Tuesday, November 25, 2008


PANGGILAN HAJI TELAH TIBA LAGI...

Sejak 1 Zulkaedah yang lepas, manusia dari seluruh pelusuk dunia mula membanjiri 2 tanah haram Makkah dan Madinah. Kami yang berada di Makkah ini amat terasa akan kebanjiran ini. Saban hari amat terasa kota Makkah semakin padat dengan Tetamu Allah. Ruang masjidilharam yang sebulan lepas agak lengang sekarang amat sukar untuk menemui ruang yang tidak diduduki manusia.

Suasana terkini di Masjidil Haram

Dengan kebanjiran ini, boleh di katakan semua ahli Makkah menjadi sibuk. Semua mempunyai tugas masing-masing. Yang bekerja ketika inilah kerja berlambak2, pelajar pula masa inilah peluang nak tebalkan skit poket hehehe.... tetapi Yang pastinya semua sibuk menerima Tetamu Allah yang juga merupakan saudara mara rakan dan taulan. Ketika inilah peluang berjumpa saudara mara dan sahabat handai yang datang dari tanahair. Kita selaku tuan rumah seharusnya menyambut kedatang mereka ini dengan rasa bangga kerana setiap pertolongan yang diberikan mudah-mudahan menjadi amal soleh kerana kita memuliakan Tetamu Allah.

Usrah kami yang berlangsung setiap rabu telah dipersetujui di tawakkuf dulu kerana kesibukan ahli-ahlinya. Minggu lepas usrah berakhir di rumah Hj Amin dan kehadiran minggu lepas pun kurang excellent atas faktor2 di atas. Tuan rumah agak keciwa kerana kek coklatnya tidak dapat dinikmati oleh hj kamitaken..(ana dimaklumkan dia tak hadir usrah haritu kerana letih sebab baru balik dari kandang kambing.... pelik bunyi ayat di ataskan??!! Ape kena mengena hj kamitaken dengan kambing? Kalau nak tahu itu le Rahmatnyer musim haji, dari pelajar boleh bertukar status kepada saudagar kambing tau...) Apa-apa pun marilah kita berdoa agar semua urusan kita dipermudahkan amiiinnn...

Dalam masa manusia seluruh pelusuk dunia menuju ke Baitullah, ana berhadapan dengan satu berita yang sedih iaitu emak ana (CIK) yang telah berada di tanah haram ini sejak Ramadhan lepas terpaksa pulang ke Malaysia kerana visa ziarahnya telah tamat tempoh sebelum hari wukuf. Tanggal 26hb nov 2008, CIK akan berangkat pulang ke Malaysia. Hujung minggu yg lepas, Sangat berat tangan dan kaki ini untuk ke Jeddah untuk menempah flight tiket untuk CIK pulang tetapi apekan daya itu sahaja daya usaha kita sebagai manusia. Bila berfikir panjang baru lah tenang sedikt bila terfikir ini semua adalah takdir Allah. Sudah barang pasti kejadian ini ada mengandungi hikmahNya yang tersendiri. Insyaallah jika diizinkan, tahun depan kalau murah rezeki dan sihat tubuh badan ana akan cuba usahakan agar CIK dapat menunaikan Ibadah Haji. Insyaallah....

HJ Khuzz

No comments: