Tuesday, February 2, 2010

KEMATIAN ITU PASTI...

Sebentar tadi ana dimaklumkan oleh Hj Arshad bahawa Abang kepada Allahyarham telah menghubunginya melalui telephone. Dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pengurusan pengkebumian adiknya Allahyarham Iskandar. Beliau memaklumkan bahawa adiknya telah meminjam kain ihramnya dua tiga hari sebelum Allahyarham datang ke Dubai. Di sini saya sertakan kandungan email Hj Asnul kepada Hj Arshad.

Assalamualaikum Tuan Hj Arshad
Saya adalah abang kepada Arwah Iskandar dan saya ada terbaca dalam blog tuan haji mengenai berita arwah adik saya. Alhamdullilah, urusan pengkebumian disempurnakan dan jenazah beliau dikebumikan di tempat yang sebaik baiknya tempat. Saya amat terharu apabila melihat gambar arwah dalm blog tuan kerana kain ihram yg dipakainya itu telah saya pinjamkan kepadanya beberapa hari sebelum dia pergi ke sana. Kain ihram itu baru saya gunakan apabila saya mengerjakan haji 2 bulan lepas. Utk makluman arwah pergi ke Dubai untuk menghadiri mesyuarat bersama rakan sepejabatnya dan mereka bercadang untuk mengerjakan umrah selepas mesyuarat tersebut. Namun Allah SWT lebih sayangkannya.
Jikalau tidak keberatan, saya bagi pihak keluarga arwah memohon jika tuan hj dapat mengforwardkan apa-apa gambar lain Arwah kepada saya untuk kenangan terakhir. Terima kasih.

Ana dimaklumkan oleh Hj Arshad sebentar tadi beliau telahpun meng"forwad"kan gambar-gambar Allahyarham yang ada padanya kepada Hj Asnul. Semoga dengan melihat gambar-gambar tersebut dapat mengubat rindu kepada Allahyarham.

Untuk maklumat sahabat-sahabat, kematian Iskandar dilihat sangat baik pada fizikalnya. Maksud yang ana ingin ucapkan ialah, kematiannya pada hari jumaat penghulu segala hari, matinya dalam keadaan berihram bermakna dalam keadaan Ibadah, Fizikal Allahyarham ketika ditemui selepas kemalangan dalam keadaan sujud dan di kebumikan di perkuburan Ma’la (Jannatul Ma’la) yg di sebut oleh Rasulullah perkuburan terbaik dalam seluruh perkuburan yang ada di muka bumi. Dengan berberapa fakta tersebut mudah-mudahan beliau berada dalam rahmat Allah. Insyaallah.

Sahabat-sahabat sekalian, Allahyarham telahpun pergi meninggalkan kita dengan keadaan yang baik,Insyaallah. Marilah dalam kesempatan ini kita muhasabah diri kita yang pasti juga akan mengikuti jejak langkah Allahyarham suatu hari nanti. Kerana kita yakin dengan janji Allah yang berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:-

"Setiap yang hidup pasti akan mati”

Apakah keadaan kita ketika saat kematian dan sesudahnya. Adakah kita akan di sambut oleh bidadari-bidadari cantik atau kita di nanti oleh kala jengking ketika masuk ke alam barzakh nanti. Marilah kita pertingkatkan amal dan mencari keredhaan Allah swt walau dimana jua kita berada kerana mati itu datang tanpa mengira tempat dan waktu.

Mati itu datang tidak syarat tua kerana orang muda pun mati. Mati juga tidak syarat sakit kerana orang segar pun mati. Maka bersiaplah kita untuk berhadapan dengan saat yang telah di janjikan Allah itu.

Hj Khuzz

No comments: