Sunday, October 5, 2008

CATATAN MENJELANG RAYA

29 Syawal 1429

6.15 pm - Berbuka puasa dirumah bersama ust aziz, ust riduan dan ust azim.
6.40 pm - Solat Maghrib berjemaah diimam oleh Al-Sheikh Abdul Aziz Abbas Al-Besuti.
6.55 pm - Tazkirah sambil sembang... Masing-masing duk tanya-tanya adakah malam ini malam terakhir berbuka puasa untuk Ramadhan kali ini. Semuanya sabar menanti keputusan samada esok raya atau tidak.
7.03 pm - Ust Aziz terima call dari sahabatnya di Madinah menyatakan confirm esok raya. Rasa macam tak percaya Ramadhan 1429 telah pergi buat selamanyee.
7.07 pm - Hantar sms kat sahabat-sahabat maklumkan bahawa esok raya.
7.30 pm - Nazri riyadh call bagitau baru sekejap tadi meriam berdentam dentum di Masjid Haram menandakan perginya Ramadhan dan munculnya Syawal.
8.00 pm - Solat Isyak berjemaah
8.20 pm - Zakat fitrah belum dibayar, Call Sheikh Abdul Rahman tanya status nya. Jawapan diterima beliau dlm perjalanan ke Airport mengiringi Dato Husam dan dia suruh arrange sendiri kerana beliau mungkin pulang lewat.
9.00 pm - Keluar ke Matajeer Saudia untuk beli beras zakat bersama ust aziz dan sambil hantar ust riduan dan ust azim nak gi umrah.
9.40 pm - Call Sheikh Lotfi Wasseeeem tanya kat mana nak bagi beras zakat ni sbb ana ke masjid semua dah tutup. Jawab Sheikh Lotfi berpendapatkan Sheikh Mat Chenok boleh sedekah beras tu kat fakir miskin. Boleh bg kat org2 itam kat tepi2 jalan.
10.40pm - Kluar ke kedai bersama isteri untuk mencari beberapa barang masakan yang tak cukup lagi utk jamuan esok.
11.00pm - Pengalaman pertama bagi sedekah beras zakat fitrah kat org itam di tepi2 jalan. Meriah rupanya. Ramai org2 itam ditepi jalan khususnya dekat trafik light untuk menanti sedekah dari org ramai.
11.30pm - Alhamdulillah selesai semuanya dan pulang ke rumah utk meneruskan tugas yang belum selesai di dapur. Bg makluman kepada isteri dan mak bahawa kita perlu siap masak sblm jam 2.30am kerana kul 3.00-3.30am dah perlu ke Haram untuk solat subuh dan solat sunat eidulfitri. Perlu keluar awal untuk pastikan dapat tempat yang selesa dalam masjid.
3.00am - Alhamdulillah semua selesai dan dah ready untuk ke Haram.
3.15am - Selesai parking kete di kudai parking dan selamat naik bas ke haram.
3.30am - Tiba di haram dan Alhamdulillah keadaan masih lengang so kami terus ke basement dan Alhamdulillah masih dapat memilih nak duduk atas karpet mana, tak seperti raya 2 tahun lepas walaupun dtg kul 3.30am tapi dah kena duk kat luar (hujung dataran haram..)
5.30am - Selesai solat subuh kemudian diikuti takbir raya berselang seli kuat dan perlahan
6.35am - Solat sunat hari raya jam dan diakhiri khutbah raya.
7.15am - Tiba di rumah dan buat persiapan terakhir untuk menerima tetamu yang mula akan datang jam 10.30am.

Coretan seterusnya menyusul..... wslm

Hj Khuzz

No comments: