Ust Rahman sedang menyampaikan ucapan
Malam tadi ana mempengerusikan satu Majlis Perpisahan, di mana majlis itu bersempena dengan keberangkatan pulang Ust Hj Abdul Rahman Hamzah. Majlis tersebut berlangsung di rumah Hj Najib Jeddah. Ust Rahman akan pulang ke tanahair hari rabu ini (25hb Feb 09) setelah lebih sepuluh tahun beliau menetap di Makkah. Beliau akan pulang bersama seorang isteri (Datin Ayu a.k.a MissAbaya) dan seorang Mujahid Makkah (Muhammad Bin Abdul Rahman).
Dalam ucapan selamat tinggalnya, Ust Rahman berpesan kepada sahabat-sahabat agar menghargai rezeki tinggal di tanah haram atau berhampiran dengannya. Ini adalah kerana bukan mudah untuk tinggal di Makkah ini. Berapa ramai orang yang bukan setakat ingin tinggal di Makkah, tetapi hanya ingin datang mengerjakan haji dan umrah sahaja tetapi terpaksa menempuhi terlalu banyak halangan dan ujian. Satu cerita yang di ketengahkan adalah bagaimana seorang gurunya yang berhasrat menghantar anaknya untuk belajar di Makkah atau Madinah, berbagai cara dan usaha di lakukan untuk mendapat kelulusan itu. Setelah bertahun lamanya usaha tersebut dilakukan akhirnya, anaknya diterima untuk belajar di Universiti Madinah. Setelah tiba di Madinah ketika pemeriksaan kesihatan sebelum mendaftar masuk ke Universiti itu, anak si ustaz ini telah di sahkan mengidap hepatitis B. Lalu diarahkan pulang dan tidak boleh mendaftar di Universiti Madinah.
Hj Najib (Kanan) sedang menyampaikan cenderahati kepada Ust Rahman
Ini merupakan majlis perpisahan kedua yang ana hadiri sempena kepulangan ust Rahman. Beberapa minggu lepas Persatuan Pelajar Malaysia (PPM) juga mengadakan majlis yang serupa tetapi lokasinya di Muzdalifah. Semua sahabat-sahabat usrah Makkah dan pelajar Malaysia telah hadir ke majlis itu.
Majlis perpisahan Ust Rahman anjuran PPM di Muzdalifah.
Kaum ibu sedang asyik mendengar ucapan dari majlis
Gambar Ust Rahman dan Family yang ada dalam simpanan ana
No comments:
Post a Comment