Thursday, September 4, 2008

Usrah Penutup Sempena Ramadhan Kareeem..

Isnin seminggu sebelum kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, kami telah mengadakan program penutup usrah, di mana usrah mingguan kami ditangguhkan seketika kerana kedatangan bulan Ramadhan. Penangguhan ini bukanlah bermakna bulan Ramadhan tidak sesuai utk berusrah tetapi memberi laluan yang besar kepada semua sahabat-sahabat untuk beramal ibadah dan bertarawikh di MasjidilHaram. Majlis itu diubah sedikit dari biasa iaitu tidak mengikut teks usrah. Ia diisi dengan tahlil kesyukuran yang dipimpin oleh Ust Lutfi dan tazkirah ringkas sempena kedatangan Ramadhan oleh Ust Man Ayu.

Ust Lutfi sedang khusyuk memimpin tahlil. Maklumle nak masuk TV Astro. Hehehe..

Ust Man Ayu sedang Menyampaikan Tazkirah Sempena Kedatangan Ramadhan

Cuma yang lain dari biasa adalah program kami kali ini dihadiri oleh krew-krew Astro dalam rangka penggambaran mereka dalam program TETAMU UMRAH yang ditayangkan di siaran ASTRO OASIS. Tetamu umrah dari pihak Astro kali ini adalah dua beranak (Ibu dan anak lelaki) dari perkampungan orang asli, Kg Triang, Bera Pahang. Si Ibu merupakan Tok Batin di perkampungan orang asli tersebut dan kalu tak silap ana, inilah satu-satunya Tok Batin dari kalangan kaum Hawa di tanahair kita. Beliau juga merupakan ibu tunggal yang telah kematian suaminya. Nama ibu ini Pn Junaidah bt Abdullah manakala anaknya Zolkafli bin Mat Isa.


Sdr Zol sedang menceritakan pengalaman beliau ketika di Madinah dan Makkah

Pn Junaidah, Tok Batin dari Kaum Hawa

Sedikit coretan mengenai tetamu umrah Astro sebelum meneliti cerita mengenai usrah. Apa yang menarik pada kedua beranak ini adalah, mereka terus beristiqamah mengamalkan ajaran Islam walaupun sekarang ini kampungnya menjadi sasaran dakwah misionari kristian. Pendakwah kristian silih ganti memasuki kampung mereka yang 70% majoritinya beragama Islam. Walaupun beragama Islam tetapi mereka kurang mengamalkan ajaran Islam kerana kurang bimbingan dan pengetahuan tentang Islam itu sendiri. Pn Junaidah sangat berharap agar mereka memiliki ustaz dan guru agama bagi yang tetap bagi mendalami ajaran Islam seterusnya membimbing mereka melaksanakan suruhan agama dengan lebih tepat.

Diceritakan paderi-paderi masuk kampong mereka setiap minggu manakala Ustaz dan Pegawai Agama hanya berkunjung 3 bulan sekali. Cerita ini terasa benar-benar terpukul kepada kita yang mengaku Islam dan pejuang Islam yang seolah-olah terlepas pandang masalah ini . Kita asyik seronok dengan berdakwah di bandar dan pekan sahaja tetapi terlupa dan alpa terhadap sahabat seagama yang di pedalaman sepertinya di mana mereka sangat memerlukan dakwah dan bimbingan. Dimanakah jabatan kerajaan yang berwajib yang mempunyai peruntukan tetap tahunan untuk program memantapkan ajaran Islam kepada Orang Asli? Dimana Jabatan Agama Islam Negeri , dimana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli?. Adakah mereka berfikiran dengan lawatan 3 bulan sekali itu akan dapat melahirkan Insan bertaqwa dan berjiwa Islam sedangkan manusia di bandar dan pekan yang dikelilingi kuliah-kuliah di masjid dan surau masih lintang pukang amalan Islamnya, masih tidak jelas Halal dan Haram dan masih ramai yang menyokong konsert Avril Lavigne sempena sambutan merdeka baru-baru ini.

Kesemua ini jelas kelihatan kegagalan kita menangani dakwah kepada mereka yang memerlukan. Peruntukan tahunan gagal ditumpahkan kepada sasaran. Lebih menyayat hati adalah, sudahlah kehidupan mereka yang daif dengan pekerjaan tetap sebagai penoreh getah dan tiada kemudahan air bersih dan elektrik, Pn Junaidah terpaksa mewakafkan tanah miliknya untuk dijadikan surau tempat beribadat di kampong tersebut. Beliau juga sering berulang alik ke Sungai Buloh Selangor (rumah Mak saudaranya) untuk mempelajari Islam kerana di sana ada Ustaz tetap yang boleh membimbingnya.

Sempena dengan kedatangan Ramadhan yang penuh berkat ini, marilah kita memuhasabah diri kita agar tanggungjawab berdakwah ini sama-sama kita pikul. Jangan kita hanya meletakkan tanggungjawab dakwah itu hanya kepada golongan Ustaz semata-mata. Kita yang bukan ustaz juga sepatutnya mengambil tanggungjawab, jika bukan dalam bidang ilmu Islam kita boleh membantu dalam bentuk yang lain. Maka semua dari kita mesti mengambil tanggung jawab ini secara bersama.

Berbalik kepada Usrah kami semula, pada malam itu sebaik selesai majlis kami dihidangkan dengan jamuan yang tidak kurang enaknya. Menu dari Chef Hashim adalah Daging Kari Mamak, Sup Kambing Special dan Percik Ayam Bakar. Sumbangan kambing dari teman Hj Arshad menjadi menu utama kami pada malam tersebut. Sedikit info pasal Astro. Bukan nak promote. Cuma nak bagitau je.Hehehe!!! Rakaman siaran Astro dalam Tetamu Umrah di Astro Oasis akan ditayangkan di kaca tv di Malaysia pada bulan Disember 08. So bagi saudara mara,rakan-rakan dan sahabat-sahabat di Malaysia yang ingin melihat kami di kaca tv pastikan anda menonton rancangan Tetamu Umrah di Astro Oasis Disember ini……

Hj Khuzz

No comments: