Beberapa hari lepas, ana ada terbaca satu artikel yang membicarakan soal perkataan “Kenapa”. Sangat menarik arikel itu. Mungkin kita boleh kongsi bersama dalam blog ini pula. Kewajaran menggunakan kata tanya “kenapa” dalam berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi hierarki, atau dengan orang yang mempunyai hubungan dinamik. Perkara ini sering kita jumpa tapi jarang kita analisakan masalah dan kesannya. Contohnya, hubungan pekerja-majikan, anak-bapa, penulis-editor, kontraktor-subkontraktor, isteri-suami, dan seumpama dengannya. Hubungan dinamik yang ana maksudkan ialah hubungan yang tinggi tujuannya, kerap interaksinya, dan mendalam emosinya.
Dalam hubungan sedemikian, dalam banyak situasi, seseorang yang kurang dominan perlulah berhati-hati menggunakan perkataan ‘Kenapa’ dalam berbicara. Contohnya,
“Kenapa Abang balik lambat?”.Tanya si isteri kepada suaminya. Atau,
“Kenapa kami kena kerja lebih masa hari ni?”. Tanya seorang pekerja kepada majikannya.
“Kenapa mak tak benarkan adik pergi ke rumah kawannya?”. Kata seorang anak kepada ibunya.
Kenapa perkataan “kenapa” mempunyai risiko yang tinggi dalam hubungan interpersonal sedemikian? Kerana, apabila seseorang itu bertanyakan “kenapa”, ia seolah-olah mempertikaikan kebijaksanaan, hikmah dan keboleh fikiran seseorang itu dan kadang-kadang seolah mencabar individu yg di tanya. Ia juga seperti menafikan keupayaan ‘fakulti intelektual’ (pinjam bahasa artikel tsb) seseorang dalam pemikirannya. Justeru, seseorang itu akan kelihatan seperti tidak lagi mempercayai orang yang dipertikaikan itu. Orang yang dipertikai dengan “Kenapa” akan tercabar, dan estim dirinya akan tergugah, kesannya; pasti kecelaruan emosi dan kekecewaan terhadap orang yang menanyakan sedemikian.
Jadi, apa yang patut seorang yang kurang dominan katakan kepada orang yang lebih dominan jika berlaku situasi sebegitu? Apa pandangan anda?
Kenapa akan berisiko tinggi jika ia digunakan untuk mempersoalkan tindakan seseorang yang ditanyai. Jika ia digunakan untuk bertanya tentang keadaan yang tiada kena mengena dengan orang yang ditanya, itu tiada masalah. Contohnya soalan seperti,
“Kenapa hari ni jalan sesak ya?”
“Kenapa daun berwarna hijau?”
“Kenapa ketua kampung awak buat begitu ya?”
Para sahabat Nabi saw adalah contoh kelompok manusia yang mendapat tarbiyah secara ‘live’ daripada pendidik agung itu. Namun, adakalanya mereka juga ada buat silap. Sayyidina Umar pun pernah mengritik keras terhadap Rasulullah sejurus Perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani. Sehingga beliau sering berpuasa untuk memohon ampun atas kesilapan tersebut. Mungkin ada beberapa lagi contoh yang mungkin kita boleh fikirkan.
Pastinya contoh ikutan terbaik ialah Rasulullah saw sendiri. Hampir tiada, komunikasi Nabi mempertikaikan tindakan, tingkah laku, perlakuan para sahabatnya dengan kalimah ‘limaaza’ (“Kenapa”). Mungkin kita boleh cuba mencari, ada tak Nabi sebut, “Kenapa kamu berbuat begitu … dan begini?” Rasanya takde kan? Teman-teman ustaz-ustaz Umm Qura atau yang lainnya mungkin boleh bagi respone kot…(Tolong betulkan jika silap)
Begitu halus sekali komunikasi Nabi sehingga para sahabatnya pun dijaga perasaan begitu sekali. Padahal, Nabi berada di kedudukan yang dominan, masih tetap berlemah lembut dan menjaga perasaan orang lain. So dimana kita, adakah kita sentiasa atau sering menjaga hati dan perasaan orang lain khususnya orang-orang yang kita sayang ketika kita berbicara atau bicaraan kita ikut sedap mulut aje? Betapa jauh bezanya kita dengan baginda Rasulullah saw.
Maka dengan itu dalam ruangan yang terbatas ini ana mengajak diri ana dan semua yang membaca artikel ini supaya banyakkan berfikir dahulu sebelum bertanya dengan perkataan “Kenapa”. Berapa ramai sudah orang-orang yang kita sayang, sahabat-sahabat seperjuangan dan teman dan taulan yang telah terguris hatinya terhadap perkataan “Kenapa” yang telah kita ucapkan. Marilah kita muhasabah sejenak diri kita. Fikir-fikirkanlah.....
Hj Khuzz..
No comments:
Post a Comment