Sunday, April 5, 2009

Ke Airport lagi...
Hari ini Alhamdulillah mempunyai sedikit ruang untuk mencoret dan mengaktifkan semula blog yang dah lama terbengkalai. Terima kasih kepada yang masih sudi mengunjungi blog ini.

Selama lebih dua minggu agak banyak juga peristiwa dan kisah yang berlaku sepanjang waktu itu. Insyaallah jika berkesempatan ana akan flash back kembali cerita-cerita yang sesuai.

Semalam kami ke airport jeddah untuk sama-sama mengiringi Ust Hakim menghantar kepulangan isteri dah anak sulungnya (Siti Hajar dan Akil Soleh) yang pulang ke Malaysia. Sebelum ini mereka sekeluarga di sini tetapi sekarang mereka mengambil keputusan balik ke Malaysia dahulu sebelum akan disusuli oleh Ust Hakim yang akan menamatkan pengajiannya pada penghujung bulan jun 09 nanti.

Kami mendoakan agar semuanya berjalan lancar, dan kepada Ust Hakim diharap akan tabah di bumi Haram ini walaupun tiada orang tersayang disisi.
Hj Khuzz

Monday, March 16, 2009

XPDC Jabal Thur



Suasana ketika di kaki Jabal Thurr.

Pada khamis 12 Mac 09 yg lepas, Usrah Makkah Team telah menganjurkan XPDC mendaki Jabal Thur. Program ini asalnya terbuka kepada ahli usrah Makkah sahaja tetapi selepas diwar-warkan ramai juga yang ingin turut serta lalu atas permintaan sahabat-sahabat dan kawan-kawan kami bukakan penyertaan kepada semua rakyat Malaysia yang ada di Saudi.

Perancangan awal kami tetapkan, 6.30am semua pendaki mesti berada di kaki bukit. Tetapi seperti yang diramalkan hanya 7-8 org sahaja yg betul-betul berada lokasi pada waktu yg di tetapkan. Yang memberangsangkan ialah dua wakil Jeddah sampai tepat pada waktu sedangkan ramai peseta yang dari Makkah gagal menepati masa.
Ketika permulaan pendakian

Sedikit muhasabah bagi kita semua, kita sentiasa melihat peraturan dan syarat yg ditetapkan (bukan untuk program ini sahaja) hanya suka-suka dan sambil lewa sahaja tanpa mengambil berat mengenainya. Sepatutnya jika benar-benar ingin menjadi muslim sejati, kita wajib mengambil serius dengan waktu, kita perlu tepati masa dan syarat yg ditetapkan. Kebanyakan dari kita memang selalu melewati masa yang di tetapkan malah ada di kalangan kita dah boleh di jadikan trademark “beliau” pasti akan lewat dalam ape jua program. Marilah dalam ruangan ini kita berjanji dengan diri kita supaya boleh menepati masa kerana implikasi tidak menepati masa ini besar kesannya pada “TITLE” kita sebagai seorang MUSLIM.

Pemandangan indah ketika perjalanan ke puncak

Setelah menunggu semua peserta sampai di lokasi, kami mulakan pendakian tepat jam 7am. Dalam pendakian itu kami dapat melihat panaurama Makkah dari pandangan atas. Ape yang agak mengecewakan sedikit adalah hari itu suasana jerubu menyelubungi kota Makkah maka pandangan agak terbatas. Kawasan Mina (khemah haji yang memutih itu) kurang jelas kelihatan disebabkan jerubu pasir. Walau mana bagai pun ramai peserta teruja akan keindahan Kota Makkah dari pandangan atas. Ketika pendakian, kami terpaksa berpecah kepada beberapa kelompok kecil kerana faktor stamina. Setelah penat pendakian maka tibalah kami di puncak bukit Thur yang bersejarah ini. Kumpulan pertama tiba di puncak mengambil masa 1 jam 15 minit dan kumpulan yang paling akhir tiba mengambil masa 2 jam.

Ketika perjalanan ke punjcak

Setelah semuanya berehat dan masuk melihat keadaan Gua Thur yang bersejarah itu, satu taklimat dan tazkirah diadakan. Ketika semua berkumpul itulah, baru kami tahu jumlah sebenar peserta yang mengikuti XPDC ini berjumlah 29 orang dewasa dan 4 kanak-kanak. Selain ahli usrah Makkah (13 dewasa 2 kanak-kanak), pendakian ini di meriahkan lagi oleh sahabat dari Nokia Jeddah (2 org), Ericsson Jeddah (4 org), syarikat Malaysia yang terlibat membina Jamrat –ACPI (3 org), Sahabat dari Yanbu ( 1 famili – 2 dewasa 2 kanak-kanak), pelajar Umm Qura (4 org) dan pelajar Rabitah Alami (1 Org). Tazkirah penuh di sampaikan oleh Ust Haji Mohd Nurul Hafiz Abdul Latif. Kemudian sedikit tambahan oleh Ust Meor dan Ust Khairul Ariffin. Antara fakta yang disebut semasa tazkirah;-

Suasana ketika di puncak sebelum tazkirah

1) Jabal Thur merupakan lokasi pertama perjalanan Hijrah Rasululllah s.a.w ke Madinah.
2) Ketinggian Jabal Thur adalah 458m dari paras laut.
3) Perjalanan Hijrah Rasululllah s.a.w bermula pada hujung bulan safar setengah pendapat menyatakan pada 27 Safar.
4) Baginda Rasululllah s.a.w berada 3 hari di Jabal Thur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah melalui jalan tepi Laut Merah.
5) Dalam peristiwa hijrah ini, Rasululllah s.a.w mendapat bantuan dari segenap lapisan manusia.( Saidina Ali r.a (Pemuda) – Menggantikan tempat tidur Rasul, Saidina Abu Bakar r.a (Org tua) – Menemani Rasul sepanjang perjalanan, Asma’ bt Abu Bakar (Muslimat) – Menghantar makanan kepada Nabi dan Abu Bakar ketika berada di dalam gua, Abdullah bin Abu Bakar (Org dewasa) – yang ditugaskan utk mendapat berita dari org quraisy, dan Abdullah bin Uraiqid (org kafir) – menjadi penunjuk arah jalan.
6) Ketika baginda dalam Gua, Rasululllah s.a.w mendapat pertolongan dari beberapa binatang dengan izin Allah antaranya labah-labah yang membuat sarang di muka pintu gua, burung merpati yang mengeram telur di dalam sarang dan mengkarung yang menyapu kesan tapak kaki Nabi dan Abu Bakar.

Kami berada di puncak bukit ini lebih kurang 1 jam 30 minit. Selepas selesai sessi taaruf dan tazkirah kami bergambar kenangan beramai-ramai di hadapan Gua Thur. Bila semuanya selesai kami mulakan perjalanan turun. Tidak semua dari kami turun serentak, ada yang masih terus berehat dia gua itu. Kami mulakan pendakian turun bukit pada jam 10.30am dan kumpulan terakhir tiba pada jam 12.30pm.

Ketika majlis taaruf dan tazkirah

Sehari selepas pendakian, ramai dikalangan peserta mengadu sakit urat dan lenguh sendi-sendi tidak terkecuali penulis sendiri. Ada dikalangan peserta menyatakan dah bertaubat tak nak naik lagi kerana tak tahan dengan kesakitan urat yg dialami. Terasa amat kerdil diri ini jika di bandingkan dengan semangat muslimat sejati Asma’ bt Abu Bakar. Beliau bukan naik sekali malah menurut sesetengah riwayat menyatakan Asma’ naik sekali sehari utk menghantar makanan kepada Nabi dan ayahanda nya. Ini bermakna Asma’ mendaki Jabal Thur itu 3 kali kerana Nabi barada di Gua Thur itu selama 3 hari. Bayangkan kesakitan yang di alami oleh Asma’, bandingkan dengan diri kita masing-masing dan tidak ada pula riwayat yang menyatakan Asma’ menyesal atau mengeluh atas pendakian itu. Jauhnya beza semangat kita dengan semangat Asma’.

Bergambar kenangan dengan semua peserta

Ya Allah berikanlan kekuatan kepada kami untuk mengikuti jejak para sahabat Rasul dan amilin untuk menempuh tribulasi perjuangan ini. Kami merasa amat kerdil dan lemah Ya Allah…. Berikanlah kekuatan Ya Allah.. Kami sanggup berjuang untuk menegakkan AgamaMu Ya Allah di samping itu bekalkanlah kami kekuatan Iman dan semangat seperti mana Kau berikan kepada sabahat terdahulu.

Mudah-mudahan XPDC kita kali ini berjaya mengukuh dan menambahkan keimanan kita kepada Allah setelah menyaksikan sendiri dengan mata kesan sejarah Rasul s.a.w. Mudah-mudahan ketika kita berjalan di sekitar Gua Thur itu, terpijaklah tapak kaki kita dengan bekas tapak kaki Rasul s.a.w agar ianya menjadi saksi di akhirat kelak. Amin. Ya Rasulullah kami sangat merinduiMu…..

Hj Khuzz

Saturday, March 14, 2009

MAULIDUR RASUL s.a.w.
Cara menyambut Maulidur Rasul Menurut YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah dengan kita berjuang menegakkan Islam dimuka bumi… Inilah sunnah yang besar ditinggalkan oleh baginda Rasul s.a.w. Tok guru menyuruh kita menghayati ayat dari surah Al Hasy –

“Keadaan manusia di Hari Kiamat kacau bilau. Masing-masing cemas memikirkan nasib yang bakal ditanggung atas perbuatan di dunia dahulu”

Semuanya telah diceritakan oleh Rasul s.a.w. semasa hayatnya. Cerita tentang kiamat telah dinukilkan kepada manusia supaya sentiasa berhati- hati dalam perjalanan hidup ini. Nabi sendiri ketika di isra’ mikrajkan telah melihat dengan sendiri AKIBAT DARI PELANGGARAN HUKUM yang manusia lakukan serta akibat- akibatnya. Nauzubilah.

Kita tak boleh berundur semula ke dunia pada masa itu walau seribu sesalan di akhirat kelak. Secara logiknya adalah jika dari usia tua nak berundur ke usia muda pun kita tak mampu ubah apalagi nak pulang kembali ke DUNIA ketika sudah berada di AKHIRAT…..

Sesungguhnya nilai syurga adalah terlalu mahal harganya. Pada ketika itu nanti samada Melayu ke, Cina ke, India ke, atau apa bangsa sekalipun tidak akan berguna walau satu sen pun kecuali manusia yang paling BERTAKWA sahaja yang ada nilai di sisi Allah.

Tuhan yang berkuasa penuh pada hari Kiamat… Nilaian Allah pada hari kiamat hanya terhadap tiga golongan manusia iaitu Mukmin, Kafir dan munafik. Orang mukmin akan bangun dengan penuh bercahaya manakala orang munafik cuba nak menumpang cahaya orang mukmin tetapi tidak mungkin. Manakala orang kafir pula akan bangkit dengan wajah penuh kegelapan

Bagi orang Mukmin mestilah percaya dan memastikan apa jua tingkah laku di muka bumi mestilah berlandaskan ISLAM samada politik, rumahtangga sekolah, akidah, falsafah dan sebagainya. Bagi orang mukmin, Islam telah mengajar kita cara politik yang jauh lebih baik dari yang di ajar oleh manusia sekular. Ajaran itu adalah buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.

Kita berderma wang ringgit, korbankan tenaga dan masa kepada perjuangan Islam, itu merupakan kiriman kita untuk hari Akhirat. Yakinlah kita bahawa apa-apa yang kita kirimkan untuk akhirat pasti akan kita dapati semula apabila kita tiba di sana. Oleh itu satu keistimewaan kepada insan yang berada dalam jamaah/gerakan Islam ialah dapat mengumpul sebanyak mungkin BONUS untuk bekalan di akhirat nanti.
Tak tertahan airmata ini apabila kita memahami bahawa perjuangan menegakkan ISLAM ini merupakan cara terbaik untuk mengingati kelahiran Nabi s.a.w Menghayati perjuangan dengan paktikal !

Selamat berjuang untuk pejuang-pejuang kebenaran .Teruslah perjuangan kita demi masa depan Islam yang CEMERLANG. Marilah kita mengikat janji setia agar kita sentiasa sanggup berjuang dalam apa jua keadaan.

Di penjara kita berUzlah, di buang daerah kita melancong, Dibunuh kita syahid, Tertiarap makan pasir, terlentang minum embun namun berjuang tetap di teruskan…. Allahuakhbar!!!

Hj Khuzz

Monday, February 23, 2009


Berita lalu...

Sepanjang ana tak bersiaran selama 5 minggu yang lepas banyak jugak cerita-cerita dan peristiwa yang berlaku di Makkah ini. Maka dalam kesempatan ini ingin ana flashback beberapa cerita dan peristiwa tersebut untuk berkongsi ngan sahabat-sahabat semua.



Pada 22 dan 23 Jan 09 yang lalu ana telah ke Madinah Al-Munawarah. Sejak sekian lama tidak ziarah Rasulullah s.a.w. kerana kesibukan dengan tugas dan kerja. Sekarang bebanan kerja agak kurang sedikit maka ana dan keluarga mengambil peluang yang ada ini utk ke sana. Kali terakhir ana ke Madinah adalah bulan Oktober 08 yang lepas di mana ketika itu ana membawa Ibunda tercinta melakukan ziarah disana. Kali ini kami di temani oleh Hj Amin dan keluarga. Terasa seronok bila bermusafir dengan di temani sahabat. Walaupun ketika di Masjid Nabawi kami mempunyai tugasan masing masing tetapi bila nak keluar berjalan kami pergi bersama. Selain ziarah makam Rasulullah, Abu Bakar r.a dan Omar Al-khattab r.a dan perkuburan Baqi, kami juga pusing-pusing sekitar bandar Madinah dan ziarah seorang sahabt yang baru menerima cahaya mata iaitu Hj Hakimi.


Pada pagi jumaat anak-anak mengajak untuk pergi ke Baidho' atau dikanali sebagai Bukit Magnet. Disini kereta boleh bergerak dengan tidak menghidupkan injin sehingga kelajuan mencecah 120km/h.


Kedudukannya yang tidak curam tetapi kereta mampu bergerak sehingga ke kelajuan itu. Itulah antara yang menarik dan ajaib tempat ini. Ianya dikelilingi oleh bukit bukau yang agak tinggi. Disini juga dijadikan tempat berkelah pak-pak arab dan famili. Tetapi oleh kerana waktu kami pergi kesana tu pagi jumaat maka tidak kelihatan pun pak arab berkelah disitu tetapi jika pegi waktu petang kawasan ini dengan sendiri nya menjadi sibuk dan padat.

Selepas solat fardhu jumaat di Masjid Nabawi, Kami check out dari hotel kemudian kami singgah menziarahi Hj Hakimi yang baru menerima cahaya mata yang pertama. Turut bersama kami adalah pelajar dari Universiti Madinah (Ust Aziz dan Ust Lokman). Pada hari itu rupanya hari pertama Baby Sarah dibawa pulang selepas di tahan di wad beberapa hari kerana kuning. Zaujah ana diminta oleh Daddy dan Mummy Sarah untuk memandikan Baby. walaupun tugas itu telah ditinggalkan sejak 7 tahun yang lepas my wife sudikan diri untuk memenuhi permintaan Daddy dan Mummy Sarah itu. Agak lama juga kami disitu, setelah menghabiskan apa yang patut diatas meja tuan rumah maka kami minta diri utk berangkat pulang ke Makkah. Semoga Baby Sarah sihat walafiat dan membesar dengan semangat Siti Sarah iaitu isteri kepada Nabi Ibrahim. Kami mulakan perjalanan pulang ke Makkah jam 6.00pm dan Alhamdulillah sampai di Makkah jam 9.30pm. Itu ana le, Hj amin mungkin sampai jauh lebih awal dari kami kerana dia guna kete McLaren BMW. Kami makan asap je le.


Hj Khuzz
PERPISAHAN

Perpisahan adalah satu lumrah kehidupan. Pepatah melayu ada menyebut "Patah Tumbuh Hilang Berganti" menggambarkan perpisahan sering berlaku dalam kehidupan kita. Selagi ada pertemuan selagi itulah adanya perpisahan. Perpisahan di dunia ini adalah perpisahan yang sementara kerana mungkin ketika ini kita berpisah tetapi di masa akan datang akan bertemu kembali tetapi di sana ada lagi satu perpisahan iaitu perpisahan yang kekal abadi. Perpisahan antara Roh dan Jasad merupakan perpisahan yang menyebabkan perpindahan manusia dari alam dunia ke alam kubur sebelum menuju ke alam akhirat. Dalam ruangan ini ana ingin mengajak semua sahabat agar merenung sejenak akan perpisahan ini. Adakah perpisahan yang kekal ini, kita akan disambut dengan kala jengking atau kita sambut oleh sang bidadari anggun di alam kubur nanti. Sama-samalah kita berusaha agar perpisahan terakhir kita agar di sambut dengan senyum tawa sang bidadari Insyaallah.....

Ust Rahman sedang menyampaikan ucapan


Malam tadi ana mempengerusikan satu Majlis Perpisahan, di mana majlis itu bersempena dengan keberangkatan pulang Ust Hj Abdul Rahman Hamzah. Majlis tersebut berlangsung di rumah Hj Najib Jeddah. Ust Rahman akan pulang ke tanahair hari rabu ini (25hb Feb 09) setelah lebih sepuluh tahun beliau menetap di Makkah. Beliau akan pulang bersama seorang isteri (Datin Ayu a.k.a MissAbaya) dan seorang Mujahid Makkah (Muhammad Bin Abdul Rahman).


Dalam ucapan selamat tinggalnya, Ust Rahman berpesan kepada sahabat-sahabat agar menghargai rezeki tinggal di tanah haram atau berhampiran dengannya. Ini adalah kerana bukan mudah untuk tinggal di Makkah ini. Berapa ramai orang yang bukan setakat ingin tinggal di Makkah, tetapi hanya ingin datang mengerjakan haji dan umrah sahaja tetapi terpaksa menempuhi terlalu banyak halangan dan ujian. Satu cerita yang di ketengahkan adalah bagaimana seorang gurunya yang berhasrat menghantar anaknya untuk belajar di Makkah atau Madinah, berbagai cara dan usaha di lakukan untuk mendapat kelulusan itu. Setelah bertahun lamanya usaha tersebut dilakukan akhirnya, anaknya diterima untuk belajar di Universiti Madinah. Setelah tiba di Madinah ketika pemeriksaan kesihatan sebelum mendaftar masuk ke Universiti itu, anak si ustaz ini telah di sahkan mengidap hepatitis B. Lalu diarahkan pulang dan tidak boleh mendaftar di Universiti Madinah.


Maka bagi kita yang masih diberi peluang oleh Allah untuk terus tinggal di Tanah Haram ini sayugianya lah kita mengambil benar-benar manfaat di atas peluang ini. Rajinkan diri untuk sentiasa pergi solat ke haram dan buatlah tawaf sekurang-kurangnya sekali sehari. Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dan pengiktibaran di atas apa yang dinyatakan oleh Ust Rahman.


Hj Najib (Kanan) sedang menyampaikan cenderahati kepada Ust Rahman

Ini merupakan majlis perpisahan kedua yang ana hadiri sempena kepulangan ust Rahman. Beberapa minggu lepas Persatuan Pelajar Malaysia (PPM) juga mengadakan majlis yang serupa tetapi lokasinya di Muzdalifah. Semua sahabat-sahabat usrah Makkah dan pelajar Malaysia telah hadir ke majlis itu.

Majlis perpisahan Ust Rahman anjuran PPM di Muzdalifah.


Kaum ibu sedang asyik mendengar ucapan dari majlis

Dengan ini marilah sama-sama kita berdoa agar Ust Rahman kembali ke tanahair dengan selamatnya, success dalam semua urusan yang akan diceburinya dan yang utama semoga Ustaz beristiqamah dalam perjuangan Islam dan tidak hanyut dengan godaan duniawi. Wslm..

Gambar Ust Rahman dan Family yang ada dalam simpanan ana


Hj Khuzz

Saturday, February 21, 2009

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Bertemu kembali... Diam tak diam telah 5 minggu ana tak update blog ni, dengan itu juga bermakna 5 minggu kita semakin hampir dengan alam kubur. Dunia semakin jauh dari kita manakala kubur dan akhirat semakin menghampiri kita. Maka dalam kesempatan ini ana ingin berpesan pada diri ana dan semua sahabat yang melawati blog ini semoga takutlah akan Allah dan bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kerana dengan bertaqwalah kita dapat menjadi orang yang benar-benar beriman.
Sejak kebelakangan ini banyak perkara-perkara terjadi yang mengusutkan fikiran kita. Kegawatan ekonomi global dan celarunya politik ditanah air sangat membelenggu fikiran kita.
Kesan kegawatan ekonomi semakin dirasai oleh rakyat di negara kita. Walaupun melalui media massa kerajaan masih menyatakan bahawa negara masih stabil dan tiada kesan krisis ekonomi tetapi bila kita menjengah realiti sebenarnya rakyat sedang berperang dengan kegawatan ekonomi. Rakyat yang bekerja di bidang swasta telah merasai kesan ini. Puluhan ribu pekerja-pekerja kilang telah diberhentikan atau ditamatkan kontrak mereka, maka dengan itu akan meningkatlah jumlah pengangguran di negara kita. Maklumat yang ana terima, sehingga hujung Feb 09 ini jumlah pekerja yang diberhentikan kerja mencecah 170 ribu orang. Jumlah itu anggaran dan tidak termasuk dengan jumlah pengangguran sedia ada dan tidak di kira jumlah graduan universiti yang akan tamat pengajian hujung april ini. Kalau sebelum ini jumlah pengangguran yang diumumkan oleh kerajaan adalah melebihi 100 ribu orang dan anggaran graduan yang tamat pengajian tahun ini lebih 20 ribu orang, maka bulan mei 09 rakyat malaysia yang menganggur boleh melebihi 300 ribu orang. Jumlah ini sangat membimbangkan kerana dengan bertambahnya kadar pengangguran akan menyebabkan kadar jenayah turut bertambah.
Sejak mutakhir ini pelbagai jenis jenayah yang sebelum ini tak pernah kita dengar telah berlaku tanahair kita. Rompak dan samun berlaku di siang hari, peras ugut di tepi-tepi jalan, dan bunuh dengan keadaan yang kejam setiap hari kita diberitakan. Maka dengar keadaan ini sudah barang pasti jenayah akan lebih berleluasa. Pihak polis pula sibuk dengan tugas adhocknya yang semakin rumit iaitu mengepung ceramah politik pembangkang maka banyak kes-kes jenayah berkesudahan dengan tiada penyelesaian.
Sayang nya "Gerak Khas" hanya berlaku di kaca television sahaja. Alangkah baiknya jika "Gerak Khas" benar-benar wujud maka kes jenayah sudah barang pasti akan dapat di selesaikan dengan mampan dan pantas. Sebagai trek rekod gerak khas ini kes jenayah hanya boleh selesai dalam masa 2-3 minggu sahaja so bayangkan betapa "effisien"nya pasukan ini. Cuba beri kes kematian dalam lokap seorang tanahan polis yang bernama Kugan kepada Datuk Yusof Haslam, ana rasa paling lama 3 minggu mereka boleh selesaikan masalah ini tetapi dengan polis di bawah KPN skrg sudah masuk 4 minggu kes itu tak tahu di mana statusnya. Ana berpendapat ramai yang bersetuju dengan pandangan ana, bahawa trek rekod polis itu hanya berlaku di kaca tv sahaja dan realitinya pasukan polis kita jauh terkebelakang. Puncanya kerana polis pun nak masuk politik jugak dan dalam pasukan polis itu sendiri ada politik... Biarlah org politik sahaja yang bermain politik, Polis lebih baik jaga maruah negara dan masyarakat.
Mengenai politik pula semakin bercelaru. Politik Perak masih belum reda walaupun dah masuk minggu ke 3, politik Selangor pula membara manakala PRK bukit Selambau dan Bukit Gantang mula membahang. Semua itu diikuti dekat oleh kita walau jauh diperantauan. Politik Perak memang nampak agak susah utk reda kerana bukan senang nak ambik kuasa dari orang gila hehehehe.. Bila terkena kat batang hidung dia dia kata tak ikut undang-undang bila dia buat semua betul walau terang-terang melanggar perlembagaan. Tak ke gila namanye tu. Susah susah... Ada MB halal lantik MB Haram, elok-elok jadi ADUN Halal pilih utk jadi ADUN BABAS(3 Adun yang lompat), ada MB dan Exco tapi statusnya di gantung kehadiranke DUN. Sekarang kita tunggu minggu depan apa keputusan mahkamah tinggi pulak. Mudah-mudahan iye akan berpihak pada golongan yang benar.... Amiiin.
Kes Program Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) satu lagi isu yang perlu kita sedarkan masyarakat M'sia. Semua cerdik pandai dan ahli bahasa memperjuangkan supaya ianyer di mansuhkan. Mengapakah kita masih lagi kurang yakin akan perkara ini merugikan bangsa? Kalau sebelum ini kes-kes sebegini diperjuangkan oleh parti pembangkang dan akhirnya banyak kes disedari akan baiknya walaupun pada peringkat awalnya ia dikatakan hasil politik sempit pembangkang tetapi dalam isu ini dari mula lagi pakar bahasa dan pejuang bangsa perjuangkan agar ianya di hapuskan.
Maka hendaklah kita sebulat suara menyokong gerakan pemansuhan Program Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini. Kenapakah kita yang bukan pakar bahasa dan bukan pejuang bangsa ini masih nak terima kata-kata dari pemimpin yang bankrup @ korupsi bahasa dan akhlaknya dari menerima hujjah yang bernas dari pembela bahasa. Janganlah kita menggadaikan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita hanya dengan politik dangkal petualang negara...
Hj Khuzz

Tuesday, January 6, 2009

Sedikit Mengenai Hari As-Syura

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar.

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Puasa hari Asyura ialah puasa sunat pada hari ke sepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: "Ini adalah hari Asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barang siapa tidak mahu berpuasa maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari)

Kelebihan berpuasa di hari Asyura sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata: Maksudnya: "Dan ditanya Rasulullah s.a.w. tentang berpuasa pada hari `Asyura'? Maka Baginda s.a.w. bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim)

Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari Asyura, berpuasa pada hari Tasu’a iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata: Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Asyura dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Ya Rasulullah! Bukankah hari Asyura itu hari yang di agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan" Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim)

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu’a (sembilan Muharram) itu dari berbagai-bagai aspek:

1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan buatlah perbezaan padanya dari orang Yahudi dengan berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya”. (Hadits riwayat Ahmad)

2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari Asyura kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.

3. Bagi maksud menyambung puasa hari Asyura dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah s.a.w. berpuasa satu hari sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja padahari Asyura. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301)

Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari Asyura tanpa berpuasa pada hari Tasu’a, supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafie menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu’a), kesepuluh (Asyura) dan kesebelas bulan Muharram.
Hj Khuzz