Sunday, July 20, 2008

luahan secebis rasa..



اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Selamat bertemu semua selepas lama tidak kemaskini blog ini, maklum le kekurangan tenaga. Hehehe... Ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat pulang ke tanah air kerana mengambil kesempatan cuti musim panas ini. Tetapi bagi yang masih tinggal di bumi barakah ini Insyaallah kami akan terus menyambung perjuangan di sini tanpa mengira waktu dan tempat.

Rakan-rakan yang pulang sekarang mungkin berseronok dengan keluarga tersayang. Tidak kurang juga yang pulang kali ini mengambil kesempatan mengikat tali kehidupan atau dengan kata lain melangsungkan perkahwinan bagi yg belum kahwin dan bagi yang dah kawin tahun lepas cuti kali ini digunakan masa untuk mengadakan kenduri kesyukuran... Selamat bercuti kepada semua ahli Makkah yang kini di tanah air.

Percutian kali ini agak lama tempohnyer bagi sahabat-sahabat yang masih belajar. Cuti mereka melangkaui aidilfitri atau melebihi 3 bulan kalau mengikut kiraan masa. Bagi yang bertugas/kerja pula cuti biasanyer 1 bulan sahaja tetapi ada juga yang cuba-cuba balik lewat hehehe... biasala peluang datang setahun sekali 'faham-faham le'.

Kami yang akan menyambut aidilfitri disini walaupun rasa sayu di hati kerana berjauhan dengan keluarga tercinta tetapi ianyer sudah barang pasti terubat dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Seluruh manusia muslim dari segenap pelusuk dunia mempunyai cita-cita untuk berpuasa di tanah haram ini, dan bagi kami yang diberi kesempatan berpuasa ramadhan di sini sudah tentu akan merasa bertuah atas kurnian yang tidak ternilai ini. Agar semuanya sentiasa mendapat keberkatan dari Allah Azzawajalla tidak kira di mana kita berada.

Cukup dulu coretan kali ini, mudah mudahan ada kesempatan dalam masa-masa akan datang. Wallahua'lam..

Hj Khuzz

No comments: