Thursday, September 11, 2008

Semalam 10 Sept 08, Muhammad Ikhwan Baihaqi demam panas, pegi hospital Alawi Tunisi kena drip air + antibiotik
Kanak-kanak zaman sekarang, dalam demam demam pun sempat lagi Ber"PSP"

Walaupun dah masuk antibiotik, makan ubat demam tapi panas badan tak turun-turun... Kaget jugak kejap sampai buka puasa pun ngan segelas air je.. Ini cara antara usaha terakhir (petua org tua-tua) utk turunkan panas badan dan Alhamdulillah berjaya.. Bii Iznillah.
Kisah Dua Perjuangan

Baru2 ini seorang sahabat ana menghubungi dan mengadu mengenai hati yang tidak tenang akibat ditinggalkan oleh kekasihnya, lalu dia meminta nasihat daripada ana untuk menenangkan hatinya, oleh kerana ana bukan pakar psikologi untuk menenangkan hati seseorang sepertinya, lalu ana meminta dia untuk solat dan berdoa minta petunjuk dari Allah. Kemudian dia menghubungi ana lagi dan memberitahu bahawa hatinya masih tak tenang walaupun telah solat dan memohon doa kepada Allah.... respon awal ana, memanglah susah sebab bila kita susah baru ingin mencari Allah masa senang jarang sangat masa kita guna untuk ingatkan Allah.....

Selepas sembang-sembang skit, Lalu ana menceritakan kisah dua perjuangan dalam memilih jalan hidup iaitu kisah dari novel Uda & Dara dan kisah Sahabat Rasulullah iaitu kisah Saad Bin Muaz.

Kisah Uda dan Dara ini bermula apabila si uda amat berkenan hati dengan si dara kerana kecantikan dan kebaikan si dara ini, lalu si uda menyuruh keluarganya meminangkan si dara untuk dirinya. Kerana kebaikan dan kejujuran si uda, pinangannya telah diterima oleh keluarga si dara, maka sungguh gembiralah si dara kerana pinangannya telah diterima. Ketika masa peminangan menunggu hari untuk diijabkabulkan, si uda ada terdengar berita akan seruan oleh oleh pejuang2 negara untuk membuat demontrasi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah di pusat bandaraya negara. Oleh kerana semangat patriotiknya yang tinggi, si uda turut bertekad untuk menyertai dan bergerak ke ibu negara dan menghadapi pelbagai rintangan dalam perjalanan tersebut. Maka dengan semangat petriotik yang tinggi si uda telah berjaya bersama puluhan ribu bangsa melayu membuat demontrasi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah barat. Sesudah habis demontrasi tersebut, si uda lalu pulang ke kampung halaman dari pusat bandaraya negara. Setelah sampai di kampung, si uda telah dikejutkan dengan tunangannya telah dikahwinkan dengan pemuda lain, Keluarganya menyangka si uda telah melarikan diri dari berkahwin dengan si dara. Oleh kerana bimbangkan malu akan fitnah dari penduduk kampung maka si dara telah dikahwinkan dengan pemuda lain. Lalu si uda yang sedih dengan peristiwa ini telah membawa diri untuk mencari kerja di Singapura.

Di Singapura si uda mula berkerja dan berjinak-jinak dalam bidang penulisan dan berjaya menjadi karyawan terkenal di negara iu. Dan pada masa yang sama negara telah berjaya mencapai kemerdekaan sedikit sebanyak hasil dari demontrasi untuk membatalkan Malayan Union yang disertainya. Lalu dikenangkan kisah lalunya, kerana beliau menyertai demontrasi tersebut, maka kemerdekaan negara dapat diicapai, kerana beliau tidak berkahwin dengan si daralah beliau dapat menjadi karyawan terkenal di negara, kerana si uda telah memilih perjuangan yang betullah beliau berjaya hari ini, dalam satu rangkap dalam novel tersebut “rupanya masih ada perjuangan yang lebih penting dari perjuangan untuk membawa si dara ke pelamin.....” perjuangan untuk memerdekakan negara Malaysia.....

Agak berbeza pula dengan kisah sahabat Rasulullah iaitu Saad Bin Muaz. Beliau adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan antara Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah berkata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada mereka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk dipinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik. Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangkan anaknya yang cantik itu. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.

Apakah kita yang Islam sejak baligh ini akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita sepertimana Saad Bin Muaz?? Satu persoalan yang sukar untuk kita jawab.

Kesimpulan dari dua kisah ini adalah mereka berjaya dalam hidup mereka kerana mereka memilih perjuangan yang lebih penting iaitu perjuangan untuk memerdekakan negara dan memartabatkan Islam di muka bumi Allah ini. Sangat jauh berbeza dengan kita hari ini, sentiasa dibuai oleh angan2 dan bakhil dengan Allah. kita sanggup menghabiskan berbual dengan “pasangan” atau “awek” yang belum pasti sah atau tidak hubungan tersebut sehingga berjam-jam, tetapi kita solat untuk berjumpa Allah bagaikan kilat tidak sampai dua minit kerana kejarkan masa yang belum tentu akan datang...... kita sanggup habiskan kredit seminggu berpuluh ringgit untuk top-up handset untuk sentiasa berhubung dengan orang tersayang, tapi kedekut apabila fakir miskin meminta sedekah atau bersedekah untuk masjid demi untuk menjaga hubungan kita dengan Allah........ kita sentiasa tepat masa dalam menonton segala rancangan tv yang kita minati, tetapi sentiasa kita lambatkan janji solat kita dengan Allah walaupun setelah lama masuk waktunya..... kita sanggup membuat puluhan ayat2 indah merayu untuk orang tersayang jika orang tersayang merajuk, tetapi kedekut untuk mengeluarkan ayat rayuan memohon pengampunan kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan dalam hidup ini.......

Inilah antara punca kelemahan Islam masa kini, kerana kita lebih cintakan dunia dari cintakan Allah kerana kurangnya penghayatan kita terhadap agama Islam itu sendiri. Kita sentiasa menjaga sesuatu yang penting, tetapi kita sentiasa lupa akan sesuatu yang lebih penting. Benarlah akan hadis Rasulullah Mafhumnya:

Berjayanya generasi awal (zaman Rasulullah dan sahabat) adalah kerana mereka menyakini Islam sepenuhnya dan zuhud dengan dunia. Dan binasanya generasi akhir disebabkan bakhil (berkira dengan Allah Ta’ala) dan panjang akan angan2nya

Bersamalah kita renung-renungkan diri kita.....

Hj Khuzz

3 comments:

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

semoga ikhwan cepat sembuh.. amin!~

setuju dengan perenggan yang terakhir tu. Banyak lagi menda yang penting perlu dipentingkan dari seorang kekasih yang tak tahu hujung pangkalnya..

Nur Azam said...

good article khuz. bila baca, rasa mcm terkena batang hidung sendiri tapi alhamdulillah dah suami isteri pun skrg. Insyaallah, sama2 kita perkuatkan Islam seboleh mungkin.

Sheikh Helmi said...

insyaallah, semuga ikhwan sembuh sepenhuhnya.smalam deqwan ada mai foodcourt kami.sure sembuh pas ni coz minum air pahit!!!!!!!!!hehehehe