Thursday, February 25, 2010

DIALOG...
Sedikit sedutan dialog antara binatang ini boleh menyedarkan kita…

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh, kenapa?
ANJING : Tadi aku lalu di tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki itu terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekali pun disamak.
ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... kalau macam ni manusia kena ubah pepatah dikalangan mereka "Pandai macam LEMBU"

Penjelasan Berkaitan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya) Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)
Hj Khuzz

Friday, February 19, 2010

Maulidur Rasul



Seminggu lepas “gege” (kecoh) di tanahair kita mengenai Kerajaan Pulau Pinang kononnya membatalkan perarakan Maulidur Rasul. Dari mana sumbernya, benar atau tidak perkara itu tidak di endahkan yang pentingya semua orang komen dan mengulas isu tersebut dari Tim Perdana Menteri, Menteri-Menteri, hinggalah beberapa kerat ahli parlimen yang ingin menjadi juara agama kononya. Paling memalukan apabila seorang mufti pun turut mengulas dan mengecap terhadap isu tersebut. Kalau orang politik macam TPM atau Menteri2 dan ahli parlimen yang komen kita boleh biarkan mereka mungkin dengan cara itu mereka dapat mileage politik tetapi apabila seorang Mufti yang mungkin di sanjung oleh rakyat turut membicarakan soal ini amat memalukan dan mendukacitakan lebih-lebih lagi apabila di ketahui bahawa berita itu tidak benar.

Isu yang menjadi hangat kononnya dengan pembatalan Perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri itu mencerminkan orang Cina telah menguasai orang Islam dan Kerajaan negeri itu telah menghina Nabi saw. Betulkah begitu??? Adakah semua negeri dalam 1Malaysia membuat perarakan sambutan Maulidur Rasul. Hari ini Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada perarakan Maulidur Rasul di negeri-negeri itu sebab ia bukan amalan yang dituntut Islam.....Malah ketika Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang dulu pun tidak diadakan perarakan Maulidur Rasul. Cuba lihat bukti dibawah:-

Rekod Sambutan Maulidur Rasul dari tahun 2003-2005, data Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2003, sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005, sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.

Kalau tidak semua negeri dalam 1Malaysia ini yang mengadakan perarakan Maulidur Rasul kenapa sang Mufti (negeri pasir dua butir) itu hanya mengecam Kerajaan Pulau Pinang sahaja dan tidak mengecam negeri-negeri lain yang tidak mengadakan perarakan itu.

Panjang pulak intro mengenai isu ini, bukan apa tetapi ana merasa sangat malu apabila Mufti boleh menjadi kuda tunggangan sesuatu pihak dan lebih memalukan apabila dikatahui perkara yang di bangkitkan itu palsu dan bohong semata-mata malah berita sebenarnya kerajaan Pulau Pinang yang ketua Menterinya dari orang cina membuat sambutan Maulidurasul selama 3 hari 3 malam. Lebih hebat dari negeri yang di pimpin oleh Melayu sendiri. Kenapa pula sang Mufti tidak komen pulak….. Malang sungguh apabila kita mempunyai seorang Mufti yang boleh dijadikan kuda tunggangan oleh sesuatu pihak. Sepatutnya Mufti biarlah bebas dan buatlah kenyataan menggunakan ilmu bukan menggunakan akal dan logik seperti ahli politik.

Menurut YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan cara terbaik untuk menyambut Maulidur Rasul adalah dengan kita berjuang menegakkan Islam di muka bumi… Inilah sunnah yang terbesar yang di tinggalkan oleh baginda Rasul s.a.w.

Dari mana datangnya asal usul Perarakan Maulidur Rasul ini pun kita kurang pasti. Yang pastinya orang paling gembira ketika kelahiran Nabi adalah Abu Jahal tetapi apabila Nabi berdakwah untuk Islam, Abu Jahal itulah orang yang pertama bangun untuk melawan. Adakah kita hari itu telah kembali kezaman itu semula???

Sebak rasa dada dan bergenang airmata ini apabila kita memahami bahawa perjuangan menegakkan ISLAM ini merupakan cara terbaik untuk mengingati kelahiran Nabi s.a.w. Menghayati perjuangan dengan praktikal bukan hanya dengan memegang sepanduk dan berarak keliling negeri tetapi Syariat Allah dan ajaran Nabi diketepikan malah diejek dan dihina.

Selamat berjuang untuk pejuang-pejuang kebenaran .Teruslah perjuangan kita demi masa depan Islam yang CEMERLANG. Marilah kita mengikat janji setia agar kita sentiasa sanggup berjuang dalam apa jua keadaan.

Di penjara kita berUzlah, di buang daerah kita melancong, Dibunuh kita syahid, Tertiarap makan pasir, terlentang minum embun namun berjuang tetap di teruskan…. Allahuakhbar!!!

Hj Khuzz

Tuesday, February 2, 2010

KEMATIAN ITU PASTI...

Sebentar tadi ana dimaklumkan oleh Hj Arshad bahawa Abang kepada Allahyarham telah menghubunginya melalui telephone. Dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pengurusan pengkebumian adiknya Allahyarham Iskandar. Beliau memaklumkan bahawa adiknya telah meminjam kain ihramnya dua tiga hari sebelum Allahyarham datang ke Dubai. Di sini saya sertakan kandungan email Hj Asnul kepada Hj Arshad.

Assalamualaikum Tuan Hj Arshad
Saya adalah abang kepada Arwah Iskandar dan saya ada terbaca dalam blog tuan haji mengenai berita arwah adik saya. Alhamdullilah, urusan pengkebumian disempurnakan dan jenazah beliau dikebumikan di tempat yang sebaik baiknya tempat. Saya amat terharu apabila melihat gambar arwah dalm blog tuan kerana kain ihram yg dipakainya itu telah saya pinjamkan kepadanya beberapa hari sebelum dia pergi ke sana. Kain ihram itu baru saya gunakan apabila saya mengerjakan haji 2 bulan lepas. Utk makluman arwah pergi ke Dubai untuk menghadiri mesyuarat bersama rakan sepejabatnya dan mereka bercadang untuk mengerjakan umrah selepas mesyuarat tersebut. Namun Allah SWT lebih sayangkannya.
Jikalau tidak keberatan, saya bagi pihak keluarga arwah memohon jika tuan hj dapat mengforwardkan apa-apa gambar lain Arwah kepada saya untuk kenangan terakhir. Terima kasih.

Ana dimaklumkan oleh Hj Arshad sebentar tadi beliau telahpun meng"forwad"kan gambar-gambar Allahyarham yang ada padanya kepada Hj Asnul. Semoga dengan melihat gambar-gambar tersebut dapat mengubat rindu kepada Allahyarham.

Untuk maklumat sahabat-sahabat, kematian Iskandar dilihat sangat baik pada fizikalnya. Maksud yang ana ingin ucapkan ialah, kematiannya pada hari jumaat penghulu segala hari, matinya dalam keadaan berihram bermakna dalam keadaan Ibadah, Fizikal Allahyarham ketika ditemui selepas kemalangan dalam keadaan sujud dan di kebumikan di perkuburan Ma’la (Jannatul Ma’la) yg di sebut oleh Rasulullah perkuburan terbaik dalam seluruh perkuburan yang ada di muka bumi. Dengan berberapa fakta tersebut mudah-mudahan beliau berada dalam rahmat Allah. Insyaallah.

Sahabat-sahabat sekalian, Allahyarham telahpun pergi meninggalkan kita dengan keadaan yang baik,Insyaallah. Marilah dalam kesempatan ini kita muhasabah diri kita yang pasti juga akan mengikuti jejak langkah Allahyarham suatu hari nanti. Kerana kita yakin dengan janji Allah yang berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:-

"Setiap yang hidup pasti akan mati”

Apakah keadaan kita ketika saat kematian dan sesudahnya. Adakah kita akan di sambut oleh bidadari-bidadari cantik atau kita di nanti oleh kala jengking ketika masuk ke alam barzakh nanti. Marilah kita pertingkatkan amal dan mencari keredhaan Allah swt walau dimana jua kita berada kerana mati itu datang tanpa mengira tempat dan waktu.

Mati itu datang tidak syarat tua kerana orang muda pun mati. Mati juga tidak syarat sakit kerana orang segar pun mati. Maka bersiaplah kita untuk berhadapan dengan saat yang telah di janjikan Allah itu.

Hj Khuzz

Sunday, January 31, 2010

Terkini dan terakhir....

Gambar terakhir bagi Allahyarham Iskandar ketika di Miqat Bir Ali (Kiri sekali)

Gambar ini ehsan dari hjarshad@blogspot.com.

Alhamdulillah tengahari tadi ana sempat hadir ke Masjidilharam utk sama-sama solat jenazah keatas Allahyarham Iskandar yang meninggal dalam kemalangan itu. Selepas solat jenazah, ana dan family bertemu dengan family Hj Arshad. Kami menunggu jenazah di dataran luar masjid. Seketika kemudian jenazah dibawa keluar dari Masjid dan terus ke kereta jenazah. kelihatan bersama beberapa pegawai dari konsulat dan Hj Shahrom (MAS) turut kelihatan. Hj Arshad mengiringi jenazah di dalam kenderaan.

Jenazah Iskandar di usung keluar dari Majidilharam menuju ke Van Jenazah

Sebelum van jenazah bergerak ana tanya Pak Ali, nak kebumi di kubur mana? Pak Ali kata skrg tengah berurusaha utk dapatkan kebenaran kebumi di Kubur Ma'la. Seketika kemudian pemandu van tu bagitau akan ke kubur Ma'la. Lalu ana dan family dan bersama Kak Pah dan Alia (Famili Hj Arshad) naik ke kereta dan terus menuju ke kubur Ma'la. Alhamdulillah tiada sebarang halangan ketika hendak kebumikan jenazah Iskandar itu. Semua berjalan lancar dan seperti di rancang.

Liang Lahad tempat persemadian Allahyarham Iskandar di Kubur Ma'la


Untuk makluman semua, sekarang ini bukan mudah bagi orang bukan Saudi untuk mendapat kebenaran kebumikan jenazah di kubur Ma'la, ana dikhabarkan oleh sorang mualat yang hadir, seorang yang dah tinggal lama di Makkah ni dan mempunyai anak dan cucu disini ketika meninggal minggu lepas apabila nak kebumikan di Ma'la tak dapat kebenaran dan terpaksa di kebumikan di Syaraei. Jadi disini ana terfikir benarlah bahawa tanah kubur kita ini benar-benar satu yang tidak dapat kita tentukan. Jadi beruntunglah Allahyarham Iskandar ini kerana dapat dikuburkan di Tanah perkuburan yang disebut oleh Rasullullah saw sebagai tanah Kubur yang terbaik yang ada di atas Muka bumi ini.

Liang lahad telah ditutup




Selamat di timbus dengan daun kering dan pasir

Setelah semuanya selesai kami bersurai dengan bersalaman dengan semua yang hadir. Sebelum keluar dari kubur itu ana sempat mengambil alamat kubur Allahyarham. Alamatnya adalah Line 34 liang ke 4.
Kepada keluarga Allahyarham yang berada di tanah air, hadapilah ujian ini dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah. Sesungguhnya amat berat untuk menerima ujian ini tetapi yakinlah mesti ada seribu hikmah didalamnya. Semoga roh Allahyarham berada di sisi orang-orang yang soleh.

Alamat kubur Allahyarham Iskandar Line 34 liang ke 4

Antara yang hadir di perkuburan Ma'la

Hj Khuzz

Saturday, January 30, 2010

Updated News......

Jenazah Alllahyarham Iskandar yang meninggal dalam kemalangan ptg semalam akan di bawa ke Masjidilharam pada waktu zohor esok (31 Jan 2010) utk di sembahyangkan. Kepada Sahabat-sahabat yang berkelapangan bolehlah datang utk sama-sama solat Jenazah. Kemudian jenazahnya akan di kebumikan di syara'ei. Mangsa yang cedera berada di Noor Hospital.
Wassalam.
Hj Khuzz
TERKINI...

Malam tadi sekitar jam 10.15mlm, Ust Syahir call ana memaklumkan satu kemalangan maut berlaku ptg semalam yang melibatkan pelajar Madinah dan jemaah Umrah Malaysia di Khulais. Maklumat yang diketahui hanya pelajar tersebut ada call Ust Lutfi lebih kurang jam 1ptg utk mengetahui lokasi penginapan kemudian selepas itu tiada lagi maklumat darinya. Kemudian ana call Ust Lutfi, dan Ust Lutfi mengesahkan dan memberitahu ana nama pelajar yang memandu kereta itu bernama Efendi dan seorang jemaah meninggal dunia akibat kemalangan tersebut. Mangsa yang meninggal itu bernama Iskandar. Maklumat lanjut mengenai dimana mangsa yang cedera dan meninggal berada masih gagal diketahui.

Jam 10 pagi sekejap tadi ana dimaklumkan oleh Hj Arshad bahawa beliau telah berjumpa dengan salah soorang jemaah yang terlibat dengan kemalangan dan beliau menolongnya menghantarnya ke klinik. Kemudian Hj Arshad call Hj Khair konsulat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai jenazah dan mangsa yang cedera. Sekejap tadi ana di maklumkan oleh Hj Arshad bahawa sekarang jenazah Iskandar berada di Hospital Syisah dan mangsa yang cedera berada di Hospital Noor. Hj Khair Konsulat masih membuat urusan tuntutan jenazah dengan Polis. Proses setakat ini adalah pihak polis Makkah menunggu surat dari waris Allahyarham untuk urusan pengkebumian. Maklumat lanjut akan diupdate bila semua urusan selesai.

Kepada sahabat-sahabat Makkah yang berkelapangan sila standby untuk hadir ketika solat jenazah. Maklumat terkini akan ana maklumkan nanti. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Iskandar. (Al-Fatihah).

Hj Khuzz

Friday, January 29, 2010


ISU KALIMAH ALLAH

Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita sejak mutakhir ini, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik mengguna pakai perkataan (kalimah) Allah dalam bahan penerbitan mereka yang bernama The Herald versi melayu. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, masyarakat Kristian berada dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan umat Islam, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Kedengaran sehingga kini pelbagai komen dan statement dikemukakan ketengah masyarakat sehingga menyebabkan masyarakat bertambah keliru akan isu ini. Komen-komen yang bersifat emosi lebih mencelarukan pemikiran masyarakat. Orang yang berjuang bukan atas dasar Islam kadang-kadang lebih vokal dalam membawa isu ini ketengah masyarakat. Di samping itu penganut fahamam politik kebangsaan yang mencari kesempatan politik mereka telah menambahkan lagi kecelaruan ini.

Sepatutnya dan semestinyalah apabila timbul isu sebegini kita merujuk kepada pakar dalam bidangnya. Isu agama Allah adalah langsung dengan Agama Islam dan dalam Malaysia pihak yang paling konsisten dalam menangani masalah Islam adalah Parti Islam Semalaysia (PAS). PAS sejak dulu, kini dan selamanya konsisten berjuang, beramal dan berinspirasi membawa prinsip Islam dan hukumnya untuk ditegakkan dalam Negara Malaysia. Fakta ini tidak boleh di sanggah oleh kawan dan lawan. Maka sepatutnya PAS lah yang berhak dan layak untuk menjelas dan mengupas isu ini. Agak pelik jika parti yg tidak meletakkan cita-citanya untuk menegakkan Islam tiba-tiba mereka seolah-olah menjuarai isu ini.

Setelah hampir sebulan isu ini berbangkit, kita dapati memang benar dan bertepatan sekali pendirian PAS dalam menangani isu ini. Saya amat berbangga dan bersyukur di atas istiqamah pendirian Presiden PAS yang secara jelas menyatakan Islam TIDAK melarang penggunaan perkataan (kalimah) Allah oleh agama lain. Tuan Guru Hj Hadi menyatakan “kita tidak boleh melarang mereka ( bukan Islam ) dari menggunakan nama Allah meskipun Allah bagi mereka bukan seperti yang kita yakini iaitu Tuhan yang Esa.” Bagi saya sikap Tuan Guru Presiden ini melambangkan konsistennya budaya di dalam PAS iaitu ILMU mendahului EMOSI dan KEBENARAN mendahului PERASAAN.

Tidak seperti pandangan dan tindakan dari pihak-pihak yang lain. Kita boleh lihat bercelarunya tindakan dari pihak kerajaan sendiri apabila cuba menentang penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan membenarkan demonstrasi jalanan di adakan tapi dalam masa yang sama Menterinya (Nazri Aziz) membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah itu di negeri-negeri tertentu. Di sini jelas kepada kita kecelaruan mereka berhadapan isu ini. Mereka cuba menjadi juara kepada Umat Islam kononnya tetapi bila memikirkan sokongan orang bukan Islam mereka terpaksa membenarkannya. Inilah hasilnya jika berjuang tanpa mempunyai suatu dasar yang jelas tetapi bagi PAS keputusan parti itu membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh orang bukan Islam adalah dengan ilmu dan dalil, dan dalam masa yang sama ianya tidak menggadaikan prinsip perjuangan.

Tuan Guru Presiden telah mengemukakan beberapa dalil yang terdapat dalam Al-Quran itu sendiri bagaimana kalimah Allah sememangnya dimaklumi dan digunapakai oleh orang-orang bukan Islam terdahulu. Di sini saya suka mengambil dalil-dalil itu untuk pengamatan bersama. Bagi yang ingin mengikuti laporan penuh kenyataan Tuan Guru Presiden PAS bolehlah melayari blog rasmi presiden pas itu.

Antara dalil-dalil yang dikemukan adalah:-

Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)

Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-Ankabut: 63)

Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah Luqman: 25)

Firman Allah bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Surah az-Zumar: 38)

Firman Allah bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa,lagi Maha Mengetahui".(Surah Az-Zukhruf: 9)

Firman Allah bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Surah az-Zukhruf: 87)

Menurut Peguam PAS, Hj Hanifa Maidin:-

Dalam penghakimannya Hakim Lau Bee Lan menyatakan “adalah tidak munasabah dan tidak rasional bagi pihak KDN kerana dalam satu masa tidak melarang perhimpunan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam ibadat mereka dan aktiviti keagamaan mereka tetapi dalam masa yang sama kalimah yang sama tidak boleh digunakan dalam penerbitan yang tujuannya membantu pengganut Kristian dalam ibadat dan aktiviti keagamaan mereka. Secara jujur saya setuju dengan alasan Hakim itu. Kenapa adanya sikap double standard di situ ?

Sesiapa yang membaca kesemua 57 mukasurat penghakiman Hakim Lau Bee Lan akan tentu terkejut apabila para peguam akhbar the Herald membangkitkan secara terperinci bersama-sama bukti dokumentari bagi menunjukkan bahawa kalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian, peguam KDN dikatakan tidak langsung menyangkal hal tersebut.

Sebagai contoh peguam Herald menyatakan sudah 15 abad Kristian dan Arab Muslim telah menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan yang Esa. Bahasa melayu telah menjadi Lingua Franca kepada penganut Katolik sejak berkurun-kurun khususnya yang tinggal di Melaka dan Pulau Pinang dan telah mengamalkan dan ber”sembahyang” dalam bahasa Melayu.

Kalimah God telah diterjemah sebagai Allah dalam “Istilah Agama Kristian Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pertama kali oleh Catholic Bishops Conference of Malaysia pada tahun 1989 . Kamus Melayu-Latin yang diterbitkan sejak tahun 1631 telah menterjemah perkataan “Deus” (Kalimah Latin untuk God ) sebagai “Alla” dalam terjemahan Melayu. Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, kalimah “Allah” telah digunakan secara terus menerus dalam edisi Matthew’s Gospel di Malaysia pada tahun 1629 dan dalam Bible Melayu pertama yang lengkap pada tahun 1733 dan Bible Melayu yang Kedua Lengkappada tahun 1879 sehingga sekarang.

Munshi Abdullah yang dianggap bapa kesusasteraan Melayu telah menterjemah Gospels ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 1852 dan beliau telah terjemah perkataan “God” sebagai “Allah”. Telah ada Bible yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang wujud sebelum 1957 yang mana terjemahannya telah dibuat oleh British and Foreign Bible Society di mana kalimah “Allah” telah digunakan.

Jadi dengan bukti-bukti dan diatas prinsip keadilan itulah PAS mengambil keputusan bahawa adalah tidak adil kita melarang orang Kristian dari menggunakan kalimah Allah. Ada hujah yang menyatakan bahawa Allah bagi orang Kristian tidak sama dengan Allah menurut fahaman orang Islam. Jawab PAS betullah tu. Jika dari awal lagi mereka berpendirian seperti kita sudah tentu mereka sudah Islam.

Sebab itu para Rasul diutuskan untuk berda’wa kerana di samping manusia yang kafir mentauhidkan Allah dalam konteks RububiyyahNya iaitu meyakini Allah sebagai Rabb ( Pentadbir / Penjaga ) alam semesta ini mereka tidak mengEsakan Allah yang sama sebagai Tuhan yang selayaknya disembah.

Maka ayuhlah wahai kawan-kawan dan sahabat-sahabat kita fahami betul-betul isu ini agar kita tidak terperangkap dalam emosi dan statement yang sengaja mengelirukan kita.
Hj Khuzz

Thursday, January 28, 2010

Ziarah Madinah


Minggu lepas tanggal 20hb Jan 2010, usrah Makkah menganjurkan Ziarah ke Madinah Al Munawwarah. Kami berkonvoi 4 buah kereta. Kete flowerhorn Ust Khairul menjadi perhatian kami sepanjang perjalanan kerana inilah kali pertama perjalanan yg paling jauh yg pernah di lalui selepas ust Kerol membeli kereta itu. Selain kete ust khairul, kete ana, kete Hj Azam dan kete Hj Amran dari Jeddah yang turut serta dlm ziarah kali ini. Jumlah ahli keseluruhan dlm xpdc ini adalah 18 orang termasuk kanak-kanak.

Kami gerak dari lokasi masing-masing sebelum solat maghrib kemudian terus ke Madinah. Dalam perjalanan itu kami singgah utk mengisi minyak kereta dan penumpang kereta di R&R tapah… oppsss R&R SASCO. Cuaca kat R&R ni fuh sejuk menusuk tulang. Selepas semua selesai, kami teruskan perjalanan dan kami tiba di Bandar Madinah lebih kurang jam 12.30mlm.


Sebaik tiba, kami walk in je utk cari hotel sebab musim skrg tak ramai org. Selepas survey-survey, kami berpecah pada 3 hotel, ana dengan Hj Amran duduk di Andalus suite, Ust Kerol and the gang duk di hotel ape ntah sebelah aje hotel kami manakala Hj Azam duduk di hotel Hakimi Inn.
Selain Ziarah Maqam Rasul dan para sahabat kami juga sempat berehlah di Baidha’ atau lebih dikenali bukit Magnet.

Hj Khuzz

Wednesday, January 27, 2010

Kembali aktif... dgn semangat baru InsyaAllah.

Hari ini Alhamdulillah mempunyai sedikit ruang untuk mencoret dan mengaktifkan semula blog yang dah lama terbengkalai. Terima kasih kepada yang masih sudi mengunjungi blog ini.

Selama beberapa bulan tidak aktif terlalu banyak peristiwa dan kisah yang berlaku sepanjang waktu itu. InsyaAllah jika berkelapangan ana akan flash back kembali cerita-cerita yang sesuai. Berita-berita mengenai politik di tanahair tidak kurang juga hangat sekarang ini.

Wednesday, July 29, 2009


Beberapa hari lepas, ana ada terbaca satu artikel yang membicarakan soal perkataan “Kenapa”. Sangat menarik arikel itu. Mungkin kita boleh kongsi bersama dalam blog ini pula. Kewajaran menggunakan kata tanya “kenapa” dalam berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi hierarki, atau dengan orang yang mempunyai hubungan dinamik. Perkara ini sering kita jumpa tapi jarang kita analisakan masalah dan kesannya. Contohnya, hubungan pekerja-majikan, anak-bapa, penulis-editor, kontraktor-subkontraktor, isteri-suami, dan seumpama dengannya. Hubungan dinamik yang ana maksudkan ialah hubungan yang tinggi tujuannya, kerap interaksinya, dan mendalam emosinya.

Dalam hubungan sedemikian, dalam banyak situasi, seseorang yang kurang dominan perlulah berhati-hati menggunakan perkataan ‘Kenapa’ dalam berbicara. Contohnya,
“Kenapa Abang balik lambat?”.Tanya si isteri kepada suaminya. Atau,
“Kenapa kami kena kerja lebih masa hari ni?”. Tanya seorang pekerja kepada majikannya.
“Kenapa mak tak benarkan adik pergi ke rumah kawannya?”. Kata seorang anak kepada ibunya.

Kenapa perkataan “kenapa” mempunyai risiko yang tinggi dalam hubungan interpersonal sedemikian? Kerana, apabila seseorang itu bertanyakan “kenapa”, ia seolah-olah mempertikaikan kebijaksanaan, hikmah dan keboleh fikiran seseorang itu dan kadang-kadang seolah mencabar individu yg di tanya. Ia juga seperti menafikan keupayaan ‘fakulti intelektual’ (pinjam bahasa artikel tsb) seseorang dalam pemikirannya. Justeru, seseorang itu akan kelihatan seperti tidak lagi mempercayai orang yang dipertikaikan itu. Orang yang dipertikai dengan “Kenapa” akan tercabar, dan estim dirinya akan tergugah, kesannya; pasti kecelaruan emosi dan kekecewaan terhadap orang yang menanyakan sedemikian.

Jadi, apa yang patut seorang yang kurang dominan katakan kepada orang yang lebih dominan jika berlaku situasi sebegitu? Apa pandangan anda?
Kenapa akan berisiko tinggi jika ia digunakan untuk mempersoalkan tindakan seseorang yang ditanyai. Jika ia digunakan untuk bertanya tentang keadaan yang tiada kena mengena dengan orang yang ditanya, itu tiada masalah. Contohnya soalan seperti,

“Kenapa hari ni jalan sesak ya?”
“Kenapa daun berwarna hijau?”
“Kenapa ketua kampung awak buat begitu ya?”

Para sahabat Nabi saw adalah contoh kelompok manusia yang mendapat tarbiyah secara ‘live’ daripada pendidik agung itu. Namun, adakalanya mereka juga ada buat silap. Sayyidina Umar pun pernah mengritik keras terhadap Rasulullah sejurus Perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani. Sehingga beliau sering berpuasa untuk memohon ampun atas kesilapan tersebut. Mungkin ada beberapa lagi contoh yang mungkin kita boleh fikirkan.

Pastinya contoh ikutan terbaik ialah Rasulullah saw sendiri. Hampir tiada, komunikasi Nabi mempertikaikan tindakan, tingkah laku, perlakuan para sahabatnya dengan kalimah ‘limaaza’ (“Kenapa”). Mungkin kita boleh cuba mencari, ada tak Nabi sebut, “Kenapa kamu berbuat begitu … dan begini?” Rasanya takde kan? Teman-teman ustaz-ustaz Umm Qura atau yang lainnya mungkin boleh bagi respone kot…(Tolong betulkan jika silap)

Begitu halus sekali komunikasi Nabi sehingga para sahabatnya pun dijaga perasaan begitu sekali. Padahal, Nabi berada di kedudukan yang dominan, masih tetap berlemah lembut dan menjaga perasaan orang lain. So dimana kita, adakah kita sentiasa atau sering menjaga hati dan perasaan orang lain khususnya orang-orang yang kita sayang ketika kita berbicara atau bicaraan kita ikut sedap mulut aje? Betapa jauh bezanya kita dengan baginda Rasulullah saw.
Maka dengan itu dalam ruangan yang terbatas ini ana mengajak diri ana dan semua yang membaca artikel ini supaya banyakkan berfikir dahulu sebelum bertanya dengan perkataan “Kenapa”. Berapa ramai sudah orang-orang yang kita sayang, sahabat-sahabat seperjuangan dan teman dan taulan yang telah terguris hatinya terhadap perkataan “Kenapa” yang telah kita ucapkan. Marilah kita muhasabah sejenak diri kita. Fikir-fikirkanlah.....
Hj Khuzz..

Sunday, July 19, 2009

PM Malaysia Berada di Makkah


Sejak dua hari lepas PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Arab Saudi dalam rangka lawatan beliau selama 4 hari. Setelah ziarah madinah malam tadi PM dan rombongan telah berada di Makkah. Rombongan PM itu tiba di Makkah kira-kira jam 11 malam dan terus mengerjakan ibadah umrah. Sebagai tetamu negara PM dan rombongan dikawal ketat sepanjang mengerjakan ibadah umrah.

PM dan isteri sedang mengerjakan tawaf
Sebaik selesai mengerjakan umrah, PM dan rombongan singgah di D'saji food court yang terletak di Al-Safwah Royal Orchid untuk supper. Beberapa menu istimewa menjadi hidangan PM sempena lawatan pertama PM sejak anak syarikat felda itu beroperasi di kota Haram ini.
Hari ini ahad 19 Julai 09, satu pertemuan rasmi antara PM dengan rakyat Malaysia telah diadakan di Hilton Jeddah. Oleh kerana hari ini hari keje, bagi kami di Makkah ni tak dapeek le ikut serta untuk makan free... Wakil rasmi Makkah untuk pertemuan itu adalah Haji Arshad. Sehingga berita ini ditulis tiada lagi laporan dari wakil Makkah, mungkin beliau kekenyangan sampai lupa kat kawan kawan. hehehehe...

Hj Khuzz

Saturday, July 11, 2009

AJYAD HOSPITAL

Setelah di berhentikan operasinya hampir 2 bulan yang lepas, kini hospital Ajyad yang terletak kurang 200 meter dgn Masjidil haram telah dirobohkan mulai hari selasa 7 July 09 yang lalu. Hospital itu yang berusia 55 tahun itu dirobohkan kerana terlibat dengan projek pembesaran Masjidil haram yang bermula sejak 2 tahun yang lepas. Kalau tidak silap saya inilah bangunan yang paling akhir dirobohkan yang berada paling hampir dengan Masjid.


Kerja-kerja meruntuhkan bangunan sedang giat berjalan

Kawasan hospital itu akan dibina dataran solat yang mempunyai keluasan 3000 sqm dan dijangka dapat menampung 7000 orang jemaah.

Mulai hari ini (sabtu 11 July 09) laluan di tepinya juga telah ditutup kepada semua lalu lintas kerana faktor keselamatan. Keluasan keseluruhan projek di tapak hospital ini adalah berjumlah 20,000sqm di mana ia juga akan dibina tempat letak kereta di bahagian basementnya manakala di bahagian mezzanine pula akan dibina ruang kedai untuk tujuan perniagaan.


Kerja-kerja jelas kelihatan dari food court D'saji felda

Hj Khuzz

Tuesday, April 28, 2009

PROGRAM TERKINI DI MAKKAH




Hj Khuzz..

Tuesday, April 21, 2009

CERITA KEPADA GAMBAR DI BAWAH….

Dalam perjalanan bercuti ke Abha pada isnin, 13hb April 09 lepas ana telah dihubungi oleh penghulu Abha Hj Fauzi memaklumkan bahawa Tun Dr Mahathir ada di Abha dan beliau ingin bertemu dengan rakyat Malaysia yang tinggal di sini (Abha) dan Hj Fauzi menyatakan kalau anta sampai awal boleh le join sama-sama bertemu Tun. Ish Ish.. rasa macam tak caya je, datang-datang ke Abha terus nak jumpa Tun. Selaku rakyat Malaysia yang berada di perantauan rasa bangga le sebab ada peluang nak jumpa mantan PM. Seperti mana kata Mursyidul Am PAS TGNA, Tun ni adalah org bijak cuma beliau tidak menggunakan kebijaksanaan dia demi Islam sepenuhnya. Jadi atas semangat itu harap-harap dapat jumpa Tun yang bijak itu untuk dapat pandangan terkini beliau mengenai negara dan politik. Terus rasa excited lak… hehehehe. Ana bertanya jam berapa akan diadakan pertemuan tersebut, ketika itu dia bagitau waktu tepat belum pasti lagi tetapi mungkin lewat petang dan awal malam.

Bergambar kenangan dengan En Rafi

Selepas kami menempuhi 7 jam perjalanan termasuk behenti rehat 2 kali, tepat jam 4.30pm kami dah sampai di rumah Hj Fauzi di Sindabad compound Abha. Perjalanan yang sejauh 682km dari Makkah ke Abha selamat di tempuhi. Setiba di rumah Hj Fauzi, ana dimaklumkan bahawa pertemuan akan di adakan lepas solat maghrib. Selepas kami minum-minum di rumah Hj Fauzi, lalu kami bersama Hj Zamhari, Sopian dan Awie terus ke hotel Tun iaitu Abha Palace di tengah-tengah bandar Abha. Setibanya kami di sana, pengiring beliau Sdr En Rafi memberitahu bahawa Tun tengah berehat so minta kami menunggu sebentar. Lebih kurang 15 minit kami menunggu di lobby hotel, kami diajak naik ke bilik Tun. Disitulah kami dapat bertemu Tun dan beramah mesra. Antara topic yang sempat kami meminta pandangan Tun sebagai mantan PM adalah mengenai keadaan ekonomi Negara dan global. Zaujah ana dan zaujah Hj Fauzi, mereka bermesra dengan Toh Puan Dr Siti Hasmah. Tun datang ke Abha ini bukan le semata-mata nak jumpa orang malaysia kat abha tetapi Tun datang ini kerana membentangkan satu kertas kerja mengenai pengalaman Malaysia yang bertajuk "Volunteerism in Education based on Malaysian Experience".

Abha Palace

TYT Duta dan Konsul general turut serta dalam pertemuan

Tun seperti mana diketahui umum telah memberi kupasan dan pandangan yang menarik dari perspektif beliau mengenai ekonomi dunia hari ini. Mungkin sedikit point yang boleh ana kongsikan disini adalah:-

Ø Krisis ekonomi sekarang agak berbeza dengan krisis ekonomi pada tahun 1998. Di mana ketika itu krisis dihadapi oleh negara-negara membangun disebabkan serangan mata wang asing dan krisis itu tidak melibatkan negara kuasa besar dunia. Jadi ketika itu hanya mata wang negara sahaja terjejas teruk manakala sector eksport negara tidak terjejas langsung.

Ø Tetapi krisis kali ini, ianya bermula dari US itu sendiri apabila mereka tiada wang. Apabila ekonomi US terjejas maka mereka telah tidak lagi import barangan luar termasuk dari negara kita. Bila Import ke US berkurangan, ia menjejaskan sector pengeluaran di dalam negara kita dan menyebabkan kilang-kilang terpaksa mengurangkan operasi dan setengahnya terpaksa di tutup.

Ø Sekarang ini boleh dikatakan semua negara-negara yang bergantung dengan import ke US mengalami krisis ini tidak terkecuali negara kita. Tun member contoh Dubai @ UAE, skrg ekonomi mereka terjejas teruk kerana UAE tiada minyak dan hanya bergantung kepada hasil import ke US begitu juga beberapa negara lain berbanding pula dengan Negara seperti Saudi dan Qatar, ianya tidak terjejas sangat kerana pendapatan negara mereka adalah minyak.

Ø Apabila ditanya apakah mungkin langkah-langkah yang di ambil oleh PM baru kita untuk menangani krisis ini, Tun menjawab tidak ada cara lain selain kita terpaksa mengaktifkan pengeluaran dalam negara supaya dapat berlaku pertukaran wang untuk mengaktifkan semua ekonomi dalaman. Begitu juga kerajaan perlu mencari pendapatan alternative kepada negara seperti melalui pertanian dan sumber asli.

Ø Mengikut pendapat Tun krisis ini akan mengambil masa yang lama kerana ianya dilihat agak sukar US utk membuat “come back” dalam waktu yg terdekat.

Ø Tun juga menceritakan pengalaman beliau buat business sendiri selepas beliau bersara iaitu dengan membuka kedai roti. Skrg Tun mempunyai 2 cawangan kedainya, 1 di langkawi dan satu lagi di Pavilion KL. Tun sempat memberikan tips-tips yang berguna kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang perniagaan. Sesiapa yang nak Tips itu perlu berjumpa secara peribadi le….hehehe

Ø Tun juga berkata skrg ramai dah anak-anak melayu yang keje kat oversea ni tak sama mcm 10-15 tahun dulu, hanya cina saje yang keje oversea. Tun kata bagus le cari pengalaman tapi jangan le sampai lupa nak balik berkhidmat dalam negara.

Ø Kami ada suarakan mengenai gaji bulanan tenaga-tenaga profesional di negara kita terlalu rendah berbanding di oversea so kami mengharapkan agar kerajaan campur tangan dalam hal ini utk memancing profesional kita pulang, Tun memeberi respone bahawa itu takde kena mengena ngan kerajaan kerana company swasta akan bergantung kepada pengeluaran @ hasil mereka untuk menentukan gaji pekerja. Jadi oleh kerana kuasa membeli dinegara kita kurang maka pendapatan company juga kurang so dengan sendirinya gajinya akan kurang le. Kita perlu mencari sesuatu yang bermutu barulah pendapatannya juga bernilai dan bermutu.

Ø Akhirnya Tun berkata sementara setahun dua ini kerja le kat luar negeri ni dulu kerana kat Negara kita sekarang ni takdak keje. Nak business pun dilihat payah jugak.

Itulah serba sedikit yang boleh ana coretkan utk menceritakan perihal gambar di bawah. Kemudian sebelum bersurai kami sempat bergambar eksklusif bersama Tun Dr Mahathir dan Toh Puan Dr Siti Hasmah.

Toh puan Dr Siti Hasmah beramah mesra bersama kaum ibu

Berbicara bersama Pegawai khas Tun (Pn Azlina)


Hj Khuzz...

Tuesday, April 14, 2009

Tengok Gambar dulu, cerita kemudian.........






Hj Khuzz

Monday, April 13, 2009

PICNIC

Pada hujung minggu lepas Team Usrah Makkah menganjurkan picnic ke Obhur Jeddah. Walaupun penyertaan dari ahli usrah sendiri kurang memberansangkan kerana kebanyakan ahli kami sibuk dengan tugasan masing masing tetapi picnic ini tetap berjalan dan kami di sertai oleh 3 keluarga dari team Nokia Jeddah. Secara rumusanya picnic ini di sertai oleh 3 famili dari Makkah, 1 famili dan 2 orang pelajar Umm Qura Universiti, 2 org dari felda manakala 3 famili dari Jeddah. Jumlah keseluruhannya adalah 18 dewasa dan 11 orang kanak-kanak.

Kami tiba di lokasi kira-kira jam 5pm (9hb april 09). Selepas selesai pembahagian bilik dan kemaskan barang-barang yang dibawa, sempat le kami menikmati suasana sunset di pantai Obhor ini. Pandangannya agak menarik dan cantik.
Selepas itu kami solat maghrib secara berjemaah dengan semua peserta. Sesudah solat semua ahli baik muslimin dan muslimat sibuk membuat persiapan untuk dinner kerana perut sudah memberi signal ‘lapar’. Menu dinner kami adalah BBQ ayam dan Nasi goreng cina / meehoon goreng. Menu tambahan adalah laksa penang sumbangan Hj Ismail.
Selepas solat isya’ berjemaah bagi peserta yang tidak entitle musafir, kami semua menikmati juadah dinner yang tersedia. BBQ ayam yang dah siap di bakar oleh pembakar-pembakar profesional sedang menggamit dirinya utk di jamah oleh sahabat-sahabat. Apabila perut semuanya telah terisi kami buat sessi ta'aruf untuk merapatkan lagi ukhwah sesama kami. Kesemua yang hadir mengenalkan diri masing-masing dan sessi kali ini terbuka untuk soal jawab bagi peserta ditanya lebih mendalam pada setiap ahli. Selesai sessi ta'aruf itu program menikmati juadah untuk 2nd round sambil bersembang.
Kemudian sessi melawat pantai waktu malam diteruskan bagi ahli yang tidur lewat. Ramai kaum ibu yang mengambil bahagian ini dengan alasan anak-anak nak tgk pantai dan bermain basikal….. Sebahagian kaum bapa meneruskan sembang di lokasi asal, antara tajuk yang mengujakan adalah kisah “Hangg2”.
Pada malam itu suasana di cemari oleh muzik arab yang ntah ape ape rentak. Muzik itu berhenti hanya 10-15 bila azan berkumandang,lepas tu boleh dikatakan sepanjang masa didendangkan dengan muzik….. musykilah, musykilah. Dan yang mengejutkan lagi adalah alunan muzik itu di serikan dengan tarian joget zapin arab oleh pemuda dan pemudi arab black…. Lokasi program kami di roof top so ape kejadian di bawah sana dapat le kami saksikan dengan jelas. Lebih kurang jam 1.30am kami semua bersurai ke tempat “peraduan” masing-masing, walaupun ada yang lebih awal “keperaduan”…zzzzzzz.
Tepat jam 5.30am kami solat subuh berjemaah yang diimam oleh Ust Mohd Nurul kemudian diikuti bacaan Al-Ma’thurat dipimpin oleh Ust Abdul Rahman Al-Hak. Selepas itu sedikit tazkirah diberikan untuk memberi sedikit informasi dan motivasi kepada ahli yang hadir. Selepas itu majlis di tutup secara rasminya. Kemudian saat yang ditunggu-tunggu telah tiba, iaitu acara snookling………….. Kami check out berperingkat-peringkat.Sahabat yang mempunyai urusan lain keluar lebih awal manakala yang terakhir check out adalah team usrah makkah. Pukul 5.30pm baru kami checkout… Semoga berjumpa lagi di program yang akan datang……









Hj Khuzz