Monday, August 4, 2008

Menjengah Sejenak ke Tanahair Tercinta.

Marilah kita sesekali menjengah sejenak ke tanahair tercinta, apakah kisah yang berlaku dan akan berlaku didalam bulan ogos ini. Dalam masa terdekat ini banyak peristiwa dan berita yang menyelubungi negara…
Antaranya yang akan berlaku adalah:

1) Perdana Menteri menyatakan siasatan kes liwat DS Anwar Ibrahim telah selesai dan menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara yang akan menentukan samada ianya perlu di dakwa atau tidak. Apakah DS Anwar Ibrahim akan didakwa dan bilakah tarikhnya. Apakah juga DS Anwar Ibrahim akan ditahan dan tidak dibenarkan ikat jamin sehingga selesai perbicaraan seperti 10 tahun yang lalu. Bagaimana pula isu laporan doktor yang menyatakan tiada kesan liwat pun di……. mangsa. Adakah isu ini releven untuk dibicarakan?? Tungguuuuuu……

2) Sdr Mohd Saiful Bukhari bin Azlan mangsa liwat… menyatakan ia akan membuat sumpah Al-Quran dalam masa terdekat ini untuk menuntut keadilan demi agama, bangsa dan negara. Antara pendedahan awal menyatakan beliau telah dibawa keluar negara bersama DS Anwar Ibrahim sebanyak 4 kali. Cuma tidak dinyatakan adakah ketika di luar negara itu dia telah diperlakukan seperti di kondonya juga atau tidak. Difahamkan beliau telah diliwat sebanyak 8 kali, maka bilakah 7 tarikh lain selain 26 jun 08? Nantikanlah pendedahan detail ketika di mahkamah nanti, kata diblog peribadinya. Tungguuuuuu……

3) Minggu lepas Ahli Parlimen Permatang Pauh meletakan jawatan sebagai ahli Parlimen sekaligus mengosongkan kerusi parlimen itu untuk memberi laluan kepada suaminya DS Anwar Ibrahim bertanding dan masuk ke parlimen. Pihak SPR membuat kenyataan akhbar bahawa SPR telah menerima notis pengosongan kerusi tersebut dan akan mengumumkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh selepas mesyuarat badan itu pada rabu ini 6 ogos 08. Bilakah tarikhnya adakah sebelum puasa atau dalam bulan puasa, bolehkan DS Anwar Ibrahim bertanding, kalau dia didakwa atas kes liwat bolehkah beliau bertanding jika tidak boleh siapakah yang akan menjadi calon PKR, Siapa pula calon BN adakah Ezam Mohd Noor atau anak tempatan seperti kehendak ketua bahagian Umno Permatang pauh. Tungguuuuuu……

4) Parti Islam Semalaysia (PAS) akan mengadakan Muktamar Agongnya pada pertengahan bulan ini. Apakah isu-isu yang bakal dibincangkan. Meletupkah isu perhimpunan Protes yang dicemari konsert rock underground. Orang yang beranggungjawab ketika itu adalah YB Dr Hatta Ramli. Adakah YB akan di muhasabah dlm muktamar itu atau sebaliknya. Apakah isu muzakarah atau muqabalah menenggelamkan isu yang terhasil ketika himpunan Protes. Tungguuuuuu……

5) Pada bulan ogos ini juga bermulanya mesyuarat bahagian umno untuk pemilihan parti Nov ini. YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah mengisytiharkan akan bertanding jawatan tertinggi (Presiden) parti dan sehingga kini belum kedengaran berita beliau akan menarik diri. Apakah beliau layak untuk bertanding. Cukupkah pencalonan 30% yang perlu diperolehi oleh YBM Tengku Razaliegh bagi melayakkan beliau mencabar DS Abdullah Badawi. Bagaimana pula jawatan no 2 parti adakah ada regu Tengku Razaleigh bagi jawatan itu? Sehingga kini masih belum kedengaran calonnya, Cuma sebelum ini Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir mencadangkan agar TS Muhyidin Yasin bertanding jawatan no 2 kerana DS Najib Razak sudah tidak layak katanya. Tetapi semalam 2hb Ogos 08, TS Muhyidin telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi Naib Presiden sahaja kerana telah bersetuju dengan proses peralihan kuasa yang di putuskan oleh MT Umno dan tidak berminat untuk bertanding ke jawatan yang lebih tinggi. Apakah akan terjadi jika beliau memperolehi 20% pencalonan yang melayakan untuk beliau bertanding jawatan no 2, adakah beliau masih dengan pendirian sekarang. Tungguuuuuu……

6) Satu lagi penantian rakyat adalah mengenai harga minyak. Sebelum ini rakyat hanya dijanjikan penurunan 50 sen oleh DS Anwar Ibrahim jika Pakatan Rakyat memerintah negara dalam masa terdekat. Tetapi semalam 2hb Ogos 08 DS Abdullah Badawi juga berjanji untuk menurunkan harga minyak pada 1hb Sept 08 ini. Apakah strategi kerajaan menjanjikan penurunan harga minyak 1hb Sept ini satu langkah untuk memancing undi rakyat dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh atau kerana harga minyak di pasaran global sekarang memang menurun. Dihadapan kita mempunyai 4 senario yang perlu di tunggu;-
a) Apakah akan terjadi jika PKR menang dalam Pilihanraya kecil dan harga minyak pasaran global terus turun. Adakah harga minyak akan turun??
b) Apakah akan terjadi jika PKR menang dalam Pilihanraya kecil dan harga minyak pasaran global menunjukkan peningkatan harga. Adakah harga minyak akan turun??
c) Apakah akan terjadi jika BN menang dalam Pilihanraya kecil dan harga minyak pasaran global terus turun. Adakah harga minyak akan turun??
d) Apakah akan terjadi jika BN menang dalam Pilihanraya kecil dan harga minyak pasaran global menunjukkan peningkatan harga. Adakah harga minyak akan turun??
Tungguuuuuu……

Keenam-enam perkara yang saya ketengahkan ini semuanya menyebabkan kita menunggu dengan penuh minat kehadiran bulan Ogos 08 ini. Di hari Sambutan Kemerdekaan ke 51 nanti, adakah akan terjawab semua persoalan ini atau akan mewujudkan cerita-cerita baru rentetan dari peristiwa ini. Insyaallah saya akan ulas kembali isu-isu ini pada awal september nanti. Sama-sama kita nantikan jika dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki Insyaallah…
Hj Khuzz

No comments: