Sunday, January 31, 2010

Terkini dan terakhir....

Gambar terakhir bagi Allahyarham Iskandar ketika di Miqat Bir Ali (Kiri sekali)

Gambar ini ehsan dari hjarshad@blogspot.com.

Alhamdulillah tengahari tadi ana sempat hadir ke Masjidilharam utk sama-sama solat jenazah keatas Allahyarham Iskandar yang meninggal dalam kemalangan itu. Selepas solat jenazah, ana dan family bertemu dengan family Hj Arshad. Kami menunggu jenazah di dataran luar masjid. Seketika kemudian jenazah dibawa keluar dari Masjid dan terus ke kereta jenazah. kelihatan bersama beberapa pegawai dari konsulat dan Hj Shahrom (MAS) turut kelihatan. Hj Arshad mengiringi jenazah di dalam kenderaan.

Jenazah Iskandar di usung keluar dari Majidilharam menuju ke Van Jenazah

Sebelum van jenazah bergerak ana tanya Pak Ali, nak kebumi di kubur mana? Pak Ali kata skrg tengah berurusaha utk dapatkan kebenaran kebumi di Kubur Ma'la. Seketika kemudian pemandu van tu bagitau akan ke kubur Ma'la. Lalu ana dan family dan bersama Kak Pah dan Alia (Famili Hj Arshad) naik ke kereta dan terus menuju ke kubur Ma'la. Alhamdulillah tiada sebarang halangan ketika hendak kebumikan jenazah Iskandar itu. Semua berjalan lancar dan seperti di rancang.

Liang Lahad tempat persemadian Allahyarham Iskandar di Kubur Ma'la


Untuk makluman semua, sekarang ini bukan mudah bagi orang bukan Saudi untuk mendapat kebenaran kebumikan jenazah di kubur Ma'la, ana dikhabarkan oleh sorang mualat yang hadir, seorang yang dah tinggal lama di Makkah ni dan mempunyai anak dan cucu disini ketika meninggal minggu lepas apabila nak kebumikan di Ma'la tak dapat kebenaran dan terpaksa di kebumikan di Syaraei. Jadi disini ana terfikir benarlah bahawa tanah kubur kita ini benar-benar satu yang tidak dapat kita tentukan. Jadi beruntunglah Allahyarham Iskandar ini kerana dapat dikuburkan di Tanah perkuburan yang disebut oleh Rasullullah saw sebagai tanah Kubur yang terbaik yang ada di atas Muka bumi ini.

Liang lahad telah ditutup




Selamat di timbus dengan daun kering dan pasir

Setelah semuanya selesai kami bersurai dengan bersalaman dengan semua yang hadir. Sebelum keluar dari kubur itu ana sempat mengambil alamat kubur Allahyarham. Alamatnya adalah Line 34 liang ke 4.
Kepada keluarga Allahyarham yang berada di tanah air, hadapilah ujian ini dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah. Sesungguhnya amat berat untuk menerima ujian ini tetapi yakinlah mesti ada seribu hikmah didalamnya. Semoga roh Allahyarham berada di sisi orang-orang yang soleh.

Alamat kubur Allahyarham Iskandar Line 34 liang ke 4

Antara yang hadir di perkuburan Ma'la

Hj Khuzz

Saturday, January 30, 2010

Updated News......

Jenazah Alllahyarham Iskandar yang meninggal dalam kemalangan ptg semalam akan di bawa ke Masjidilharam pada waktu zohor esok (31 Jan 2010) utk di sembahyangkan. Kepada Sahabat-sahabat yang berkelapangan bolehlah datang utk sama-sama solat Jenazah. Kemudian jenazahnya akan di kebumikan di syara'ei. Mangsa yang cedera berada di Noor Hospital.
Wassalam.
Hj Khuzz
TERKINI...

Malam tadi sekitar jam 10.15mlm, Ust Syahir call ana memaklumkan satu kemalangan maut berlaku ptg semalam yang melibatkan pelajar Madinah dan jemaah Umrah Malaysia di Khulais. Maklumat yang diketahui hanya pelajar tersebut ada call Ust Lutfi lebih kurang jam 1ptg utk mengetahui lokasi penginapan kemudian selepas itu tiada lagi maklumat darinya. Kemudian ana call Ust Lutfi, dan Ust Lutfi mengesahkan dan memberitahu ana nama pelajar yang memandu kereta itu bernama Efendi dan seorang jemaah meninggal dunia akibat kemalangan tersebut. Mangsa yang meninggal itu bernama Iskandar. Maklumat lanjut mengenai dimana mangsa yang cedera dan meninggal berada masih gagal diketahui.

Jam 10 pagi sekejap tadi ana dimaklumkan oleh Hj Arshad bahawa beliau telah berjumpa dengan salah soorang jemaah yang terlibat dengan kemalangan dan beliau menolongnya menghantarnya ke klinik. Kemudian Hj Arshad call Hj Khair konsulat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai jenazah dan mangsa yang cedera. Sekejap tadi ana di maklumkan oleh Hj Arshad bahawa sekarang jenazah Iskandar berada di Hospital Syisah dan mangsa yang cedera berada di Hospital Noor. Hj Khair Konsulat masih membuat urusan tuntutan jenazah dengan Polis. Proses setakat ini adalah pihak polis Makkah menunggu surat dari waris Allahyarham untuk urusan pengkebumian. Maklumat lanjut akan diupdate bila semua urusan selesai.

Kepada sahabat-sahabat Makkah yang berkelapangan sila standby untuk hadir ketika solat jenazah. Maklumat terkini akan ana maklumkan nanti. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Iskandar. (Al-Fatihah).

Hj Khuzz

Friday, January 29, 2010


ISU KALIMAH ALLAH

Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita sejak mutakhir ini, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik mengguna pakai perkataan (kalimah) Allah dalam bahan penerbitan mereka yang bernama The Herald versi melayu. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, masyarakat Kristian berada dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan umat Islam, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Kedengaran sehingga kini pelbagai komen dan statement dikemukakan ketengah masyarakat sehingga menyebabkan masyarakat bertambah keliru akan isu ini. Komen-komen yang bersifat emosi lebih mencelarukan pemikiran masyarakat. Orang yang berjuang bukan atas dasar Islam kadang-kadang lebih vokal dalam membawa isu ini ketengah masyarakat. Di samping itu penganut fahamam politik kebangsaan yang mencari kesempatan politik mereka telah menambahkan lagi kecelaruan ini.

Sepatutnya dan semestinyalah apabila timbul isu sebegini kita merujuk kepada pakar dalam bidangnya. Isu agama Allah adalah langsung dengan Agama Islam dan dalam Malaysia pihak yang paling konsisten dalam menangani masalah Islam adalah Parti Islam Semalaysia (PAS). PAS sejak dulu, kini dan selamanya konsisten berjuang, beramal dan berinspirasi membawa prinsip Islam dan hukumnya untuk ditegakkan dalam Negara Malaysia. Fakta ini tidak boleh di sanggah oleh kawan dan lawan. Maka sepatutnya PAS lah yang berhak dan layak untuk menjelas dan mengupas isu ini. Agak pelik jika parti yg tidak meletakkan cita-citanya untuk menegakkan Islam tiba-tiba mereka seolah-olah menjuarai isu ini.

Setelah hampir sebulan isu ini berbangkit, kita dapati memang benar dan bertepatan sekali pendirian PAS dalam menangani isu ini. Saya amat berbangga dan bersyukur di atas istiqamah pendirian Presiden PAS yang secara jelas menyatakan Islam TIDAK melarang penggunaan perkataan (kalimah) Allah oleh agama lain. Tuan Guru Hj Hadi menyatakan “kita tidak boleh melarang mereka ( bukan Islam ) dari menggunakan nama Allah meskipun Allah bagi mereka bukan seperti yang kita yakini iaitu Tuhan yang Esa.” Bagi saya sikap Tuan Guru Presiden ini melambangkan konsistennya budaya di dalam PAS iaitu ILMU mendahului EMOSI dan KEBENARAN mendahului PERASAAN.

Tidak seperti pandangan dan tindakan dari pihak-pihak yang lain. Kita boleh lihat bercelarunya tindakan dari pihak kerajaan sendiri apabila cuba menentang penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan membenarkan demonstrasi jalanan di adakan tapi dalam masa yang sama Menterinya (Nazri Aziz) membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah itu di negeri-negeri tertentu. Di sini jelas kepada kita kecelaruan mereka berhadapan isu ini. Mereka cuba menjadi juara kepada Umat Islam kononnya tetapi bila memikirkan sokongan orang bukan Islam mereka terpaksa membenarkannya. Inilah hasilnya jika berjuang tanpa mempunyai suatu dasar yang jelas tetapi bagi PAS keputusan parti itu membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh orang bukan Islam adalah dengan ilmu dan dalil, dan dalam masa yang sama ianya tidak menggadaikan prinsip perjuangan.

Tuan Guru Presiden telah mengemukakan beberapa dalil yang terdapat dalam Al-Quran itu sendiri bagaimana kalimah Allah sememangnya dimaklumi dan digunapakai oleh orang-orang bukan Islam terdahulu. Di sini saya suka mengambil dalil-dalil itu untuk pengamatan bersama. Bagi yang ingin mengikuti laporan penuh kenyataan Tuan Guru Presiden PAS bolehlah melayari blog rasmi presiden pas itu.

Antara dalil-dalil yang dikemukan adalah:-

Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)

Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-Ankabut: 63)

Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah Luqman: 25)

Firman Allah bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Surah az-Zumar: 38)

Firman Allah bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa,lagi Maha Mengetahui".(Surah Az-Zukhruf: 9)

Firman Allah bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Surah az-Zukhruf: 87)

Menurut Peguam PAS, Hj Hanifa Maidin:-

Dalam penghakimannya Hakim Lau Bee Lan menyatakan “adalah tidak munasabah dan tidak rasional bagi pihak KDN kerana dalam satu masa tidak melarang perhimpunan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam ibadat mereka dan aktiviti keagamaan mereka tetapi dalam masa yang sama kalimah yang sama tidak boleh digunakan dalam penerbitan yang tujuannya membantu pengganut Kristian dalam ibadat dan aktiviti keagamaan mereka. Secara jujur saya setuju dengan alasan Hakim itu. Kenapa adanya sikap double standard di situ ?

Sesiapa yang membaca kesemua 57 mukasurat penghakiman Hakim Lau Bee Lan akan tentu terkejut apabila para peguam akhbar the Herald membangkitkan secara terperinci bersama-sama bukti dokumentari bagi menunjukkan bahawa kalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian, peguam KDN dikatakan tidak langsung menyangkal hal tersebut.

Sebagai contoh peguam Herald menyatakan sudah 15 abad Kristian dan Arab Muslim telah menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan yang Esa. Bahasa melayu telah menjadi Lingua Franca kepada penganut Katolik sejak berkurun-kurun khususnya yang tinggal di Melaka dan Pulau Pinang dan telah mengamalkan dan ber”sembahyang” dalam bahasa Melayu.

Kalimah God telah diterjemah sebagai Allah dalam “Istilah Agama Kristian Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pertama kali oleh Catholic Bishops Conference of Malaysia pada tahun 1989 . Kamus Melayu-Latin yang diterbitkan sejak tahun 1631 telah menterjemah perkataan “Deus” (Kalimah Latin untuk God ) sebagai “Alla” dalam terjemahan Melayu. Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, kalimah “Allah” telah digunakan secara terus menerus dalam edisi Matthew’s Gospel di Malaysia pada tahun 1629 dan dalam Bible Melayu pertama yang lengkap pada tahun 1733 dan Bible Melayu yang Kedua Lengkappada tahun 1879 sehingga sekarang.

Munshi Abdullah yang dianggap bapa kesusasteraan Melayu telah menterjemah Gospels ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 1852 dan beliau telah terjemah perkataan “God” sebagai “Allah”. Telah ada Bible yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang wujud sebelum 1957 yang mana terjemahannya telah dibuat oleh British and Foreign Bible Society di mana kalimah “Allah” telah digunakan.

Jadi dengan bukti-bukti dan diatas prinsip keadilan itulah PAS mengambil keputusan bahawa adalah tidak adil kita melarang orang Kristian dari menggunakan kalimah Allah. Ada hujah yang menyatakan bahawa Allah bagi orang Kristian tidak sama dengan Allah menurut fahaman orang Islam. Jawab PAS betullah tu. Jika dari awal lagi mereka berpendirian seperti kita sudah tentu mereka sudah Islam.

Sebab itu para Rasul diutuskan untuk berda’wa kerana di samping manusia yang kafir mentauhidkan Allah dalam konteks RububiyyahNya iaitu meyakini Allah sebagai Rabb ( Pentadbir / Penjaga ) alam semesta ini mereka tidak mengEsakan Allah yang sama sebagai Tuhan yang selayaknya disembah.

Maka ayuhlah wahai kawan-kawan dan sahabat-sahabat kita fahami betul-betul isu ini agar kita tidak terperangkap dalam emosi dan statement yang sengaja mengelirukan kita.
Hj Khuzz

Thursday, January 28, 2010

Ziarah Madinah


Minggu lepas tanggal 20hb Jan 2010, usrah Makkah menganjurkan Ziarah ke Madinah Al Munawwarah. Kami berkonvoi 4 buah kereta. Kete flowerhorn Ust Khairul menjadi perhatian kami sepanjang perjalanan kerana inilah kali pertama perjalanan yg paling jauh yg pernah di lalui selepas ust Kerol membeli kereta itu. Selain kete ust khairul, kete ana, kete Hj Azam dan kete Hj Amran dari Jeddah yang turut serta dlm ziarah kali ini. Jumlah ahli keseluruhan dlm xpdc ini adalah 18 orang termasuk kanak-kanak.

Kami gerak dari lokasi masing-masing sebelum solat maghrib kemudian terus ke Madinah. Dalam perjalanan itu kami singgah utk mengisi minyak kereta dan penumpang kereta di R&R tapah… oppsss R&R SASCO. Cuaca kat R&R ni fuh sejuk menusuk tulang. Selepas semua selesai, kami teruskan perjalanan dan kami tiba di Bandar Madinah lebih kurang jam 12.30mlm.


Sebaik tiba, kami walk in je utk cari hotel sebab musim skrg tak ramai org. Selepas survey-survey, kami berpecah pada 3 hotel, ana dengan Hj Amran duduk di Andalus suite, Ust Kerol and the gang duk di hotel ape ntah sebelah aje hotel kami manakala Hj Azam duduk di hotel Hakimi Inn.
Selain Ziarah Maqam Rasul dan para sahabat kami juga sempat berehlah di Baidha’ atau lebih dikenali bukit Magnet.

Hj Khuzz

Wednesday, January 27, 2010

Kembali aktif... dgn semangat baru InsyaAllah.

Hari ini Alhamdulillah mempunyai sedikit ruang untuk mencoret dan mengaktifkan semula blog yang dah lama terbengkalai. Terima kasih kepada yang masih sudi mengunjungi blog ini.

Selama beberapa bulan tidak aktif terlalu banyak peristiwa dan kisah yang berlaku sepanjang waktu itu. InsyaAllah jika berkelapangan ana akan flash back kembali cerita-cerita yang sesuai. Berita-berita mengenai politik di tanahair tidak kurang juga hangat sekarang ini.