Wednesday, December 31, 2008


DERITA GAZA
APA UPAYA KITA ?



Sahabat-sahabat sekalian, Biarpun Gaza beribu batu jauhnya dari kita tetapi deritanya bagai di depan mata. Malang sungguh bagi muslim yang masih mampu diam membatu diri menyaksi penderitaan Gaza. Benar kita tidak sampai tangan dan kaki tapi sekurang - kurangnya kita ada berbuat sesuatu untuk bersama penderitaan mereka .



Paling tidak kita mendoakan mereka agar segera bebas dari penderitaan, hulurkan bantuan kewangan untuk meringankan penderitaan mereka, suarakan bantahan kpd dunia khasnya Amerika untuk menunjuk kebersamaan kita dengan penderitaan ummat Palestine dan tidak lupa kita mendesak agar seluruh ummat Islam bangkit dan pemimpin - pemimpin ummat Islam ber buat sesuatu untuk mengajar Israel Alaihi Laknatullah.










Hj Khuzz
Perjalanan Haji 1429
Siri II

Selepas kami lunch, kami pun solat zohor. Kemudian ana berhubung dengan Ust Khairul ariffin dan Ust hakim bertanya akan lokasi mereka.Lokasinya adalah di Jalan 2 dan di bawah belon warna putih yang ada bendera negara Iraq. Tempat yang kami berhenti makan dan solat itu hampir dengan Masjid Al-Numerah manakala lokasi Ust Hakim adalah di sebelah sana masjid. Kami harus melintasi masjid utk ke lokasi mereka. Ana memang bercadang utk ke Jalan 2 kerana kami akan ke Muzdalifah melalui jalan itu. So ana bagitau Ust Hakim ana akan ke sana dan kalu ada kesempatan boleh berjumpa. So semasa duk berehat-rehat anak-anak ana ni semua tak sabar nak jumpa Akil, anak Ust Hakim, diorg duk ajak utk ke tempat mereka. Lalu selepas itu kami pun mulakan semula perjalanan yang belum selesai itu. Jalan punya jalan, merentasi manusia yang ramai itu lalu anak-anak pun mula rasa penat. Cuba mencari tengok belon lokasi Ust hakim tetapi masih tidak kelihatan. Walaupun manusia agak ramai tetapi ini agak berkurangan jumlahnya kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Mungkin satu kejayaan bagi pihak berkuasa Saudi utk mengurangkan jemaah yang datang tanpa Tasrih Haji dengan meng"war-warkan" akan menangkap mereka yang tidak memilikinya.

Kami teruskan perjalanan, tetapi apabila semua dah penat, belon lokasi Ust hakim sudah kelihatan tetapi agak jauh lagi maka kami buat keputusan utk tidak ketempat mereka. Maka Keputusan dibuat untuk mencari tempat duduk untuk berehat dan menunggu waktu maghrib. Alhamdulillah dalam celah-celah khemah orang, adalah satu lokasi yang agak sesuai untuk kami berlima. Maka di bukakan tikar dan kami berehat disitu. Ketika kami duduk berehat sambil berwirid dan berdoa tiba-tiba datang seorang hujjaj memberi khemah kepada kami "sabil,sabil katanya. Kami terfikir mungkin kerana dalam celahan khemah itu hanya kami sahaja yang tak berkhemah maka sebab itulah "Pak Arab" itu menghadiahkan khemah itu pada kami. Syukur kepada Allah dan kami mengucapkan terima kasih kepada arab itu tadi.

Ana maklumkan kepada Ust Hakim bahawa kami tak ketempatnya kerana semua dah penat tetapi Insyaallah kami akan berjumpa selepas waktu maghrib nanti untuk sama-sama ke Muzdalifah. Maka kami semua bersetuju. Alhamdulillah selesai wukuf kami dapat juga bertemu dengan Ust Khairul Ariffin, Ust Hakim dan family dan kami sama-sama ke Muzdhalifah dengan menaiki Van. Harga tambang ke muzdalifah adalah 50 riyal seorang bagi dewasa dan 25 riyal bagi walad. Itu harga untuk dalam van, harga atas bumbung van pulak 30 riyal untuk dewasa. So kami memilih utk duk dalam van dengan bayaran 300 riyal (5 dewasa dan 3 walad)

Fuh dah penat le, bukan takat jalan je penat, menaip pun penat jugak. Dah le ek crita tu. Pakat-pakat tengok gambar le pulokk.... So kisah haji 1429 tamat di sini. Wslm...

Mabit di Mina, malam 10 Zulhijjah 1429. Atas bukit kat Emirates of Makkah

Suasana mina dari pandangan atas, ketika berjalan untuk melontar.


Ketika nak melontar malam 10 Zulhijjah 1429

Depan Jamrat, malam 10 zulhijjah 1429.

Suasana di Jamrat, malam 10 zulhijjah 1429.



Ahmad ketika bercukur di Kedai Gunting.

Muizzuddin ketika bercukur di Kedai Gunting.

Ikhwan Baihaqi ketika bercukur di Kedai Gunting.


Bergambar di depan Jamratul Aqabah pada malam 11 Zulhijjah

Hj Khuzz

Monday, December 29, 2008

MAAL HIJRAH

Hj Khuzz

Sunday, December 28, 2008

PERJALANAN HAJI 1429
Siri I

Sejak lepas Hari Raya Idilfitri (Pertengahan Syawal) yang lepas Saudi Goverment telah berulang kali mengeluarkan Press Release. Isi kandungannya adalah "semua orang yang hendak mengerjakan Fardhu Haji pada tahun ini (1429) mestilah memiliki TASRIH HAJI (Permit Haji). Bukan sekali, bukan dua kali tetapi seingat ana sehingga 6 zulhijjah tidak kurang 5 press statement dari Govenor Makkah dan Menteri Hajj dikeluarkan dan memberi amran keras dan hukumannya kepada sesiapa yang ditangkap ketika mengerjakan haji tanpa TASRIH akan terus dihantar pulang dengan tidak ada rayuan lagi.

Berita ini sungguh menggemparkan. Bukan sahaja diri ana tetapi semua orang. Bila kita keluar ke tempat awam, akan ada kedengaran orang berbicara hal ini. Bila kita naik teksi, driver teksi yang dah hampir 10 tahun duk Makkah pun mempunyai trauma yang sama ngan ana. Kat ofis pun sama jugak, tetapi ada le jugak ada sorang dua yang nak terjah juga walau ape pun yang terjadi, tetapi itu belum cukup kuat utk diri ini mengambil pendirian yang sama. Bila berjumpa sahabat-sahabat dan kawan-kawan pun topik TASRIH Haji tidak boleh tidak mesti di bincangkan.

Oleh kerana berita begitu kuat menyatakan mesti ada 'TASRIH', ana cuba mencari jalan bagaimana untuk memohonya. Pada awal Zulkaedah ana dan Ust Hakim ke Pejabat Imigresen Makkah atas nasihat seorang sahabat dari imigresen Jeddah (Akhi Ali) supaya menemui sorang kawan beliau dan boleh bertanya mengenai permohonan itu. Tetapi agak mengecewakan apabila di imigresen sendiri takde arahan yang jelas mengenai ini. Sehinggakan pegawai disitu menyatakan "Kamu orang Makkah ape perlu TASRIH? Kamu nak buat pegi le buat dan doakan aku sekali bila di arafah nanti". Bila di tanya mengenai org luar maka diberilah sekeping borang disuruh isi. Maka kami pulanglah dengan hati yang tak puas. Fikiran masih buntu, kawan-kawan pula bila mengetahui ana ke imigresen maka makin ramai yang bertanya akan statusnya. Sekali lagi rasa tertekan untuk menjawabnya. Bila pulang ke rumah dengan borang tadi tu satu lagi penemuan syarat pada borang itu menyatakan borang itu hanyalah permohonan memasuki border Makkah untuk bekerja dan "DILARANG UNTUK MENGERJAKAN HAJI". Terus lemah semangat... Rupanya borang itu tak boleh digunakan untuk mohon "TASRIH HAJI".

Maka selepas itu, ana bersendirian menyatakan bahawa kalau macam ni, mungkin haji tahun ini ana tak buat kerana keadaan yang tidak kondusif. Ana bagi tahulah zaujah dan anak-anak akan keputusan itu. Mereka semua kecewa. Mereka kecewa sangat kerana tahun lepas mereka tak berkesempatan untuk haji kerana masalah visa dan mengharapkan tahun ini dapat le mengerjakan haji tetapi bila keadaan ini pula terjadi tergambar jelas di wajah mereka ini akan kekecewaan itu. Ana makin tertekan. Diri sendiri terasa ingin sangat buat haji tu tetapi perasaan takut menguasai diri. Malah bila melihat wajah-wajah kecewa anak dan isteri terasa sangat berat untuk tidak mengerjakan haji tahun ini. Dalam kesempatan berbicara ngan famili sering bagitahu mereka supaya banyakkan doa supaya Allah pilih kita menjadi tetamuNya walau dalam keadaan yang amat sukar. Ana juga sering bagitau diaorg bahawa jika semua selamat kita akan buat tetapi jika sebaliknya semua terpaksa terima hakikat ini. Ana merasakan haji kali inilah banyak menguji jiwa dan perasaan. Keadaan itu berterusan tanpa kesudahan. Sahabat-sahabat yang sebelum ini memaklumkan untuk buat sama-sama semakin meminggirkan diri kerana keputusan ana untuk tidak buat haji pada tahun ini. Maka ada yang ambil jalan lain. Ada yang mencari teman lain untuk buat, ada yang mohon ikut travel dan ada juga mengambil keputusan tunggu dan lihat.

Pada pagi 9 zulhijjah 1429, selepas solat subuh ana bagi tazkirah kepada anak-anak dan hujung tazkirah tu ana maklumkan bahawa tahun ini kita tak pergi menunaikan haji so harini 9 zulhijjah disunatkan kita berpuasa. Maka ana bagitau anak-anak bahawa abah dan umi puasa arini dan sape2 yang nak ikut puasa boleh le niat puasa. Tapi mereka tak berpuasa kerana tak makan sahur. Maka lepas subuh tu kami pun tidor le semula.

Tiba-tiba handphone ana berdering, cepat-cepat bangun, tgk nombor yg tertera itu adalah Ust Khairul Ariffin. "Assalamualaikum bang, buat ape tu? Tak datang wukuf ke? Ana dah kat arafah ni, ngan Hakim dan famili. Sepanjang perjalanan tadi takde check point ape-ape pun. Kami datang naik GMC tambang biasa je". Ana lihat jam di tangan, jarum jam menunjukkan pukul 8.30am. Mendengar kata-kata tersebut terus rasa bersemangat, terus ana kata kalu macam tu Insyaallah kami datang.

Ana bincang ngan zaujah dan bersetuju buat nasi goreng untuk bawa bekal ketika di Arafah nanti. Lalu Zaujah masuk dapur dan ana kejutkan anak-anak. "Bangun bangun, Jom kita gi Arafah. Kita buat haji tahun ni. Mereka bila dengar buat Haji terus bangun bersemangat, "Jadi ke Abah kita buat Haji ni?" tanya Ahmad Muslih. Ana bagitau Ust Khairul ngan Ust Hakim dah ada kat Arafah dia org kata jalan semua clear takde check point. Jadi Insyaallah kita akan ke Arafah untuk wukuf. Mereka semua bingkas bangun bersemangat sekali. Ketika itu ana termenung sekejap tgk telatah diorg. Tak sangka diorg begitu bersemangat untuk laksanakan haji. Terus ana katakan "Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami dan aku bergembira memiliki zuriat sebegini". Mudah-mudahan semangat mereka untuk ke Jalan Allah ini, Allah kekalkan sehingga akhir hayat. Semangat anak-anak dan zaujah inilah menguatkan lagi semangat ana yang sedia ada. Ketika ini ana teringat sekali lagi kata-kata orang tabligh di Jeddah kepada Dr Taib. Org itu kata " kita jangan takut untuk pergi haji, kerana kita seperti mahu ketemu Raja segala Raja. Jika Raja itu sudah menjemput kita maka tidak ada lagi Raja yang lain boleh menghalangnya". Kata-kata itu yang sebelum ini menjadi bahan tawa tetapi hari itu kata-kata itu memberi seribu makna bagi ana. Inilah makna yang tersirat sebalik kata-kata itu. Ana bersyukur kerana tahun ini masih dijemput oleh Allah Rabbul Jalil untuk menjadi tetamuNYA.

Jam 10am semuanya siap niat dan berihram, Semua kami niat haji kecuali Muhamad Ikhwan, tetapi dia tetap memakai ihram seperti abang-abangnya juga. Kemudian kami turun menuju ke Al-Awali utk parking kereta.

Lokasi parking kereta memang telah dikenalpasti sejak awal lagi, kerana lokasi ini penting untuk perjalanan pulang dari Muzdalifah nanti. Plannya adalah letakkan kereta di lokasi itu kemudian naik kenderaan tambang yang sesuai ke Arafah, selepas wukuf di arafah kami akan ke muzdalifah juga dengan kereta tambang. Selesai separuh malam di muzdalifah kami akan berjalan kaki ke kereta kami yang parking awal pagi tadi dan kemudian terus menunaikan tawaf ifadah dan saei haji.

Peta ini menunjukkan detail perjalanan haji 1429 kami

Setelah sampai di parking yang dituju, ketika itu jam pukul 10.20, ana pun mengeluarkan barang dari belakang kereta dan letakkan di tepi jalan. Anak-anak masih di dalam kereta. Kurang 5 minit ana berdiri di tepi jalan untk tahan kereta tambang tiba-tiba berhenti sebuah coaster betul-betul depan ana. Pintu dibuka lalu turun seorang pemuda dari coaster itu. Oleh kerana terlalu hampir dengan ana coaster itu berhenti, ana terpaksa alihkan beg bg memberi laluan pemuda itu turun. Kelihatan macam coaster itu kosong tanpa penumpang. Selepas pemuda itu melilau-lilau macam mencari sesuatu di luar coaster kemudian dia naik kembali ke atas coaster, sebentar kemudian pemuda itu turun semula. Apabila dia lalu depan ana kali ke-2, ana gagahkan diri utk bertanya "Arafah?" lalu pemuda itu kata "Aiwah". Lalu ana tanya "mumkin ana roah sawa-sawa"? (Bahasa arab bangla yang ana tahu). Ust Hakim belum ajar kami dialog untuk tumpang coaster so yang salah adalah Ust Hakim le, bukannya ana. Pemuda itu kata "Anta roah Hajj?" Ana jawab "Aiwah". lalu pemuda itu kata "amsi, amsi, ta'al". Pastu ana bagitau dia "Ana fi bazurah mumkin sawa-sawa"sambil tunjukkan ke kereta, Dia tanya "Kam nafal?" ana jawab "khamsa" lalu dia kata "ta'al roah sawa-sawa". Ana pun panggil zaujah dan anak-anak untuk naik ke coaster itu. Bila naik memang sah coaster itu kosong. Hanya kami berlima, pemuda tadi dan driver saja dalam coaster tersebut. "Masyaallah" seperti Allah hantarkan coaster itu untuk ambil kami ke Arafah. Ana bagitau anak-anak supaya bersyukur banyak-banyak terhadap apa yang terjadi ini. Jangan ada riak dalam hati bimbang nanti kena kifarah pulak. Sepanjang dalam perjalanan ke Arafah, Sambil kami bertalbiyah, ana sempat mendengar perbualan antara driver coster dan pemuda itu, apa yang ana faham dalam percakapan itu, mereka datang mencari jemaah yang tertinggal tetapi tak jumpa. Driver itu gayanya adalah berbangsa turki dan pemuda itu adalah guider untuk tunjuk jalan. Kemudian mereka singgah kejap kedai kat Al-Awali tu untuk beli minuman dan driver turun untuk basuh muka. Lama jugak diorg turun. Sabar je le sebab tumpang orang. Hampir 15min, lalu muncul le kedua-duanya dan kami teruskan perjalanan ke Arafah.

Gambar ketika dalam Coaster

Kami tiba di Arafah lebih kurang jam 11.10am. Dari tempat coaster itu berhenti kami berjalan menuju ke masjid Al-Namirah. Sebelum turun ana pun bertanya pemuda tadi, "Muhammad kam?" Lalu dia menjawab "Wallahi, mafi fulus. Anta hajj doa ana". Itu le rasanya ape yg dia sebut. Atau dengan kata lain Demi Allah aku tak ambik duit, kamu buat haji maka doakanlah aku. Ketika itu perasaan ana takleh nak gambarkan. Berterima kasih banyak kami kepada pemuda itu atas bantuan yang diberikan ana bersyukur pada Allah atas Takdir ini. Selepas bersalam dengan driver dan pemuda itu kami turun dari coster dan baru beberapa langkah kami berjalan pemuda tadi panggil semula kami. Ana berpaling kearahnya dan ketika itu dalam diri ana tergambar mesti dia baru terfikir utk minta duit (Cepat sungguh hati ini bersangka buruk). Ana pun menuju ke arahnya semula. Dia pun tanya dan ape yang ana faham "Anta ada kereta ke? lalu ana jawab "Ada kat tempat parking tadi". kemudian dia kata "kamu nak hadiahkan kereta kat aku ke?" Ana terpinga-pinga. Main-main pulak arab ni. Bila dia tgk ana kebingungan barulah dia tunjuk kunci kereta ana. Rupanya kunci kereta ana jatuh dalam coaster dia tadi. Allahu Rabbi, terkejut besar ana. Kalu tidak satu cerita pulak nanti bila sampai ke kereta. Sekali lagi ana mengucap terima kasih pada pemuda itu. Perasaan ana ketika itu tak boleh nak diceritakan. Sepanjang permulaan jalan kami banyak kali kami memuji kebaikan pemuda tadi dan sudah barang pasti ana tidak lupakan untuk mendoakan kebaikan untuk pemuda tadi bila tiba waktu wukuf nanti. Lalu kami berjalan perlahan-lahan sambil memberi tahu anak2 kemana destinasi kita. Ana menunjukkan menara masjid Al-Numirah dan bagitahu mereka Insyaallah kita akan ke sana. Tempat tu agak jauh tapi kita mesti kuat berjalan. Inilah Haji di mana ibadah ini menguji kekuatan fizikal ummat yang mengerjakannya.

Dalam perjalanan ke Masjid itu anak-anak riang melihat telatah ragam manusia. Setelah hampir 50 minit berjalan anak-anak minta untuk berehat. Maka kami mencari tempat untuk berehat dan makan tengahari. Kami membuka bekal nasi goreng dan kami menjamah rezeki itu. Baru nak mula makan datang seorang jemaah haji, kalu dilihat kulitnya orang itu mungkin dia dari Afrika. Dia menghampiri kami dan menghulurkan pinggan nasinya dan suruh anak-anak ana ambik lauk dlm pinggannya. Dia kata banyak sangat lauk. MasyaAllah, asal nasi goreng kami tak berlauk tiba-tiba jadi berlauk.

Bersambung.....

Hj.Khuzz

Sunday, December 14, 2008

Sinopsis Peristiwa Sebelum Haji 1429
Tazkirah Tok Guru Di Markas Makkah


Kedatangan Tok Guru Presiden PAS dan rombongan diketahui ramai. Rombongan Tok Guru adalah seramai 9 orang, yang terdiri daripada Tok guru dan Isteri, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dan Isteri (S/U Politik Tok Guru), YB Salahuddin Ayub dan Isteri (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), YB Dr Syed Azman dan Isteri ( Adun Batu Buruk Terengganu) dan Sdr Mohd Faiz Nawi (S/U Antarabangsa Tok Guru). Setiap orang yang mengetahui akan kehadiran Tok Guru dan rombongan ke Tanah Haram ini kebanyakannya akan terus bertanya "tak ada buat ape-ape program ke?"Jawapannya Insyaallah kami akan merancang yang terbaik.

Tok Guru dan rombongan masuk ke Makkah pada 2-Dis-08. Rombongan ini tiba dari tanah air ke Jeddah sejak 29 Nov 08 lagi tetapi oleh kerana ada masalah teknikal rombongan ini bermalam 3 hari di Jeddah. Di Makkah rombongan ini tinggal di Hotel Reem berhampiran Masjid Kucing. Setelah dua hari di Makkah ana menjemput Tok Guru dan rombongan untuk makan malam di rumah ana.


Rumah ana ni ada sahabat-sahabat gelarkan Markas Makkah, ada yang kata Bilik Gerakan Makkah... Apa-apa gelaran pun selagi ianya boleh mengembangkan syair Islam ana tak kisah atas gelaran itu semua. Apabila dpt green light dari Tok Guru untuk hadir, skali lagi ana buat permintaan, supaya Tok Guru memberi tazkirah semasa di rumah ana nanti dan Alhamdulillah juga mendapat lampu hijau...

Oleh kerana masa itu adalah sebelum haji maka ramai sahabat-sahabat yg bekerja masih sibuk dengan tugas masing-masing, ana agak sukar utk meramal jumlah kedatangan tetapi berdoa agar ia dapat dihadiri oleh semua ahli usrah. Jemputan malam itu hanya untuk ahli usrah Makkah sahaja. Nak bagi sedikit priviledge agar ahli Usrah Makkah dapat beramah mesra dengan Tok Guru dan rombongan.

Alhamdulillah pada malam itu program berjalan lancar dan dihadiri oleh hampir semua ahli usrah. Walaupun ada yang datang lambat tetapi mereka tetap hadir. Ada yang tak dapat datang kerana urusan kerja tetapi tetap bersama dengan menghantar wakil cilik bernama "Muhammad". w'salam.... Terima kasih semua kepada sahabat-sahabat atas komitmen yang d tunjukkan.

Tazkirah Tok Guru memfokuskan kepada Haji dan permasalahan umat Islam. Antara sedikit isi kandungan tazkirah Tok Guru adalah:

1) Menunaikan Haji adalah satu peristiwa besar dalam Islam, sehinggakan bersempena dengannya dijadikan Hari Raya. Islam tidak seperti agama-agama lain yang menjadikan hari raya bersempena dengan kelahiran pemimpin-pemimpin mereka tetapi Islam menjadikan Hari Raya itu mestilah dari ibadat. Di dalam Islam ada dua Hari raya dan kedua-duanya adalah mempunyai ibadat yang dilalui oleh ummatnya. Ibadat puasa dan fitrah disambut dengan Hari Raya Idilfitri manakala Ibadat Haji dan Korban disambut dengan Hari Raya Idiladha.

2) Ummat Islam menjadi lemah apabila meninggalkan ajarannya walaupun mempunyai jumlah yang ramai. Negara-negara ummat Islam adalah negara yang subur dan mempunyai kekayaan hasil bumi tetapi menjadi ratahan musuh dan dicucuk hidung oleh barat dan sekutunya.

3) Namun walau bagaimana lemah pun ummat Islam, musuh-musuh Islam tidak mampu memadamkan cahaya Islam itu sendiri kerana ia telah dijanji oleh Allah dalam Al-Quran. "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi tidak berjaya. Seorang orientalis pernah menyatakan bahawa "di sana ada 2 batu yg keras yg tidak berjaya dimusnahkan oleh barat bahkan boleh memudaratkan kepada mereka (kuffar). Dua batu besar itu adalah Al-Quran dan Makkah.

4) Riba - Merupakan dosa besar tetapi tiada hukum dalam hudud. "Wahai org2 beriman takutlah kamu kepada Allah dan tinggallah kegiatan riba. Sekiranya kamu engkar ke atas riba bermakna kamu mengizinkan Allah mengisytiharkan perang ke atas kamu".

5) PAS memainkan peranan yang besar dalam politik Malaysia dewasa ini. Perkara ini pernah didedahkan oleh seorang wartawan Cina sikit masa dulu. Hasil dari tahalluf siasi/kerjasama dengan org2 bukan Islam akhirnya PAS berjaya dalam PRU12 baru-baru ini. Kerusi ADUN PAS= 84, PKR = 40, Undi popular PAS = 21.8% manakala PKR =14%. Dengan kedudukan itu PAS menjadi rebutan skrg di mana BN cuba memujuk PAS utk kembalikan 2/3 majoritinya manakala di sebelah Pakatan Rakyat PAS boleh demand supaya kekalkan kuasa majoriti Islam jika mahu berkuasa. PAS tidak akan bersama dalam pakatan jika kerajaan yang akan ditubuh nanti tidak majoriti org Islam. Maka sekarang ini PAS boleh menjadi penentu kepada politik Malaysia dewasa ini.

Semoga segala tindakan pimpinan kita akan terus menaik dan meninggikan Syiar Islam di Malaysia. Islam Pasti Menang!! Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar.....

Hj Khuzz

Saturday, December 13, 2008

Sinopsis Peristiwa Sebelum Haji 1429

BreakFast Bersama Ust Misbah

Pada 2 Disember 08 ana berjanji dengan Ust ManAyu untuk sama-sama pegi breakfast dengan Ust Misbahul Munir Masduki. Beliau adalah S/U politik MB perak selepas PRU12. Ana mengenali Ust Misbah ini dah lama kerana beliau adalah Timbalan pengerusi tetap Dewan Pemuda PAS sejak sekian lama. Jadi masa ana di Malaysia dulu setiap kali Muktamar Pemuda Pusat selalu le berjumpa dengan Ust Misbah.

Pada awalnya ana berjanji dengan ust utk ambilnya di Hotel Qurdoba dengan kete kemudian pergi breakfast di Aziziah. Selepas solat subuh berjemaah ana terus turun dari umah untuk pagi ambik Ust Misbah. Telah berjanji dengan Ust Man agar dia pegi ambik Ust Misbah di Hotel dan ana akan mengambilnya di tepi jalan. Tetapi setelah setengah jam berkereta ana terlekat dalam jem. Ana call Ust Man, dia pun terlekat dalam jem jugak. So sekarang kami putuskan untuk gunakan plan B. Ana call Ust Misbah supaya tunggu aje di Masjid haram dan ketika itu Ust Misbah kata dia dah ada di food court Felda di bangunan Al-Safwa. Lalu kami putuskan utk berjumpa Ust di sana sahaja. Ana call Ust Man supaya dia juga menghala ke situ. Setelah meredah jem hampir sejam dan berjalan kaki dalam 15min maka ana pun sampai le di lokasinya. Waktu ketika itu kira-kira 7.20am.

Bila berjumpa Ust baru dia parasan muka ana. "Anta rupanya, ana tak kenal nama tapi ingat le muka anta". Itu le kata-kata pertama selepas kami bersalaman. Ini bermakna ana ni belum cukup fofular sbb ana je kenal Ust Misbah sedangkan dia kenal rupa sahaja hehehehe...

Setelah bertaaruf ringkas, kami pun mula le sembang-sembang. Ust Man gi beli sarapan, bila tanya Ust Misbah dia kata dia nak air je sbb dh makan sementara menunggu kami sampai tadi. Topiknya sure le mengenai politik sbb Ust MisBah S/U Politik MB Perak. Duk seronok2 sembang Datuk Zahid Hamidi datang kemeja kami. Dia memang kenal le ngan Ust Misbah kerana sama-sama dari negeri Yeop. Mengikut teman ana di felda, Datuk Zahid ni rajin bertemu jemaah, boleh kata tiap kali waktu makan dia akan ada di situ. Itu PR yang perlu wakil rakyat PAS ikuti supaya rakyat terasa kehadhiran kita. Lepas dia bertegur sapa dia terus beredar dari meja kami. Kebanyakan meja yang dia lawati, ramai juga yang meminta izin utk bergambar bersamanya tetapi tidak pada meja kami. Hehehe.... Lepas itu Hj Arshad datang kemeja kami dan kami duduk bersembang bersama Ust Misbah.


Sembang-punya sembang sedar-sedar jam dah kul 9.10am. Banyak dah topik yang kami cover. Boleh dikatakan semua isu-isu berbangkit di perak telah kami minta penjelasan. Ada yang sulit dan ada yang terang..

Pada penghujung sembang ana memaklumkan kepada Ust bahawa pada 14 zulhijjah kami buat Majlis Tautan Mahabbah Rakyat Malaysia sedunia dan menjemput Ust Misbah salah seorang dari 3 penceramah. 2 lagi adalah Sdr Salahuddin Ayob dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Lalu Ust bersetuju utk memenuhi jemputan kami. Alhamdulillah............Mission Complete. Isi kandungan perbualan dgn Ust mungkin boleh dikongsi jika ada permintaan. hehehehe.

HJ Khuzz

Saturday, December 6, 2008