Saturday, August 2, 2008

DYMM Yang Di Pertuan Agong di Tanah Haram

Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berada di Tanah Suci dalam rangka baginda dan rombongan menyempurnakan Ibadah Umrah. Baginda sampai di Saudi sejak Ahad lepas. Selepas dua hari di Madinah Al-Munawarah baginda dan rombongan kemudian datang ke Makkah Al-Mukarramah.
Kami rakyat Malaysia yang berada di tanah haram ini merasa sangat-sangat gembira dengan kedatangan Tuanku dan kami mengharapkan ada ruang untuk bertemu mata dengan Tuanku. Hari demi hari kami lalui, tiada pun jemputan dan panggilan dari pihak berwajib bagi memaklumkan adanya pertemuan antara Tuanku dan rakyat baginda yang berada di Tanah Haram ini. Terdedik jugak hati ini adakah kedatangan Tuanku ke Makkah kali ini hanya semata-mata untuk mengerjakan ibadah umrah atau pihak yang berwajib gagal memprogramkan masa Tuanku untuk bertemu rakyat. Tiba-tiba setelah 2 hari tuanku di Makkah saya mendapat khabar dari Hj Lutfi bahawa Tuanku akan mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di tingkat 1 Masjidilharam.
Pertemuan dengan pelajar berjalan dengan jayanya. Ketika ini hanya 3 orang pelajar yang tidak pulang ke tanah air. Mereka adalah Hj Abdul Rahman, Hj Lutfi dan Hj Meor. So mereka bertiga sahajalah mendapat peluang bertemu Tuanku. Sila rujuk gambar dibawah.


Gambar atas kelihatan Hj Rahman membisikkan sesuatu kepada Tuanku dan didengar dengar penuh minat oleh Tuanku, manakala gambar bawah kelihatan Hj Lutfi dan Hj Meor sedang beramah mesra dengan Tuanku. Beruntung le mereka bertiga…
Maka kami yang bukan bergelar pelajar ini bercakap sesama kami mungkin hari ini masa utk pelajar mengadap Tuanku, mungkin hari-hari berikutnya akan ada masa bagi kami pula untuk mengadap dan bertemu Tuanku yang di kasihi. Penantian kami hampa….
Pada hari jumaat 1 Ogos 2008 ketika kami selesai menunaikan solat jumaat, kami mendapat khabar bahawa petang ini jam 2.30pm Tuanku dan rombongan akan mengerjakan tawaf wida’ dan akan berangkat ke Jeddah sesudah itu. Maka ramai le antara kami kecewa kerana tidak berkesempatan mengadap dan bertemu mata dengan Tuanku Yang di Pertuan Agong yang kami kasihi. Apa lah daya kami kerana hanya insan biasa di negeri orang. Dah lah di sini kami sebagai perantau di negara orang sesekali pemimpin datang teringin juga untuk bertemu. Kami pasrah atas keadaan kami…
Bagi mengubati rindu di hati utk melihat wajah Tuanku Yang di Pertuan Agong saya dan beberapa kawan-kawan berpakat untuk menunggu Tuanku di Masjidilharam ketika Tuanku menunakan Tawaf wida’. Kalau tak dapat berjabat salam dan mencium tangan Tuanku, kami dapat melihat wajah Tuanku pun jadilah sebagai penawar rindu terhadap Tuanku. Lalu kami berada di dalam Masjidilharam pada masa yang telah di khabarkan sekejap tadi. Sebentar kemudian kami terlihat sekumpulan askar saudi bertopi hijau dan diiringi oleh polis saudi berjalan masuk ke Haram dan menuju ke Baitillah. Kami menjengah dan kelihatan kelibat tubuh Tuanku segak berkaca mata hitam bersama Permaisuri dan anak-anaknya berada dalam lingkungan askar dan polis itu. Alangkah gembiranya kami dapat melihat wajah Tuanku. Lalu kami pun bersama mengekori dari belakang rombongan Tuanku.

Tuanku dan rombongan menuju ke dalam Masjid selepas selesai Tawaf.
Saya dan sdr Azam sekeluarga mengekori dan sama-sama mengerjakan Tawaf bersama rombongan Tuanku. Dalam hati saya masih lagi berhajat untuk bersalam dengan Tuanku, tetapi setiap kali kami cuba menghampiri Tuanku, kami telah dihalang oleh askar dan pengiring Tuanku. Kami pasrah…
Sahabat saya sdr Azam telah ditarik keluar oleh pengiring Tuanku ketika beliau cuba menghampiri Tuanku. Lalu kami sekali lagi pasrah… Cukup le sekadar melihat wajah Tuanku dan Permaisuri dari jauh untuk melepaskan rindu…. Daulat Tuanku….
Selepas menunaikan Tawaf wida’ Tuanku dan rombongan menuju ke dalam Masjid. Seketika kemudian Tuanku dan rombongan berhenti untuk berdoa. Doa disempurnakan oleh penasihat agama Tuanku, Yang Berbahagia Ustaz Haji Shukri. Ketika itu saya sempat mengambil gambar Tuanku walaupun beberapa kali saya dihalang berbuat demikian. Kami tunggu sehinggalah rombongan Tuanku hilang dari pandangan. Selamat Pulang Tuanku ke tanah air semoga dianugerahkan Umrah yang Mabrur dan dimakbulkan doa Tuanku agar rakyat dan negara berada dalam aman dan sejahtera dan menuju ke Alam Malaysia Baru…


Cuma ape yang terkilan di hati adalah kerana pihak berwajib gagal untuk mengaturkan program untuk rakyat Malaysia yang bertugas di Makkah ini. Sepatutnya buatlah satu program sekurang-kurangnya dapat seketika bersama Tuanku. Apakah kami ini tidak layak untuk bertemu Raja kami atau kurangkah darjat sesiapa yang berwajib itu mengaturkan satu program utk kami. Kelas keduakah kami yang bekerja di luar negara ini…. Berbagai fikiran dan idea bermain di benak fikiran ini. Bagi yang membaca tulisan ini dan berpeluang sampaikan isi hati kami ini tolonglah sampaikan pada yang berkenaan…. Sebab saya dimaklumkan Tuanku cukup menginginkan bertemu dengan rakyat tetapi ianya dihalang oleh mereka-mereka yang mengelilingi Tuanku atas alasan protokol… Entahlah betul atau tidak tetapi saya cukup yakin dari segi peribadi Tuanku, memang Tuanku tiada masalah untuk berjumpa dengan rakyat.
Akhir kata “Tiada Rakyat maka tiada lah Raja. Tiada rakyat Malaysia di Saudi maka tiadalah juga kedutaan dan konsulat di bumi Ambia ini”.

No comments: