Monday, March 16, 2009

XPDC Jabal Thur



Suasana ketika di kaki Jabal Thurr.

Pada khamis 12 Mac 09 yg lepas, Usrah Makkah Team telah menganjurkan XPDC mendaki Jabal Thur. Program ini asalnya terbuka kepada ahli usrah Makkah sahaja tetapi selepas diwar-warkan ramai juga yang ingin turut serta lalu atas permintaan sahabat-sahabat dan kawan-kawan kami bukakan penyertaan kepada semua rakyat Malaysia yang ada di Saudi.

Perancangan awal kami tetapkan, 6.30am semua pendaki mesti berada di kaki bukit. Tetapi seperti yang diramalkan hanya 7-8 org sahaja yg betul-betul berada lokasi pada waktu yg di tetapkan. Yang memberangsangkan ialah dua wakil Jeddah sampai tepat pada waktu sedangkan ramai peseta yang dari Makkah gagal menepati masa.
Ketika permulaan pendakian

Sedikit muhasabah bagi kita semua, kita sentiasa melihat peraturan dan syarat yg ditetapkan (bukan untuk program ini sahaja) hanya suka-suka dan sambil lewa sahaja tanpa mengambil berat mengenainya. Sepatutnya jika benar-benar ingin menjadi muslim sejati, kita wajib mengambil serius dengan waktu, kita perlu tepati masa dan syarat yg ditetapkan. Kebanyakan dari kita memang selalu melewati masa yang di tetapkan malah ada di kalangan kita dah boleh di jadikan trademark “beliau” pasti akan lewat dalam ape jua program. Marilah dalam ruangan ini kita berjanji dengan diri kita supaya boleh menepati masa kerana implikasi tidak menepati masa ini besar kesannya pada “TITLE” kita sebagai seorang MUSLIM.

Pemandangan indah ketika perjalanan ke puncak

Setelah menunggu semua peserta sampai di lokasi, kami mulakan pendakian tepat jam 7am. Dalam pendakian itu kami dapat melihat panaurama Makkah dari pandangan atas. Ape yang agak mengecewakan sedikit adalah hari itu suasana jerubu menyelubungi kota Makkah maka pandangan agak terbatas. Kawasan Mina (khemah haji yang memutih itu) kurang jelas kelihatan disebabkan jerubu pasir. Walau mana bagai pun ramai peserta teruja akan keindahan Kota Makkah dari pandangan atas. Ketika pendakian, kami terpaksa berpecah kepada beberapa kelompok kecil kerana faktor stamina. Setelah penat pendakian maka tibalah kami di puncak bukit Thur yang bersejarah ini. Kumpulan pertama tiba di puncak mengambil masa 1 jam 15 minit dan kumpulan yang paling akhir tiba mengambil masa 2 jam.

Ketika perjalanan ke punjcak

Setelah semuanya berehat dan masuk melihat keadaan Gua Thur yang bersejarah itu, satu taklimat dan tazkirah diadakan. Ketika semua berkumpul itulah, baru kami tahu jumlah sebenar peserta yang mengikuti XPDC ini berjumlah 29 orang dewasa dan 4 kanak-kanak. Selain ahli usrah Makkah (13 dewasa 2 kanak-kanak), pendakian ini di meriahkan lagi oleh sahabat dari Nokia Jeddah (2 org), Ericsson Jeddah (4 org), syarikat Malaysia yang terlibat membina Jamrat –ACPI (3 org), Sahabat dari Yanbu ( 1 famili – 2 dewasa 2 kanak-kanak), pelajar Umm Qura (4 org) dan pelajar Rabitah Alami (1 Org). Tazkirah penuh di sampaikan oleh Ust Haji Mohd Nurul Hafiz Abdul Latif. Kemudian sedikit tambahan oleh Ust Meor dan Ust Khairul Ariffin. Antara fakta yang disebut semasa tazkirah;-

Suasana ketika di puncak sebelum tazkirah

1) Jabal Thur merupakan lokasi pertama perjalanan Hijrah Rasululllah s.a.w ke Madinah.
2) Ketinggian Jabal Thur adalah 458m dari paras laut.
3) Perjalanan Hijrah Rasululllah s.a.w bermula pada hujung bulan safar setengah pendapat menyatakan pada 27 Safar.
4) Baginda Rasululllah s.a.w berada 3 hari di Jabal Thur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah melalui jalan tepi Laut Merah.
5) Dalam peristiwa hijrah ini, Rasululllah s.a.w mendapat bantuan dari segenap lapisan manusia.( Saidina Ali r.a (Pemuda) – Menggantikan tempat tidur Rasul, Saidina Abu Bakar r.a (Org tua) – Menemani Rasul sepanjang perjalanan, Asma’ bt Abu Bakar (Muslimat) – Menghantar makanan kepada Nabi dan Abu Bakar ketika berada di dalam gua, Abdullah bin Abu Bakar (Org dewasa) – yang ditugaskan utk mendapat berita dari org quraisy, dan Abdullah bin Uraiqid (org kafir) – menjadi penunjuk arah jalan.
6) Ketika baginda dalam Gua, Rasululllah s.a.w mendapat pertolongan dari beberapa binatang dengan izin Allah antaranya labah-labah yang membuat sarang di muka pintu gua, burung merpati yang mengeram telur di dalam sarang dan mengkarung yang menyapu kesan tapak kaki Nabi dan Abu Bakar.

Kami berada di puncak bukit ini lebih kurang 1 jam 30 minit. Selepas selesai sessi taaruf dan tazkirah kami bergambar kenangan beramai-ramai di hadapan Gua Thur. Bila semuanya selesai kami mulakan perjalanan turun. Tidak semua dari kami turun serentak, ada yang masih terus berehat dia gua itu. Kami mulakan pendakian turun bukit pada jam 10.30am dan kumpulan terakhir tiba pada jam 12.30pm.

Ketika majlis taaruf dan tazkirah

Sehari selepas pendakian, ramai dikalangan peserta mengadu sakit urat dan lenguh sendi-sendi tidak terkecuali penulis sendiri. Ada dikalangan peserta menyatakan dah bertaubat tak nak naik lagi kerana tak tahan dengan kesakitan urat yg dialami. Terasa amat kerdil diri ini jika di bandingkan dengan semangat muslimat sejati Asma’ bt Abu Bakar. Beliau bukan naik sekali malah menurut sesetengah riwayat menyatakan Asma’ naik sekali sehari utk menghantar makanan kepada Nabi dan ayahanda nya. Ini bermakna Asma’ mendaki Jabal Thur itu 3 kali kerana Nabi barada di Gua Thur itu selama 3 hari. Bayangkan kesakitan yang di alami oleh Asma’, bandingkan dengan diri kita masing-masing dan tidak ada pula riwayat yang menyatakan Asma’ menyesal atau mengeluh atas pendakian itu. Jauhnya beza semangat kita dengan semangat Asma’.

Bergambar kenangan dengan semua peserta

Ya Allah berikanlan kekuatan kepada kami untuk mengikuti jejak para sahabat Rasul dan amilin untuk menempuh tribulasi perjuangan ini. Kami merasa amat kerdil dan lemah Ya Allah…. Berikanlah kekuatan Ya Allah.. Kami sanggup berjuang untuk menegakkan AgamaMu Ya Allah di samping itu bekalkanlah kami kekuatan Iman dan semangat seperti mana Kau berikan kepada sabahat terdahulu.

Mudah-mudahan XPDC kita kali ini berjaya mengukuh dan menambahkan keimanan kita kepada Allah setelah menyaksikan sendiri dengan mata kesan sejarah Rasul s.a.w. Mudah-mudahan ketika kita berjalan di sekitar Gua Thur itu, terpijaklah tapak kaki kita dengan bekas tapak kaki Rasul s.a.w agar ianya menjadi saksi di akhirat kelak. Amin. Ya Rasulullah kami sangat merinduiMu…..

Hj Khuzz

2 comments:

Anak Bulan said...

Salam ziarah,

Bersuaralah kita sebelum PPSMI memupuskan Bahasa Melayu sebagaimana terpupusnya tulisan jawi ketika ini.


Kajian dapati 98 peratus mempunyai masalah dalam PPSMI


Anak Bulan

Bulanpenuh2012.blogspot.com

syabab said...

salam..ana pljr mesir yg datg umah hj khuzaini baru ni(4org)..pengalaman kerana cuai dlm menguruskan masa..: http://khairulidham.blogspot.com/2009/08/jangan-cuai-masa.html