Friday, November 28, 2008


KURSUS HAJI


Pada hari khamis yang lepas 27 Nov 08, Persatuan Pelajar Malaysia di Makkah telah menganjurkan kursus manasik haji. Penceramah utama adalah Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Khairudin Mohd Nor. Program ini merupakan program pertama PPM selepas mempunyai Presiden baru Ust Tuan Badrul Hisyam bin Tuan Soh.

Pada malam sebelum program ana telah di tanya oleh pihak penganjur berapa ramai dari kalangan abang-abang pekerja untuk datang, ana hanya dapat maklumkan yang confirm hadir hanyalah 3 org termasuk ana sendiri sahaja tetapi sekiranya pada pagi itu mereka tidak kerja mereka akan datang kerana semua ingin mengerjakan haji pada tahun ini. Alasan yang ana berikan adalah kerana sekarang kebanyakan yang bekerja sibuk kerja tak tentu masa. Alhamdulilah tanpa di sangka-sangka sambutan dari kalangan sahabat-sahabat yang bekerja sangat menggalakkan. Dari yang confirm 3 org pada awalnya tetapi akhirnya kedatangan seramai 7 orang. Maka program pagi tu bertambah ceria dengan suasana itu.

Alhamdulillah selepas selesai sessi pembentangan dan perbincangan itu terpancar di wajah masing-masing kepuasan kerana terungkai sedikit sebanyak masalah haji yang bermain di fikiran sebelum ini. Terima kasih kepada kepimpinan baru PPM yang ada inisiatif utk mencurahkan ilmu kepada kami yang perlukan bimbingan.
HJ KHUZZ

Tuesday, November 25, 2008


PANGGILAN HAJI TELAH TIBA LAGI...

Sejak 1 Zulkaedah yang lepas, manusia dari seluruh pelusuk dunia mula membanjiri 2 tanah haram Makkah dan Madinah. Kami yang berada di Makkah ini amat terasa akan kebanjiran ini. Saban hari amat terasa kota Makkah semakin padat dengan Tetamu Allah. Ruang masjidilharam yang sebulan lepas agak lengang sekarang amat sukar untuk menemui ruang yang tidak diduduki manusia.

Suasana terkini di Masjidil Haram

Dengan kebanjiran ini, boleh di katakan semua ahli Makkah menjadi sibuk. Semua mempunyai tugas masing-masing. Yang bekerja ketika inilah kerja berlambak2, pelajar pula masa inilah peluang nak tebalkan skit poket hehehe.... tetapi Yang pastinya semua sibuk menerima Tetamu Allah yang juga merupakan saudara mara rakan dan taulan. Ketika inilah peluang berjumpa saudara mara dan sahabat handai yang datang dari tanahair. Kita selaku tuan rumah seharusnya menyambut kedatang mereka ini dengan rasa bangga kerana setiap pertolongan yang diberikan mudah-mudahan menjadi amal soleh kerana kita memuliakan Tetamu Allah.

Usrah kami yang berlangsung setiap rabu telah dipersetujui di tawakkuf dulu kerana kesibukan ahli-ahlinya. Minggu lepas usrah berakhir di rumah Hj Amin dan kehadiran minggu lepas pun kurang excellent atas faktor2 di atas. Tuan rumah agak keciwa kerana kek coklatnya tidak dapat dinikmati oleh hj kamitaken..(ana dimaklumkan dia tak hadir usrah haritu kerana letih sebab baru balik dari kandang kambing.... pelik bunyi ayat di ataskan??!! Ape kena mengena hj kamitaken dengan kambing? Kalau nak tahu itu le Rahmatnyer musim haji, dari pelajar boleh bertukar status kepada saudagar kambing tau...) Apa-apa pun marilah kita berdoa agar semua urusan kita dipermudahkan amiiinnn...

Dalam masa manusia seluruh pelusuk dunia menuju ke Baitullah, ana berhadapan dengan satu berita yang sedih iaitu emak ana (CIK) yang telah berada di tanah haram ini sejak Ramadhan lepas terpaksa pulang ke Malaysia kerana visa ziarahnya telah tamat tempoh sebelum hari wukuf. Tanggal 26hb nov 2008, CIK akan berangkat pulang ke Malaysia. Hujung minggu yg lepas, Sangat berat tangan dan kaki ini untuk ke Jeddah untuk menempah flight tiket untuk CIK pulang tetapi apekan daya itu sahaja daya usaha kita sebagai manusia. Bila berfikir panjang baru lah tenang sedikt bila terfikir ini semua adalah takdir Allah. Sudah barang pasti kejadian ini ada mengandungi hikmahNya yang tersendiri. Insyaallah jika diizinkan, tahun depan kalau murah rezeki dan sihat tubuh badan ana akan cuba usahakan agar CIK dapat menunaikan Ibadah Haji. Insyaallah....

HJ Khuzz

Sunday, November 16, 2008

Bersukan...

Bergaya sebelum turun ke padang..

Aktiviti mesti di pelbagaikan untuk mengelak ahli merasa jemu. Minggu lepas kami berkesempatan untuk sama-sama mengeluarkan peluh di samping merapatkan Ukhwah sesama Islam. Team usrah Famili Makkah telah menganjurkan perlawanan futsal sesama ahli dan pelajar nusantara. Pemain-pemain yang turun ke padang adalah kombinasi dari 4 buah negara Asean. Selain Pelajar-pelajar Malaysia, pelajar dari Thailand, Singapore dan Kemboja turut sama dalam permainan kali ini.

Ini merupakan penganjuran kali ke 2, malah sambutan kali ini sangat menggalakkan. Walaupun semua pemain-pemain telah di uji dengan ujian yang besar sebelum bermain, di mana sejak tengah malam hujan telah turun dengan lebatnya di Kota Makkah ini sehingga beberapa tempat mengalami banjir. Hujan tidak henti-henti sehingga pagi dan kami terpaksa mulakan permainan lewat sedikit kerana menunggu hujan berhenti. Namun lebih 18 org terus bersemangat untuk merentasi ujian itu. Maklum le hujan turun di pagi khamis pulak, di mana hari yg tidak ada kuliah dan tidak bekerja. Kalu tiada program bola mesti ramai yang syahid di tiduran masing-masing tetapi oleh kerana mempunyai semangat yang kuat dan jitu maka padang yang telah di tempah itu di penuhi dengan sahabat-sahabat yang memiliki semangat kesukanan yang tinggi.

Acara perlawanan hari itu bermula jam 8 pagi dengan sessi bergambar. Kali ini kita menempah khas jurukamera profesional untuk permainan ini. So Alhamdulillah kami telah memiliki banyak sekali koleksi gambar-gambar yang menarik tetapi gambar-gambar koleksi itu hanya pada separuh masa pertama perlawanan sahaja. Ini adalah kerana jurukamera profesional itu tidak tahan godaan aksi-aksi di padang apabila separuh masa kedua jurukamera profesional telah bungkus kameranya kemudian telah masuk sama ke padang. Walaubagaimana pun kami berterima kasih tak terhingga kepada jurukamera profesional itu kerana telah mengambil gambar-gambar dari pelbagai sudut yang jarang di buat oleh jurukamera profesional yang lain.

Selepas sessi bergambar, maka semua pemain masuk ke padang dan dimulakan stretching ringan yang kepalai oleh pemain import dari MU, baju je lah MU tapi orangnye melayu, hehehe... Sesudah senaman dan stretching ringkas maka bermulah permainan yang sangat hebat. Ketika pemain berkejaran di padang sesekali ana melihat si jurukamera profesional juga berkejaran ke hulu dan hilir padang untuk shoot aksi-aksi permainan yang hebat ini.


Permulaan Stretching


Stretching yang di pimpin oleh Imported Player.

Setelah separuh masa pertama tamat, sambil-sambil berehat kami telah bertaaruf sesama pemain. Mungkin di kalangan pelajar sesama pelajar telah tidak ada halangan lagi kerana sudah saling kenal mengenal tetapi bagi yang bekerja, sessi ini sangat membantu untuk kita kenal mengenal dengan lebih dekat lagi khususnya antara pelajar negara selain Malaysia iaitu Thailand, Singapore dan Kemboja. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin di dalam program outdoor seperti ini dapat dipereratkan lagi dan akan melahirkan najitah yang lebih besar lagi selepas ini.

Setelah tamat 60 minit permainan, keseluruhan pemain masih belum puas tetapi apekan daya masa tempahan padang telah tamat maka keadaan itu memaksa kami keluar perlahan-lahan dari padang yang indah itu. Sementara bersurai satu muafakat telah termeterai bahawa kesemua yang hadir bersetuju turun kepadang dua minggu sekali bermula dari hari ini. Maka termeterailah pakatan setiap khamis minggu pertama dan ketiga akan di tempah padang untuk sama-sama keluarkan peluh...


Satu-satunya pemain yang memakai kasut baru, satu padang berbau kedai kasut pada pagi itu. Kasut Mancester United tu....


Antara aksi hebat jurukamera profesional. Bukan calang2 jurukamera boleh ambik photo macam ni.

Satu-satunya penonton pada hari itu....

Hj Khuzz

Wednesday, November 12, 2008

Usrah Makkah ....


Setelah lebih ithnin syahar ( 2 bulee ) usrah kami berhenti rehat kerana Ramadhan dan Syawal 2 minggu lepas Alhamdulillah ianya berjaya di mulakan semula. Sahabat-sahabat yang pulang bercuti di tanah air semuanya telah kembali samada dari kalangan pelajar dan pekerja. Wajah-wajah ceria dari kampung halaman masih bersinar2 di wajah masing-masing. Walaupun memori indah bersama keluarga tercinta di tanahair masih segar di fikiran tetapi apebila menerima panggilan SMS utk hadir usrah kali pertama selepas bercuti panjang tidak satu suara pun kedengaran merungut kerana itu. Dan kehadiran pada usrah yang pertama itu amat menggalakkan kerana tidak ada yg tidak hadir melainkan yang uzur syarie.

Semangat sebegini tidak datang secara kebetulan tanpa ada Tarbiyyah yang baik dan tersusun. Bukan ingin mendabik dada bahawa usrah kita ini sudah berjaya tetapi pemahaman ahli usrah itu yang penting dan natijahnya telah dapat diterjemahkan dalam bentuk istiqamah terhadap usrah ini. Syabas di ucapkan kepada semua sahabat-sahabat. Terima kasih kepada Hj Arshad kerana sudi menjadi tuan rumah kepada usrah kami... Allahuakhbar...


Beberapa hari yang lepas, telah berlangsung lagi usrah kali kedua, kehadiran Masyaallah lebih memberangsangkan khususnya dari kalangan ahli yang bekerja. Walaupun dikalangan mereka ini sedang menempuhi saat yang genting dan sibuk sekarang ini tetapi itu semua tidak menjadi halangan untuk terus hadir ke dalam usrah ini. Ini menggambarkan kita sekarang berada di landasan yang betul untuk terus membentuk ukhwah yang mampan dan menempa sejarah baru. Kesedaran berUsrah di tempat mana mulanya sinar Islam berkembang amat terasa hikmahnya. Marilah sama-sama kita bertekat untuk terus beristiqamah dalam usrah ini Insyaallah...


Hj Khuzz

Tuesday, November 4, 2008

Bertemu kembali...

Sudah hampir sebulan rupanya tak di "update" Blog ni. Cepat sungguh masa berlalu, rasa macam baru dua-tiga hari tak update tapi bila tgk last update tadi baru sedar dah dekat sebulan doh. Nak dikatakan sibuk keje tu, memang le sibuk skit skrg ni tapi ada masa lagi kalau dicuri-curi takat nak update blog ni tapi mungkin sindrom "malas" skrg ni menyelubungi diri utk update blog. Lebih seronok baca blog org je. Tabik spring le pada tuan empunya blog yang selalu update blog-blog mereka.... Macam blog kamitaken, ManAyu, Baijurie dll...

Banyak cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang tak "update" blog ni. Bermula dari Kemalangan Sahabat seUsrah (Ust Mohd Lotfi) di Highway Jeddah Makkah sehinggakan keretanya hingga kini masih tersadai di balai polis Jeddah, kemudian tu kisah suka duka ketika berkunjung ke rumah terbuka Eidilfitri kaum kerabat ummat Melayu di Jeddah dan Makkah. Sepanjang bulan syawal lalu boleh kata tiap2 minggu ada saje jemputan rumah terbuka. Betul le kalu org kata Rumah terbuka dengan Orang Malaysia tidak boleh dipisahkan seperti Irama dan Lagu jugak. Hehehe...Bagi kami ni pulak pantang di jemput utk ke rumah terbuka ada je leh disitu nanti dan yang lebih teruk ada juga hadirkan diri ke rumah terbuka yang org tak jemput tapi datang bersama atas alasan temankan kawan-kawan. hehehehe meriahnyer idup ini ek..

Dalam sepanjang rumah terbuka yg dibuat tu, tibalah giliran kami dari pihak Nokia team Makkah buat 'open house'. Berpakat le lebih kurang sepuluh orang kumpul duit sikit sorang untuk panggil sahabat-sahabat dan kawan-kawan berkumpul atas anjuran kami. Saya rasa perlu disebut disini nama-nama team nokia yang berpakat kumpul duit utk program Jamuan Raya Team nokia Makkah antaranya ialah Hj Aminuddin, Hj Shahbudin, Akhi Sabirin, Hj Abu Bakar, Akhi Jasman, akhi Zaidi, Hj Rahizam, akhi Zaiful dan ana sendiri.

Antara tetamu awal tiba, sempat bergambar kenangan di pentas Utama


Majlis itu berjalan dengan jayanya dengan bantuan dari sahabat student UMM Al-Qura Universiti. Mereka ini turun semua sekali tidak ada sorang pun yang tertinggal dan yang menariknya mereka berpakaian Melayu bersampin lgi tuh.... Meriah meriah...

Tetamu jemputan pun memang ramai yang hadir. Dari senarai jemputan yang di jemput berjumlah 129 orang dan yang hadir pada malam itu adalah seramai 99 orang. Kami rasa amat berbangga atas kehadiran seramai itu. Terima kasih kepada semua.....

Petugas awal yang tiba di lokasi untuk membuat persiapan awal.


Petugas muslimat yang awal tiba di lokasi


Tetamu sedang menjamu selera makanan yang disediakan

Kanak-kanak lah yang paling meriah pada malam itu walau takde duit raya

Menikmati juadah sambil berborak merapatkan silaturrahim





Ragam tetamu

Ada yang tak tahu nak pilih makan, ada juga yg tahu nak ambik gambar lauk mana dulu

"Anak rintik bapak borek"

Ayah sibuk jadi photographer, anaknye pula melaram dengan 3 anak dara

Pasangan yang paling akhir dan paling jauh tiba

Kumpulan tetamu yang terakhir pulang

Muslimat yang akhir meninggalkan lokasi

Petugas yang setia berkhidmat sehingga jam 1pagi termasuk camera man

Hj Khuzz