Tuesday, July 29, 2008

Berita Dari Makkah...

Sejak hampir sebulan yang lepas, Felda menerusi anak syarikatnya "D'Saji" (yang famous kt KL bila bulan puasa “buka puasa ala buffet” di Dewan Perdana Felda tuu...) telah mengembangkan sayapnya ke tanah haram ini. Sekaligus mengubati rindu kami kepada makanan masakan Malaysia. Taste masakannya "Masyaallah" sedaaaaap. Kata sahabat-sahabat sebijik macam masakan Malaysia. Inilah satu-satunya restoran yang betul-betul menyajikan masakan Malaysia sehingga kini. Kepada sahabat-sahabat yang masih belum rasa menu di sini tu memang rugi le. Hehehe…

Perniagaan ini masih baru maka banyak lagi gerai-gerai yang belum dibuka. Antara menu yang available skrg ini adalah Nasi lemak+ ayam SR6.00, Nasi beriyani Ayam @ Daging SR15.00, Mee hoon goreng SR6.00, Mee goreng SR6.00, kuey teaw goreng SR6.00 dan yang best sekali ada tea ais SR3.00 dan tea tariiiiikk… kaw kaw punya. Dan akan datang banyak lagi masakan malaysia yang akan dijual di sini antaranya beraneka jenis kuih muih ala Malaysia, satay dan roti canaiiii... Waktu perniagaannya ketika ini adalah dari 10am hingga 10pm.
Perancangan pihak pengurusan, semua gerai dan menu ini akan beroperasi sepenuhnya sebelum tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak, dan mereka optimis akan dapat melaksanakan sebaiknya di dalam bulan Ramadhan nanti.
Bagi sahabat-sahabat yang belum mengetahui tempatnya biarlah saya terangkan detail skit. Lokasinya adalah di Al-Safwa Tower, sebelah Zam-zam Tower yang tinggi tu. Tingkat 2 ( naik 2X escalator) sebelah kanan.
Sejak ianya dibuka, di sini menjadi tempat pertemuan rakyat Malaysia terutama selepas solat jumaat. Samada rakyat Malaysia yang tinggal di Saudi ini atau pun mereka yang datang umrah. Tempat ini bakal menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana 2 faktor utama, pertama lokasinya dekat dengan Masjidilharam dan yang keduanya taste masakan itu original malaysia “sedaaaaapppp".

Hj Khuzz.

Sunday, July 27, 2008

Dikunjungi Pimpinan.

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Bersyukur kita kepada Allah Azzawajalla atas kurnian nikmat yang tidak putus-putus kepada kita saban hari mendatang. Alhamdulillah pada minggu lepas kami sempat dikunjungi oleh Pimpinan Pemuda dan Muslimat PAS Pusat dalam rangka usrah tarbawi anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat. Rombongan itu yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ust Nasarudin Tantawi telah berada selama 2 hari di Madinah dan 10 hari di Makkah. Dalam kesempatan yang ada kami sempat menjemput Al-fadhil Ust dan rombongan untuk hadir dalam pengisian usrah di rumah ana di Batha Quraisy. Yang menariknya rombongan umrah itu turut disertai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Justeru kami tidak melepaskan peluang utk menjemput bersama ustazah bagi sama-sama memberi pengisian.

Berkebetulan pula sahabat dan sahabiah pelajar dari Mesir juga turut berada di Makkah pada ketika itu maka kami menjemput bersama bagi memeriahkan lagi majlis. Jadi Usrah kami minggu lps agak meriah dengan kehadiran tetamu dan sahabat-sahabat dari Jeddah dan Madinah yang turut serta utk mendengar amanat dan pesanan dari kepimpinan Pemuda dan Muslimat bagi kami yg berada jauh di perantauan.
Dalam pengisian yg diberikan banyak perkara yang telah disentuh oleh ust, antaranya adalah perlu berhati-hati terhadap golongan yang bertopengkan Islam mendakwa duduk dlm jemaah Islam tetapi mempunyai agenda utk memporak perandakan ukhuwwah dalam gerakan Islam itu sendiri.

Sementara itu, Ustazah Nuridah mengingatkan supaya sentiasa berada di dalam jemaah walau di mana kita berada. Beliau amat gembira apabila melihat sahabat/sahabiah dan kawan-kawan yang berada di perantauan ini masih terikat dengan jemaah. Perkara itu telah diakui sendiri oleh pengerusi majlis pada malam itu bahawa walau jauh di mata tetapi perjuangan sahabat-sahabat di tanah air sentiasa dekat di hati. Sebagai contoh, ketika negara berhadapan dengan PRU12 kami di sini telah menunaikan solat hajat berjemaah di Masjidil Haram dan ketika saat keputusan diumumkan kami telah berkumpul beramai-ramai untuk sama-sama meraikannya.



Hj Khuzz

Monday, July 21, 2008

pimpinan muslimat pas di bumi haramain




Alhamdulillah..Allah masih memilih mereka dan dijemput olehNya untuk menjadi dhuyufurrahman..
Lajnah Tarbiyyah Dewan Muslimat PAS Pusat kali ini berjaya menganjurkan Umrah Tarbawi dengan 40 orang peserta .Ustaz Nasaruddin Tantawi telah diamanahkan sebagai amir rombongan dan Ustazah Mariam Abd. Rasyid ( Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor ) selaku Pengarah Teknikal Umrah Tarbawi .
Ustaz Fadhil Noor Al Yamani ( Exco DPP Negeri Pahang ) turut serta dalam rombongan ini sebagai Naib Amir . Alhamdulillah rombongan yang berangkat ke Tanah suci pada 6 hb July melalui BIMAN Airways antaranya turut disertai oleh Ustazah Nuridah binti Salleh ( Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ) , Salbiah binti Wahab ( Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat ) , Humaidah binti Daud ( Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang ) , Ustaz Abd Rahim Awang Bakar ( Pengerusi Tetap PAS Pekan ) dan beberapa orang veteran serta aktivis PAS.

Sunday, July 20, 2008

luahan secebis rasa..



اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Selamat bertemu semua selepas lama tidak kemaskini blog ini, maklum le kekurangan tenaga. Hehehe... Ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat pulang ke tanah air kerana mengambil kesempatan cuti musim panas ini. Tetapi bagi yang masih tinggal di bumi barakah ini Insyaallah kami akan terus menyambung perjuangan di sini tanpa mengira waktu dan tempat.

Rakan-rakan yang pulang sekarang mungkin berseronok dengan keluarga tersayang. Tidak kurang juga yang pulang kali ini mengambil kesempatan mengikat tali kehidupan atau dengan kata lain melangsungkan perkahwinan bagi yg belum kahwin dan bagi yang dah kawin tahun lepas cuti kali ini digunakan masa untuk mengadakan kenduri kesyukuran... Selamat bercuti kepada semua ahli Makkah yang kini di tanah air.

Percutian kali ini agak lama tempohnyer bagi sahabat-sahabat yang masih belajar. Cuti mereka melangkaui aidilfitri atau melebihi 3 bulan kalau mengikut kiraan masa. Bagi yang bertugas/kerja pula cuti biasanyer 1 bulan sahaja tetapi ada juga yang cuba-cuba balik lewat hehehe... biasala peluang datang setahun sekali 'faham-faham le'.

Kami yang akan menyambut aidilfitri disini walaupun rasa sayu di hati kerana berjauhan dengan keluarga tercinta tetapi ianyer sudah barang pasti terubat dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Seluruh manusia muslim dari segenap pelusuk dunia mempunyai cita-cita untuk berpuasa di tanah haram ini, dan bagi kami yang diberi kesempatan berpuasa ramadhan di sini sudah tentu akan merasa bertuah atas kurnian yang tidak ternilai ini. Agar semuanya sentiasa mendapat keberkatan dari Allah Azzawajalla tidak kira di mana kita berada.

Cukup dulu coretan kali ini, mudah mudahan ada kesempatan dalam masa-masa akan datang. Wallahua'lam..

Hj Khuzz

Wednesday, July 16, 2008

kebaikan duduk iftirash dari sudut kesihatan



TAZKIRAH

pena mujahid menulis "Assalamualaikum,

Nak kongsi bersama kebaikan duduk iftirash ni...

kebanyakan kita tidakmengetahui kebaikannya dari segi kesihatan.bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize'utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...

Iftirash
Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
Aku melihat Nabi Muhammad saw..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash).
.;]


Hadith shohih riwayat Bukhri. Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya. ;]|