Pada 22 dan 23 Jan 09 yang lalu ana telah ke Madinah Al-Munawarah. Sejak sekian lama tidak ziarah Rasulullah s.a.w. kerana kesibukan dengan tugas dan kerja. Sekarang bebanan kerja agak kurang sedikit maka ana dan keluarga mengambil peluang yang ada ini utk ke sana. Kali terakhir ana ke Madinah adalah bulan Oktober 08 yang lepas di mana ketika itu ana membawa Ibunda tercinta melakukan ziarah disana. Kali ini kami di temani oleh Hj Amin dan keluarga. Terasa seronok bila bermusafir dengan di temani sahabat. Walaupun ketika di Masjid Nabawi kami mempunyai tugasan masing masing tetapi bila nak keluar berjalan kami pergi bersama. Selain ziarah makam Rasulullah, Abu Bakar r.a dan Omar Al-khattab r.a dan perkuburan Baqi, kami juga pusing-pusing sekitar bandar Madinah dan ziarah seorang sahabt yang baru menerima cahaya mata iaitu Hj Hakimi.
Kedudukannya yang tidak curam tetapi kereta mampu bergerak sehingga ke kelajuan itu. Itulah antara yang menarik dan ajaib tempat ini. Ianya dikelilingi oleh bukit bukau yang agak tinggi. Disini juga dijadikan tempat berkelah pak-pak arab dan famili. Tetapi oleh kerana waktu kami pergi kesana tu pagi jumaat maka tidak kelihatan pun pak arab berkelah disitu tetapi jika pegi waktu petang kawasan ini dengan sendiri nya menjadi sibuk dan padat.
Selepas solat fardhu jumaat di Masjid Nabawi, Kami check out dari hotel kemudian kami singgah menziarahi Hj Hakimi yang baru menerima cahaya mata yang pertama. Turut bersama kami adalah pelajar dari Universiti Madinah (Ust Aziz dan Ust Lokman). Pada hari itu rupanya hari pertama Baby Sarah dibawa pulang selepas di tahan di wad beberapa hari kerana kuning. Zaujah ana diminta oleh Daddy dan Mummy Sarah untuk memandikan Baby. walaupun tugas itu telah ditinggalkan sejak 7 tahun yang lepas my wife sudikan diri untuk memenuhi permintaan Daddy dan Mummy Sarah itu. Agak lama juga kami disitu, setelah menghabiskan apa yang patut diatas meja tuan rumah maka kami minta diri utk berangkat pulang ke Makkah. Semoga Baby Sarah sihat walafiat dan membesar dengan semangat Siti Sarah iaitu isteri kepada Nabi Ibrahim. Kami mulakan perjalanan pulang ke Makkah jam 6.00pm dan Alhamdulillah sampai di Makkah jam 9.30pm. Itu ana le, Hj amin mungkin sampai jauh lebih awal dari kami kerana dia guna kete McLaren BMW. Kami makan asap je le.Hj Khuzz
No comments:
Post a Comment