Monday, October 13, 2008

ZIARAH...
Bermula 10 akhir ramadhan yang lepas, rumah ana di kunjungi oleh sahabat-sahabat dari tanahair yg datang umrah tetapi tidak melaui mana-mana pakej. Jadi teratak analah menjadi persinggahan selepas mere kepenatan beriktikaf di Haram. Bermula dengan Ust Aziz yg datang sejak 21 ramadhan kemudian disusuli oleh Ust Riduan Mohd Nor dan sahabatnya Ust Azim.

Alhamdulillah sejak mereka berada di sini dapatlah kami bertukar-tukar pandangan mengenai politik semasa dan begitu juga mendapat sedikit ilmu. Itulah pentingnye bila berkawan dengan org2 yg berilmu. Dlm sembang-sembang dapat ilmu. Sambil makan dan minum dapat ilmu hatta masa sambil-sambil baring utk rehatkan badan dan mata pun masih berkesempatan mendapat ilmu.

Syukur banyak-banyak Allah takdirkan mereka ini berkunjung ke rumah ana pada ramadhan kali ini. Dapatlah ana berkhidmat pada sahabat2 disamping dpt penuhi masa ana dengan sebaiknya. Jika diizinkan berada di bumi bertuah dan barakah ini lagi, diharapkan pada ramadhan yang akan datang juga ada sahabat-sahabat dari Malaysia yang dtg berkungjung ke teratak ana ini.

Dalam bulan Ramadhan, semua aktiviti tertumpu ke Haram. Tambah-tambah kedatangan sahabat2 ana ini pada 10 akhir ramadhan. So tak berkesempatan utk bawak sahabat-sahabat jalan-jalan dan ziarah.

Bila perginye Ramadhan dan munculnya Syawal maka aktiviti di Haram pun tamat lah. Maka aktiviti lain boleh le di pertimbangkan. Antaranya selain dari sambutan Hari Raya ana bawak sahabat2 ni jalan pusing2 Makkah. Berikut kisah seterusnya.....:-)
Hj Khuzz

No comments: