Tuesday, August 19, 2008

ISLAM DIHINA LAGI

Semalam 18 Ogos 08, berdegup deras jantung ana apabila membaca tajuk berita di Utusan Online bahawa Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan Pahang Darul Makmur telah membenarkan Or Boon Hua atau Jeffrey Or Abdullah, 36 untuk keluar dari Islam. Berita ini sungguh merentap jantung dan perasaan kita sebagai seorang yang mengaku Islam.

Menurut fakta kes Or Boon Hua telah memeluk Islam pada 20 Januari 1994 semata-mata untuk memudahkannya mengahwini seorang gadis Muslim. Pada 16 November 1996 beliau telah mengahwini gadis pilihannya itu tetapi kira-kira 5 tahun kemudian beliau telah menceraikan isterinya setelah memperolehi 2 orang anak. selepas itu beliau dikatakan telah kembali kepada kepercayaan asalnya termasuk berkunjung ke tokong, makan babi, minum arak, berjudi dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak. Sepanjang perkahwinannya itu beliau tidak pernah mempelajari agama Islam apatah lagi untuk mengamalkannya.

Hakim Datuk A. Rahman Yunus ternyata tidak mempunyai pilihan, lantaran kelompongan peruntukkan undang-undang Islam yang sebenar dalam apa yang kita amalkan, lalu terpaksa membenarkan permohonan Or Boon Hua , ana percaya demi mengelakkan mudharat yang lebih besar kepada Islam keputusan itu terpaksa di lakukan. Malah hakim itu sendiri mengakui bahawa beliau bersedih kerana terpaksa membuat keputusan itu.
Jadi siapakah yang patut dipersalahkan?

Ternyata dengan perkembangan kes ini, sesiapa sahaja boleh keluar-masuk Islam atas alasan tidak lagi mengamalkannya. Islam sudah menjadi agama “singgahan” bagi mereka yang mahu berkahwin gadis Melayu atau wanita Muslim. Selepas bosan, muak dan jelak maka bolehlah ceraikan wanita itu dan pilih untuk keluar agama, betapa hina dan hodohnya Islam?!! Adakah ini gambaran Islam yang sebenarnya??

Jika semasa zaman penjajah dahulu apabila terjadinya peristiwa Natrah. Ribuan Ummat Islam keluar ke jalan raya untuk menunjuk perasaan membantah kemurtadan terhadap Natrah tetapi selepas 51 tahun merdeka, berita murtad hanya menjadi berita kecil di akhbar sahaja dan tidak ada satu pemimpin dan pembesar negara pun yang bersuara mengenainya. Malah sehingga kini masih ramai orang tidak mengetahui tentang berita ini. Ummat Islam seluruh negara juga seakan-akan binggung apa yang patut mereka lakukan apabila membaca berita ini. Masing-masing buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila maruah Islam itu di cabar. Ummat Islam menjadi seperti kera sumbang bila mengetahui kejadian ini. Inilah padahnya apabila di pimpin oleh manusia yang bertopengkan Islam dan bertuhankan kebendaan.

Demi membela maruah dan nama baik Islam agar tidak ada lagi petualang seperti Makhluk yang bernama Or Boon Hua ini yang akan mengambil kesempatan mempermain dan memperalatkan Islam satu langkah proaktif perlu diambil iaitu benamkan kerajaaan Barisan Nasional ini ke perut bumi atau hanyutkan mereke ke Laut Cina Selatan dalam kadar yang segera.

Hari ini satu manusia telah berjaya di murtadkan disebabkan lemahnya pertahanan Islam dalam negara kita, berapa ramai lagikah nanti yang akan murtad, dan apakah kita Ummat Nabi Muhammad yang diberi kemulian dengan Islam hanya sekadar diam berpeluk tubuh. Dayuslah kita jika kita berbuat demikian. Maka ayuh bangunlah Pemuda Islam, Sedarlah Pejuang Islam kita sudah tidak punyai banyak masa untuk berehat. Islam kini di cabar dari segenap penjuru. Bangkitkanlah semangat Salahuddin Al-Ayubi ke denyut nadi kita supaya kita dapat julangkan kembali Islam untuk berada di mercunya.
Hj Khuzz

No comments: