Sunday, July 27, 2008

Dikunjungi Pimpinan.

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Bersyukur kita kepada Allah Azzawajalla atas kurnian nikmat yang tidak putus-putus kepada kita saban hari mendatang. Alhamdulillah pada minggu lepas kami sempat dikunjungi oleh Pimpinan Pemuda dan Muslimat PAS Pusat dalam rangka usrah tarbawi anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat. Rombongan itu yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ust Nasarudin Tantawi telah berada selama 2 hari di Madinah dan 10 hari di Makkah. Dalam kesempatan yang ada kami sempat menjemput Al-fadhil Ust dan rombongan untuk hadir dalam pengisian usrah di rumah ana di Batha Quraisy. Yang menariknya rombongan umrah itu turut disertai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Justeru kami tidak melepaskan peluang utk menjemput bersama ustazah bagi sama-sama memberi pengisian.

Berkebetulan pula sahabat dan sahabiah pelajar dari Mesir juga turut berada di Makkah pada ketika itu maka kami menjemput bersama bagi memeriahkan lagi majlis. Jadi Usrah kami minggu lps agak meriah dengan kehadiran tetamu dan sahabat-sahabat dari Jeddah dan Madinah yang turut serta utk mendengar amanat dan pesanan dari kepimpinan Pemuda dan Muslimat bagi kami yg berada jauh di perantauan.
Dalam pengisian yg diberikan banyak perkara yang telah disentuh oleh ust, antaranya adalah perlu berhati-hati terhadap golongan yang bertopengkan Islam mendakwa duduk dlm jemaah Islam tetapi mempunyai agenda utk memporak perandakan ukhuwwah dalam gerakan Islam itu sendiri.

Sementara itu, Ustazah Nuridah mengingatkan supaya sentiasa berada di dalam jemaah walau di mana kita berada. Beliau amat gembira apabila melihat sahabat/sahabiah dan kawan-kawan yang berada di perantauan ini masih terikat dengan jemaah. Perkara itu telah diakui sendiri oleh pengerusi majlis pada malam itu bahawa walau jauh di mata tetapi perjuangan sahabat-sahabat di tanah air sentiasa dekat di hati. Sebagai contoh, ketika negara berhadapan dengan PRU12 kami di sini telah menunaikan solat hajat berjemaah di Masjidil Haram dan ketika saat keputusan diumumkan kami telah berkumpul beramai-ramai untuk sama-sama meraikannya.



Hj Khuzz

No comments: