Sunday, December 14, 2008

Sinopsis Peristiwa Sebelum Haji 1429
Tazkirah Tok Guru Di Markas Makkah


Kedatangan Tok Guru Presiden PAS dan rombongan diketahui ramai. Rombongan Tok Guru adalah seramai 9 orang, yang terdiri daripada Tok guru dan Isteri, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dan Isteri (S/U Politik Tok Guru), YB Salahuddin Ayub dan Isteri (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), YB Dr Syed Azman dan Isteri ( Adun Batu Buruk Terengganu) dan Sdr Mohd Faiz Nawi (S/U Antarabangsa Tok Guru). Setiap orang yang mengetahui akan kehadiran Tok Guru dan rombongan ke Tanah Haram ini kebanyakannya akan terus bertanya "tak ada buat ape-ape program ke?"Jawapannya Insyaallah kami akan merancang yang terbaik.

Tok Guru dan rombongan masuk ke Makkah pada 2-Dis-08. Rombongan ini tiba dari tanah air ke Jeddah sejak 29 Nov 08 lagi tetapi oleh kerana ada masalah teknikal rombongan ini bermalam 3 hari di Jeddah. Di Makkah rombongan ini tinggal di Hotel Reem berhampiran Masjid Kucing. Setelah dua hari di Makkah ana menjemput Tok Guru dan rombongan untuk makan malam di rumah ana.


Rumah ana ni ada sahabat-sahabat gelarkan Markas Makkah, ada yang kata Bilik Gerakan Makkah... Apa-apa gelaran pun selagi ianya boleh mengembangkan syair Islam ana tak kisah atas gelaran itu semua. Apabila dpt green light dari Tok Guru untuk hadir, skali lagi ana buat permintaan, supaya Tok Guru memberi tazkirah semasa di rumah ana nanti dan Alhamdulillah juga mendapat lampu hijau...

Oleh kerana masa itu adalah sebelum haji maka ramai sahabat-sahabat yg bekerja masih sibuk dengan tugas masing-masing, ana agak sukar utk meramal jumlah kedatangan tetapi berdoa agar ia dapat dihadiri oleh semua ahli usrah. Jemputan malam itu hanya untuk ahli usrah Makkah sahaja. Nak bagi sedikit priviledge agar ahli Usrah Makkah dapat beramah mesra dengan Tok Guru dan rombongan.

Alhamdulillah pada malam itu program berjalan lancar dan dihadiri oleh hampir semua ahli usrah. Walaupun ada yang datang lambat tetapi mereka tetap hadir. Ada yang tak dapat datang kerana urusan kerja tetapi tetap bersama dengan menghantar wakil cilik bernama "Muhammad". w'salam.... Terima kasih semua kepada sahabat-sahabat atas komitmen yang d tunjukkan.

Tazkirah Tok Guru memfokuskan kepada Haji dan permasalahan umat Islam. Antara sedikit isi kandungan tazkirah Tok Guru adalah:

1) Menunaikan Haji adalah satu peristiwa besar dalam Islam, sehinggakan bersempena dengannya dijadikan Hari Raya. Islam tidak seperti agama-agama lain yang menjadikan hari raya bersempena dengan kelahiran pemimpin-pemimpin mereka tetapi Islam menjadikan Hari Raya itu mestilah dari ibadat. Di dalam Islam ada dua Hari raya dan kedua-duanya adalah mempunyai ibadat yang dilalui oleh ummatnya. Ibadat puasa dan fitrah disambut dengan Hari Raya Idilfitri manakala Ibadat Haji dan Korban disambut dengan Hari Raya Idiladha.

2) Ummat Islam menjadi lemah apabila meninggalkan ajarannya walaupun mempunyai jumlah yang ramai. Negara-negara ummat Islam adalah negara yang subur dan mempunyai kekayaan hasil bumi tetapi menjadi ratahan musuh dan dicucuk hidung oleh barat dan sekutunya.

3) Namun walau bagaimana lemah pun ummat Islam, musuh-musuh Islam tidak mampu memadamkan cahaya Islam itu sendiri kerana ia telah dijanji oleh Allah dalam Al-Quran. "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi tidak berjaya. Seorang orientalis pernah menyatakan bahawa "di sana ada 2 batu yg keras yg tidak berjaya dimusnahkan oleh barat bahkan boleh memudaratkan kepada mereka (kuffar). Dua batu besar itu adalah Al-Quran dan Makkah.

4) Riba - Merupakan dosa besar tetapi tiada hukum dalam hudud. "Wahai org2 beriman takutlah kamu kepada Allah dan tinggallah kegiatan riba. Sekiranya kamu engkar ke atas riba bermakna kamu mengizinkan Allah mengisytiharkan perang ke atas kamu".

5) PAS memainkan peranan yang besar dalam politik Malaysia dewasa ini. Perkara ini pernah didedahkan oleh seorang wartawan Cina sikit masa dulu. Hasil dari tahalluf siasi/kerjasama dengan org2 bukan Islam akhirnya PAS berjaya dalam PRU12 baru-baru ini. Kerusi ADUN PAS= 84, PKR = 40, Undi popular PAS = 21.8% manakala PKR =14%. Dengan kedudukan itu PAS menjadi rebutan skrg di mana BN cuba memujuk PAS utk kembalikan 2/3 majoritinya manakala di sebelah Pakatan Rakyat PAS boleh demand supaya kekalkan kuasa majoriti Islam jika mahu berkuasa. PAS tidak akan bersama dalam pakatan jika kerajaan yang akan ditubuh nanti tidak majoriti org Islam. Maka sekarang ini PAS boleh menjadi penentu kepada politik Malaysia dewasa ini.

Semoga segala tindakan pimpinan kita akan terus menaik dan meninggikan Syiar Islam di Malaysia. Islam Pasti Menang!! Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar.....

Hj Khuzz

No comments: