Sunday, September 28, 2008


Sunday, September 21, 2008

Bertemu kembali..tup tap tup tap..pejam celik pejam celik..dah nak berakhir Ramadhan..isk..isk..;[sediiiihhhhhh..begitu pantas masa berlalu kan..ironinya masa berlalu itu warga-warga Tinta Haramain di Malaysia sudah banyak yang dah berubah..macam macam telah terjadi pada kami yang masih berada di tanah air..mesti dan pastinya warga Tinta Haramain di Mekah khususnya dan Arab Saudi amnya tidak sabar-sabar ingin tahu tentang perkembangan terbaru kami..hehehe..kebanyakkan kami di Malaysia ini golongan-golongan pelajar Ummul Qura dan ex student Rabitah..nak bagi senang baca, kener senaraikanlah nama sorang-sorang kan..street to the point..malas nak tulih panjang-panjang..nak qiam lak..nak rebut 10 malam terakhir ni..rugiii woooo tak pulun..

Student Ummul Qura University:
(Ganu)
Aswadi Ali=menjadi imam terawikh di Masjid Pengadang Baru,Wakaf Mempelam
Shahir Yusof=menjadi imam terawikh di Surau Gelong Bilal,Kuala Terengganu
Nik Fairul Irwan(Ayub)=menjadi imam terawikh di Surau sekitar Gong Badak
Asnawi=#mungkin menjadi imam jugak di terengganu sebab Al-hafiz
Nurul Hafiz=menjadi imam di tanah kelahirannya Besut,zaujahnya bakal menemani beliau ke mekah nanti..fuh lega hafiz;]
(Kelate)
Khairuddin=#mungkin mencurahkan ilmu di kawasannya
Aqashah=#mungkin masih aktif dengan DCL
(Kuala Lumpur)
Khairul Arifin=menjadi imam terawikh di Hotel DE PALMA Shah Alam
Abdul Rahman Al Hakim=menjadi imam terawikh di Hotel DE PALMA Shah Alam
Ahmad Falaahuddiin=menjadi imam di sekitar Lembah Klang.tukaq2 masjid&surau. kuliah ramadhan di office dan masjid,surau
Tuan Badrul Hisyam=#.mungkin jugak menjadi imam terawikh.Al-Hafiz katakan;]

Student of Rabitah;
(KL)
Syed Norhisyam=Sudah menjadi famous di kalangan penonton Astro Oasis;],tenaga penceramah dalam segmen Tazkirah Ramadhan,memberi kuliah di surau-surau&masjid sekitar lembah klang,Khatib solat Jumaat
(Kelate)
Fadhil=masih mengajar di Kolej Islam Ismail Petra(KIAS),insya allah akan menjadi raja sehari..tak lama dah tu..sahabat-sahabat pakat doakan..depan kaabah..
Toriq=#mungkin menyebarkan ilmu di kawasan sendiri,mungkin menjadi imam sebab Al-Hafiz
(Pahang)
Ali=#mungkin menyebarkan ilmu di kawasan sendiri
(Sabah)
Andika@Luqman=Pengantin Baru(sebelum poser baru ni).sedang buzy menguruskan urusan-urusan untuk melanjutkan pelajarannya di University Of Madinah

#tidak dapat di kesan apa aktivitinya,anggaran sahaja.lost contact..
semua dah ader title USTAZ,so tak yah letak lah kat depan nama tu..dah maklum;]
Insya Allah ramai dari student Ummul Qura akan berlepas pada hari raya yang ke 16 (16 Oktober )menuju ke Makkah..doakan yek;]

nota:sebarang pertambahan maklumat amatlah dialu2kan..dapat bagi sertakan nombor sahabat di Malaysia di ruangan tautan ukhwah.mana lah tahu dapat pi beraya dan ziarah menziarahi sempena lebaran kali ini..ader jugak yang tak balik iaitu akhi Lutfi,akhi Meor&akhi Rahman.maklum lah semua dah ader zaujah kat sana..hapy lah..huhu..salam akhir Ramadhan serta i'dul fitri...jumpa lagi..
Salam mesra buat warga Tinta Haramain..baru ader masa nak update..niat tu lama dah nak update..huhu..lagi 10 minit nak berbuka ni waktu malaysia..huhuheheh..tulih mner yang sempat jer lah yek..nanti sambung balik..nak tulih SESUATU YANG PENTING...tungguuuuuu...;]adiossss
Cepatnyer masa berlalu...
Tup tap tup tap dah 10 akhir Ramadhan, tup tap tup tap kiraan hari ramadhan sudah kurang dari 10 bilangan jari tangan. Angkat jari tangan, rupanya kena bengkok (krekok "bahasa ganu kite") 1 jari barulah cukup bilangan baki hari Ramdhan yang ada kini, dah hampir sangat dengan penghujung Ramadhan. Tup tap tup tap jugak dah lama tak update blog, rasa baru lagi update aritu tapi sedar-sedar dah 10 hari jugak dah terbengkalai blog ni. Bukan takde crite nak tulis tapi sukar untuk cari masa utk menceritakan.
Bulan yang kita sebelum ini tunggu-tunggu sekarang sudah hampir meninggalkan kita. Renung sejenak sepanjang 20 hari berada dalam bulan ramadhan amalan ape yg telah kita lakukan. Terawikh cukup tiap-tiap malam atau dah ada tertinggal, Quran brape juzuk lagi utk khatam? Qiammullail brape kali dah kita buat sepanjang bulan mulia ini. Adakah kita bersedekah lebih jumlahnya dari bulan-bulan yang lain.. Semua yang lepas itu telah menjadi sejarah untuk kita, marilah baki Ramadhan yang ada ini kita ciptakan sejarah yang lebih gemilang untuk Iman kita, diri kita, keluarga kita, negara kita dan Agama kita..

Cepatnye masa berlalu, Tiba-tiba teringat Lailatul Qadar... dah lepas ke belum ek?? Malam tadi dah lepas mlm ganjil pertama sepuluh akhir ramadhan, mungkinkah malam tadi malam Al-Qadar datang. Harap-harapnya tidak kerana mlm tadi tak sempat nak qiam. Insyaallah akan cuba utk tidak lepaskan peluang qiam utk malam-malam seterusnya. Malam tadi kebanyakan masjid di Makkah ni dah buat qiammullail. Masjidil haram juga dah start qiam semalam, abg Syurim ngan abg Sudais yang jadi imam mlm tadi. Keadaan di masjidilharam pun dah makin sendat dengan manusia. Sejam selepas berbuka puasa dah kena bergerak ke Haram kalu impikan tempat yang agak selesa kalu lewat bergerak dapat le duduk kat hujung dinding atau celah tangga.

Hj Khuz

Thursday, September 11, 2008

Semalam 10 Sept 08, Muhammad Ikhwan Baihaqi demam panas, pegi hospital Alawi Tunisi kena drip air + antibiotik
Kanak-kanak zaman sekarang, dalam demam demam pun sempat lagi Ber"PSP"

Walaupun dah masuk antibiotik, makan ubat demam tapi panas badan tak turun-turun... Kaget jugak kejap sampai buka puasa pun ngan segelas air je.. Ini cara antara usaha terakhir (petua org tua-tua) utk turunkan panas badan dan Alhamdulillah berjaya.. Bii Iznillah.
Kisah Dua Perjuangan

Baru2 ini seorang sahabat ana menghubungi dan mengadu mengenai hati yang tidak tenang akibat ditinggalkan oleh kekasihnya, lalu dia meminta nasihat daripada ana untuk menenangkan hatinya, oleh kerana ana bukan pakar psikologi untuk menenangkan hati seseorang sepertinya, lalu ana meminta dia untuk solat dan berdoa minta petunjuk dari Allah. Kemudian dia menghubungi ana lagi dan memberitahu bahawa hatinya masih tak tenang walaupun telah solat dan memohon doa kepada Allah.... respon awal ana, memanglah susah sebab bila kita susah baru ingin mencari Allah masa senang jarang sangat masa kita guna untuk ingatkan Allah.....

Selepas sembang-sembang skit, Lalu ana menceritakan kisah dua perjuangan dalam memilih jalan hidup iaitu kisah dari novel Uda & Dara dan kisah Sahabat Rasulullah iaitu kisah Saad Bin Muaz.

Kisah Uda dan Dara ini bermula apabila si uda amat berkenan hati dengan si dara kerana kecantikan dan kebaikan si dara ini, lalu si uda menyuruh keluarganya meminangkan si dara untuk dirinya. Kerana kebaikan dan kejujuran si uda, pinangannya telah diterima oleh keluarga si dara, maka sungguh gembiralah si dara kerana pinangannya telah diterima. Ketika masa peminangan menunggu hari untuk diijabkabulkan, si uda ada terdengar berita akan seruan oleh oleh pejuang2 negara untuk membuat demontrasi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah di pusat bandaraya negara. Oleh kerana semangat patriotiknya yang tinggi, si uda turut bertekad untuk menyertai dan bergerak ke ibu negara dan menghadapi pelbagai rintangan dalam perjalanan tersebut. Maka dengan semangat petriotik yang tinggi si uda telah berjaya bersama puluhan ribu bangsa melayu membuat demontrasi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah barat. Sesudah habis demontrasi tersebut, si uda lalu pulang ke kampung halaman dari pusat bandaraya negara. Setelah sampai di kampung, si uda telah dikejutkan dengan tunangannya telah dikahwinkan dengan pemuda lain, Keluarganya menyangka si uda telah melarikan diri dari berkahwin dengan si dara. Oleh kerana bimbangkan malu akan fitnah dari penduduk kampung maka si dara telah dikahwinkan dengan pemuda lain. Lalu si uda yang sedih dengan peristiwa ini telah membawa diri untuk mencari kerja di Singapura.

Di Singapura si uda mula berkerja dan berjinak-jinak dalam bidang penulisan dan berjaya menjadi karyawan terkenal di negara iu. Dan pada masa yang sama negara telah berjaya mencapai kemerdekaan sedikit sebanyak hasil dari demontrasi untuk membatalkan Malayan Union yang disertainya. Lalu dikenangkan kisah lalunya, kerana beliau menyertai demontrasi tersebut, maka kemerdekaan negara dapat diicapai, kerana beliau tidak berkahwin dengan si daralah beliau dapat menjadi karyawan terkenal di negara, kerana si uda telah memilih perjuangan yang betullah beliau berjaya hari ini, dalam satu rangkap dalam novel tersebut “rupanya masih ada perjuangan yang lebih penting dari perjuangan untuk membawa si dara ke pelamin.....” perjuangan untuk memerdekakan negara Malaysia.....

Agak berbeza pula dengan kisah sahabat Rasulullah iaitu Saad Bin Muaz. Beliau adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan antara Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah berkata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada mereka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk dipinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik. Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangkan anaknya yang cantik itu. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.

Apakah kita yang Islam sejak baligh ini akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita sepertimana Saad Bin Muaz?? Satu persoalan yang sukar untuk kita jawab.

Kesimpulan dari dua kisah ini adalah mereka berjaya dalam hidup mereka kerana mereka memilih perjuangan yang lebih penting iaitu perjuangan untuk memerdekakan negara dan memartabatkan Islam di muka bumi Allah ini. Sangat jauh berbeza dengan kita hari ini, sentiasa dibuai oleh angan2 dan bakhil dengan Allah. kita sanggup menghabiskan berbual dengan “pasangan” atau “awek” yang belum pasti sah atau tidak hubungan tersebut sehingga berjam-jam, tetapi kita solat untuk berjumpa Allah bagaikan kilat tidak sampai dua minit kerana kejarkan masa yang belum tentu akan datang...... kita sanggup habiskan kredit seminggu berpuluh ringgit untuk top-up handset untuk sentiasa berhubung dengan orang tersayang, tapi kedekut apabila fakir miskin meminta sedekah atau bersedekah untuk masjid demi untuk menjaga hubungan kita dengan Allah........ kita sentiasa tepat masa dalam menonton segala rancangan tv yang kita minati, tetapi sentiasa kita lambatkan janji solat kita dengan Allah walaupun setelah lama masuk waktunya..... kita sanggup membuat puluhan ayat2 indah merayu untuk orang tersayang jika orang tersayang merajuk, tetapi kedekut untuk mengeluarkan ayat rayuan memohon pengampunan kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan dalam hidup ini.......

Inilah antara punca kelemahan Islam masa kini, kerana kita lebih cintakan dunia dari cintakan Allah kerana kurangnya penghayatan kita terhadap agama Islam itu sendiri. Kita sentiasa menjaga sesuatu yang penting, tetapi kita sentiasa lupa akan sesuatu yang lebih penting. Benarlah akan hadis Rasulullah Mafhumnya:

Berjayanya generasi awal (zaman Rasulullah dan sahabat) adalah kerana mereka menyakini Islam sepenuhnya dan zuhud dengan dunia. Dan binasanya generasi akhir disebabkan bakhil (berkira dengan Allah Ta’ala) dan panjang akan angan2nya

Bersamalah kita renung-renungkan diri kita.....

Hj Khuzz

Tuesday, September 9, 2008

Perihal Kucing

Kalini kita tengok cerita kucing ek.. Kot kot ada perkara yang boleh diambil pengajaran...
Di sebuah pekan kecil di pinggir bandar. Seorang abang yang penyayang tetapi cukup membenci seekor kucing yang dipelihara oleh 3 orang adik perempuannya. Pantang nampak kucing menyelinap di depan mata di sumpah seranahnya si kucing macam binatang tu paham pulak bahasa manusia. Suatu hari tanpa pengetahuan adik-adikya, dia memutuskan untuk membuang kucing itu sejauh 200 meter dari rumahnya. Namun setibanya si abang di rumahnya, kucing itu sudah berjalan melintasi halaman rumah... Pelik sungguh!

Keesokan harinya, Si Abang belum berputus asa lagi sambil berjogging dia mengendong kucing dan memutuskan untuk membuang lagi kucing itu sejauh 2 km dari rumahnya dan meninggalkan kucing itu di taman. Tetapi ketika dia memasuki halaman rumahnya, kucing itu sedang bermain-main dengan adik-adiknya di halaman rumah! Dia selalu cuba membuang kucing itu ke tempat-tempat yang lebih jauh tetapi setiap kali itu juga si kucing itu kembali ke rumah!

Akhirnya tanpa pengetahuan adik-adiknya disuatu malam, dia memutuskan untuk memandu keretanya sejauh 20 km, lalu belok ke kanan, belok ke kiri, menyusuri lorong-lorong mati, merentasi jambatan, terowong, jalan separuh siap sehingga ke suatu tempat yang dianggapnya jauh sekali dari rumahnya. Lalu dia meninggalkan kucing itu di sana. Beberapa jam kemudian Si Abang menelefon adiknya dan bertanya tentang kucing yg telah di buangnya, "Kucing engkau orang ada kat rumah tak?""Ya!", jawab salah seorang adiknya melalui handphonenya." Pasal apa abang tanya?"Dengan nada kecewa Si Abang menjawab, "Bagi telepon pada kucingmu . Abang tersesat ni, nak tanya kucing tu macamana jalan balik rumah!"Si Adik sangat konfius dengan apa yang di dengarnya, "Dah mereeeng ke abang aku ni?


"Moral dari cerita ini: Sayangilah kucing anda. Kucingkan haiwan kesayangan Nabi.
Hj Khuzz

Thursday, September 4, 2008

Usrah Penutup Sempena Ramadhan Kareeem..

Isnin seminggu sebelum kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, kami telah mengadakan program penutup usrah, di mana usrah mingguan kami ditangguhkan seketika kerana kedatangan bulan Ramadhan. Penangguhan ini bukanlah bermakna bulan Ramadhan tidak sesuai utk berusrah tetapi memberi laluan yang besar kepada semua sahabat-sahabat untuk beramal ibadah dan bertarawikh di MasjidilHaram. Majlis itu diubah sedikit dari biasa iaitu tidak mengikut teks usrah. Ia diisi dengan tahlil kesyukuran yang dipimpin oleh Ust Lutfi dan tazkirah ringkas sempena kedatangan Ramadhan oleh Ust Man Ayu.

Ust Lutfi sedang khusyuk memimpin tahlil. Maklumle nak masuk TV Astro. Hehehe..

Ust Man Ayu sedang Menyampaikan Tazkirah Sempena Kedatangan Ramadhan

Cuma yang lain dari biasa adalah program kami kali ini dihadiri oleh krew-krew Astro dalam rangka penggambaran mereka dalam program TETAMU UMRAH yang ditayangkan di siaran ASTRO OASIS. Tetamu umrah dari pihak Astro kali ini adalah dua beranak (Ibu dan anak lelaki) dari perkampungan orang asli, Kg Triang, Bera Pahang. Si Ibu merupakan Tok Batin di perkampungan orang asli tersebut dan kalu tak silap ana, inilah satu-satunya Tok Batin dari kalangan kaum Hawa di tanahair kita. Beliau juga merupakan ibu tunggal yang telah kematian suaminya. Nama ibu ini Pn Junaidah bt Abdullah manakala anaknya Zolkafli bin Mat Isa.


Sdr Zol sedang menceritakan pengalaman beliau ketika di Madinah dan Makkah

Pn Junaidah, Tok Batin dari Kaum Hawa

Sedikit coretan mengenai tetamu umrah Astro sebelum meneliti cerita mengenai usrah. Apa yang menarik pada kedua beranak ini adalah, mereka terus beristiqamah mengamalkan ajaran Islam walaupun sekarang ini kampungnya menjadi sasaran dakwah misionari kristian. Pendakwah kristian silih ganti memasuki kampung mereka yang 70% majoritinya beragama Islam. Walaupun beragama Islam tetapi mereka kurang mengamalkan ajaran Islam kerana kurang bimbingan dan pengetahuan tentang Islam itu sendiri. Pn Junaidah sangat berharap agar mereka memiliki ustaz dan guru agama bagi yang tetap bagi mendalami ajaran Islam seterusnya membimbing mereka melaksanakan suruhan agama dengan lebih tepat.

Diceritakan paderi-paderi masuk kampong mereka setiap minggu manakala Ustaz dan Pegawai Agama hanya berkunjung 3 bulan sekali. Cerita ini terasa benar-benar terpukul kepada kita yang mengaku Islam dan pejuang Islam yang seolah-olah terlepas pandang masalah ini . Kita asyik seronok dengan berdakwah di bandar dan pekan sahaja tetapi terlupa dan alpa terhadap sahabat seagama yang di pedalaman sepertinya di mana mereka sangat memerlukan dakwah dan bimbingan. Dimanakah jabatan kerajaan yang berwajib yang mempunyai peruntukan tetap tahunan untuk program memantapkan ajaran Islam kepada Orang Asli? Dimana Jabatan Agama Islam Negeri , dimana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli?. Adakah mereka berfikiran dengan lawatan 3 bulan sekali itu akan dapat melahirkan Insan bertaqwa dan berjiwa Islam sedangkan manusia di bandar dan pekan yang dikelilingi kuliah-kuliah di masjid dan surau masih lintang pukang amalan Islamnya, masih tidak jelas Halal dan Haram dan masih ramai yang menyokong konsert Avril Lavigne sempena sambutan merdeka baru-baru ini.

Kesemua ini jelas kelihatan kegagalan kita menangani dakwah kepada mereka yang memerlukan. Peruntukan tahunan gagal ditumpahkan kepada sasaran. Lebih menyayat hati adalah, sudahlah kehidupan mereka yang daif dengan pekerjaan tetap sebagai penoreh getah dan tiada kemudahan air bersih dan elektrik, Pn Junaidah terpaksa mewakafkan tanah miliknya untuk dijadikan surau tempat beribadat di kampong tersebut. Beliau juga sering berulang alik ke Sungai Buloh Selangor (rumah Mak saudaranya) untuk mempelajari Islam kerana di sana ada Ustaz tetap yang boleh membimbingnya.

Sempena dengan kedatangan Ramadhan yang penuh berkat ini, marilah kita memuhasabah diri kita agar tanggungjawab berdakwah ini sama-sama kita pikul. Jangan kita hanya meletakkan tanggungjawab dakwah itu hanya kepada golongan Ustaz semata-mata. Kita yang bukan ustaz juga sepatutnya mengambil tanggungjawab, jika bukan dalam bidang ilmu Islam kita boleh membantu dalam bentuk yang lain. Maka semua dari kita mesti mengambil tanggung jawab ini secara bersama.

Berbalik kepada Usrah kami semula, pada malam itu sebaik selesai majlis kami dihidangkan dengan jamuan yang tidak kurang enaknya. Menu dari Chef Hashim adalah Daging Kari Mamak, Sup Kambing Special dan Percik Ayam Bakar. Sumbangan kambing dari teman Hj Arshad menjadi menu utama kami pada malam tersebut. Sedikit info pasal Astro. Bukan nak promote. Cuma nak bagitau je.Hehehe!!! Rakaman siaran Astro dalam Tetamu Umrah di Astro Oasis akan ditayangkan di kaca tv di Malaysia pada bulan Disember 08. So bagi saudara mara,rakan-rakan dan sahabat-sahabat di Malaysia yang ingin melihat kami di kaca tv pastikan anda menonton rancangan Tetamu Umrah di Astro Oasis Disember ini……

Hj Khuzz

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Datang Lagi...

Pertama-tamanya marilah kita bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan untuk yang ke sekian kalinya. Selawat dan Salam kepada Rasul Junjungan Muhammad saw, keluarga baginda, Sahabat-sahabat baginda seterusnya kepada semua ulama ulama dan pejuang-pejuang Islam yang menyampaikan dakwah sehingga kita mengenal erti kelebihan Ramadhan.
Ramadhan kali ini ana di takdirkan berada di tanah suci Makkah. Insyaallah peluang sebegini berharga tidak kami sekeluarga persiakan Insyaallah. Tahun lepas ana menyambut Ramadhan di tanah air (Malaysia Hadharah Islamiah) dan ketika Ramadhan hampir berlalu ana bertanya pada diri sendiri adakah Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat diriku ini…. Pertanyaan yang tidak mempunyai jawapan kecuali Insyaallah semoga dipanjangkan umur agar bertemu ramadhan akan datang.

Manusia memenuhi setiap ruang di Masjidilharam

setiap kali Ramadhan menjelama

Kini fajar Ramadhan datang lagi, maka terjawablah persoalan yang ana tanya hampir setahun yang lepas. Alhamdulillah Ramadhan tahun ini ana sempat menemuinya lagi pada pengAwalannya. Soalan terus bermain difikiran ana adakah pertengahannya yang menjanjikan keampunan dan penghujungnya yang dikenali sebagai pembebasan dari api neraka sempat ana hirup udaranya? Sekali lagi jawapannya Insyaallah…
Itulah daifnya kita, setiap detik dan saat tidak seorang manusia pun yang boleh menjamin akan kehidupan di muka bumi yang fana ini, pintu kubur sangat dekat dengan kita semua maka sayugialah ana memperingatkan diri yang daif ini seterusnya sahabat-sahabat yang berkunjung ke laman ini untuk sama-sama mengambil peluang keemasan ini dengan semaksimum mungkin.

Malam tadi, ketika solat terawikh di Masjidilharam terasa sagu hati ini bila mengenangkan kesempatan yang diKurniakan ini. Bertambah sayu apabila 10 rakaat terakhir kedengaran suara Imam As-Sheikh Abdul Rahman As-Sudais yang telah lama tidak kedengaran. Ana amat merindui suara itu. Kunjungan ke Masjidilharam akhir-akhir ini terasa hambar bila tidak mendengar suara imam itu seolah-olah suara itu sudah sebati dengan Masjidilharam ini. Kini suara yang telah lama menghilang muncul semula bersama sinar Ramadhan. Agar suara itu terus berkumandang sepanjang Ramadhan ini. Aku merasakan sungguh bermakna Ramadhan ini.

Keadaan bertambah sesak apabila tiba 10 malam terakhir Ramadhan

Denyut nadimu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah lebih lagi bagi yang bertadarus, menyantuni anak yatim, mengeratkan silaturrahim, bersedekah, memuliakan ibu bapa, mengasihi orang tua semuanya dijanjikan ganjaran di dalam bulan yang penuh berkat ini. Apa lagi bila membela golongan tertindas dan berusaha menghapuskan kezaliman sudah barang pasti melimpah ruah ganjarannya.

Tidak lupa untuk menjengah seketika ke dalam negara tercinta. Di sana dikhabarkan permulaan puasanya bersamaan tarikh permulaan puasa kita di saudi ini (Isnin 1 sept 08). Di pertengahan ramadhan nanti satu peristiwa besar mungkin akan berlaku di sana. Apakah malam sambutan Badar Al-Kubra nanti disambut dengan Laungan takbir dan pembesaran Allah dan Rasulnya setelah tumbangnya satu pemerintahan yang zalim? Apakah berulangnya kekalahan tentera Ahzab di bulan Ramadhan ini? Itu juga satu detik penantian yang sangat minat kita ikuti. Semuanya itu tidak musatahil kerana Tuhan yang menewaskan tentera ahzab ketika Badar Al-Kubra di zaman Rasulullah dulu, Tuhan itulah juga yang kita sembah hari dan ketika ini. Kita orang-orang yang beriman mestilah yakin dengan perkara ini. Sama-samalah kita berdoa agar semua kepungan dan tipu daya golongan yang zalim akan menikam ke lubuk jantung mereka sendiri. Aminnnn…

Hj Khuzz