
Gambar terakhir bagi Allahyarham Iskandar ketika di Miqat Bir Ali (Kiri sekali)
Gambar ini ehsan dari hjarshad@blogspot.com.

Jenazah Iskandar di usung keluar dari Majidilharam menuju ke Van Jenazah
Sebelum van jenazah bergerak ana tanya Pak Ali, nak kebumi di kubur mana? Pak Ali kata skrg tengah berurusaha utk dapatkan kebenaran kebumi di Kubur Ma'la. Seketika kemudian pemandu van tu bagitau akan ke kubur Ma'la. Lalu ana dan family dan bersama Kak Pah dan Alia (Famili Hj Arshad) naik ke kereta dan terus menuju ke kubur Ma'la. Alhamdulillah tiada sebarang halangan ketika hendak kebumikan jenazah Iskandar itu. Semua berjalan lancar dan seperti di rancang.

Liang Lahad tempat persemadian Allahyarham Iskandar di Kubur Ma'la
Untuk makluman semua, sekarang ini bukan mudah bagi orang bukan Saudi untuk mendapat kebenaran kebumikan jenazah di kubur Ma'la, ana dikhabarkan oleh sorang mualat yang hadir, seorang yang dah tinggal lama di Makkah ni dan mempunyai anak dan cucu disini ketika meninggal minggu lepas apabila nak kebumikan di Ma'la tak dapat kebenaran dan terpaksa di kebumikan di Syaraei. Jadi disini ana terfikir benarlah bahawa tanah kubur kita ini benar-benar satu yang tidak dapat kita tentukan. Jadi beruntunglah Allahyarham Iskandar ini kerana dapat dikuburkan di Tanah perkuburan yang disebut oleh Rasullullah saw sebagai tanah Kubur yang terbaik yang ada di atas Muka bumi ini.

Liang lahad telah ditutup

Selamat di timbus dengan daun kering dan pasir

Alamat kubur Allahyarham Iskandar Line 34 liang ke 4

Antara yang hadir di perkuburan Ma'la
Hj Khuzz
2 comments:
Saya abg kepada arwah Iskandar, mewakili isteri dan keluarga arwah ingin mengucap jutaan terimakasih di atas segala pertolongan dan apa sahaja bentuk bantuan sepanjang urusan perkebumian arwah. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menolong dalam urusan tersebut terutamanya Tuan Hj Khir, Consul General di Jeddah. Kami juga berterima kasih kepada penulis blog yg sudi update perkembangan mengenai arwah adik kami. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa dan bantuan tn hj.
Hj Aznul
Alhamdulillah, itu saje yang termampu kami tolong. Semoga dengan berita yang ditulis ini dapat memberi gambaran suasana sebenar yang belaku disini. Kami doakan agar Roh Allahyarham berada bersama orang-orang Soleh, dan semoga abg hj Aznul dan keluarga Allahyarham sentiasa bersabar atas ujian Allah ini.
Post a Comment