Friday, February 19, 2010

Maulidur Rasul



Seminggu lepas “gege” (kecoh) di tanahair kita mengenai Kerajaan Pulau Pinang kononnya membatalkan perarakan Maulidur Rasul. Dari mana sumbernya, benar atau tidak perkara itu tidak di endahkan yang pentingya semua orang komen dan mengulas isu tersebut dari Tim Perdana Menteri, Menteri-Menteri, hinggalah beberapa kerat ahli parlimen yang ingin menjadi juara agama kononya. Paling memalukan apabila seorang mufti pun turut mengulas dan mengecap terhadap isu tersebut. Kalau orang politik macam TPM atau Menteri2 dan ahli parlimen yang komen kita boleh biarkan mereka mungkin dengan cara itu mereka dapat mileage politik tetapi apabila seorang Mufti yang mungkin di sanjung oleh rakyat turut membicarakan soal ini amat memalukan dan mendukacitakan lebih-lebih lagi apabila di ketahui bahawa berita itu tidak benar.

Isu yang menjadi hangat kononnya dengan pembatalan Perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri itu mencerminkan orang Cina telah menguasai orang Islam dan Kerajaan negeri itu telah menghina Nabi saw. Betulkah begitu??? Adakah semua negeri dalam 1Malaysia membuat perarakan sambutan Maulidur Rasul. Hari ini Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada perarakan Maulidur Rasul di negeri-negeri itu sebab ia bukan amalan yang dituntut Islam.....Malah ketika Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang dulu pun tidak diadakan perarakan Maulidur Rasul. Cuba lihat bukti dibawah:-

Rekod Sambutan Maulidur Rasul dari tahun 2003-2005, data Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2003, sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005, sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.

Kalau tidak semua negeri dalam 1Malaysia ini yang mengadakan perarakan Maulidur Rasul kenapa sang Mufti (negeri pasir dua butir) itu hanya mengecam Kerajaan Pulau Pinang sahaja dan tidak mengecam negeri-negeri lain yang tidak mengadakan perarakan itu.

Panjang pulak intro mengenai isu ini, bukan apa tetapi ana merasa sangat malu apabila Mufti boleh menjadi kuda tunggangan sesuatu pihak dan lebih memalukan apabila dikatahui perkara yang di bangkitkan itu palsu dan bohong semata-mata malah berita sebenarnya kerajaan Pulau Pinang yang ketua Menterinya dari orang cina membuat sambutan Maulidurasul selama 3 hari 3 malam. Lebih hebat dari negeri yang di pimpin oleh Melayu sendiri. Kenapa pula sang Mufti tidak komen pulak….. Malang sungguh apabila kita mempunyai seorang Mufti yang boleh dijadikan kuda tunggangan oleh sesuatu pihak. Sepatutnya Mufti biarlah bebas dan buatlah kenyataan menggunakan ilmu bukan menggunakan akal dan logik seperti ahli politik.

Menurut YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan cara terbaik untuk menyambut Maulidur Rasul adalah dengan kita berjuang menegakkan Islam di muka bumi… Inilah sunnah yang terbesar yang di tinggalkan oleh baginda Rasul s.a.w.

Dari mana datangnya asal usul Perarakan Maulidur Rasul ini pun kita kurang pasti. Yang pastinya orang paling gembira ketika kelahiran Nabi adalah Abu Jahal tetapi apabila Nabi berdakwah untuk Islam, Abu Jahal itulah orang yang pertama bangun untuk melawan. Adakah kita hari itu telah kembali kezaman itu semula???

Sebak rasa dada dan bergenang airmata ini apabila kita memahami bahawa perjuangan menegakkan ISLAM ini merupakan cara terbaik untuk mengingati kelahiran Nabi s.a.w. Menghayati perjuangan dengan praktikal bukan hanya dengan memegang sepanduk dan berarak keliling negeri tetapi Syariat Allah dan ajaran Nabi diketepikan malah diejek dan dihina.

Selamat berjuang untuk pejuang-pejuang kebenaran .Teruslah perjuangan kita demi masa depan Islam yang CEMERLANG. Marilah kita mengikat janji setia agar kita sentiasa sanggup berjuang dalam apa jua keadaan.

Di penjara kita berUzlah, di buang daerah kita melancong, Dibunuh kita syahid, Tertiarap makan pasir, terlentang minum embun namun berjuang tetap di teruskan…. Allahuakhbar!!!

Hj Khuzz