya telah menyediakan tabung untuk tujuan tersebut. Alhamdulillah jumlahnya agak memberangsangkan. Pada sebelah petangnya Hj Abdul Rahman telah membuat temujanji dengan akhi Lotfi untuk datang ziarah di sebelah malam ke rumahnya. Saya pun telah memberitahu sahabat-sahabat yang lain yang berkelapangan untuk sama-sama hadir dalam ziarah ini. Saya dimaklumkan selain saya dan akhi Rahman, akhi Azam dan akhi Arshad juga sudi bersama-sama dalam ziarah tersebut. Akhi Amin yang baru pulang dari Madinah petang itu juga telah bersetuju untuk hadir atas semangat ukhuwah saudara seusrah...
Kami tiba di rumah akhi lotfi kira-kira jam 10.15malam. Rumah beliau di Syisya bersebelahan dengan bangunan Tabung Haji Syisha. Orang kuat Tabung Haji le katakan...... Kami disambut mesra oleh tuan rumah. Ketika di rumah beliau kami bersembang mengenai hal-hal semasa dan khabar sahabat-sahabat. Kami tidak lagi bercerita mengenai kejadian yang dialami oleh beliau kerana masing-masing di kalangan kami telah mengetahui cerita sebenar melalui web blognya. Alhamdulillah kelihatan zaujahnya telah semakin pulih dan telah pun boleh bangun. Kelihatan wajahnya ceria bersama tetamu wanita walaupun di hatinya masih lagi terkenang peristiwa yang baru seminggu dialaminya.
Setelah hampir sejam kami di rumah beliau, maka saya mewakili sahabat-sahabat memulakan bicara menyatakan tujuan kami datang selain utk ziarah kami juga membawa sedikit sumbangan dari sahabat-sahabat yang prihatin untuk meringankan beban terhadap akhi lotfi. Lalu saya pun menyerahkan sumbangan tersebut kepada beliau. Beliau kelihatan terharu atas keprihatinan sahabat-sahabat (tapi tak de le sampai nangis-nangis...) dan mengucapkan terima kasih banyak kepada sahabat-sahabat.....
Dalam ruangan blog ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang telah sudi menghulurkan sumbangan tersebut. Jazakallah khairan kathira... Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa dari kita ini dapat meringankan sedikit bebanan akhi Lotfi. Itulah indahnya hidup berjemaah. Benarlah sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud "setiap muslim dan muslim yang lain seumpama seperti satu badan, bila mana satu anggota merasa sakit maka seluruh anggota badan akan berjaga dan demam". Marilah kita sama-sama merapatkan lagi ukhwah sesama kita semoga kita diberi ganjaran dan kelebihan di dunia dan akhirat.
Hj Khuzz
1 comment:
first, jazakumullahu khairan katheera.. hanya Allah sahaja yang layak membalas jasa antum semua.. memang sangat terharu dengan kunjungan dan pemberian sumbangan tersebut.. bukan sahaja sedikit tapi banyak meringankan tanggungan kami. Alhamdulillah.. Memang dalam gambar nampak muka macam mangsa terus..hehehehe.. semoga Allah melimpahkan rahmatnya pada antum semua..amin..
Post a Comment