Perancangan awal kami tetapkan, 6.30am semua pendaki mesti berada di kaki bukit. Tetapi seperti yang diramalkan hanya 7-8 org sahaja yg betul-betul berada lokasi pada waktu yg di tetapkan. Yang memberangsangkan ialah dua wakil Jeddah sampai tepat pada waktu sedangkan ramai peseta yang dari Makkah gagal menepati masa.
Pemandangan indah ketika perjalanan ke puncak
Ketika perjalanan ke punjcak
Setelah semuanya berehat dan masuk melihat keadaan Gua Thur yang bersejarah itu, satu taklimat dan tazkirah diadakan. Ketika semua berkumpul itulah, baru kami tahu jumlah sebenar peserta yang mengikuti XPDC ini berjumlah 29 orang dewasa dan 4 kanak-kanak. Selain ahli usrah Makkah (13 dewasa 2 kanak-kanak), pendakian ini di meriahkan lagi oleh sahabat dari Nokia Jeddah (2 org), Ericsson Jeddah (4 org), syarikat Malaysia yang terlibat membina Jamrat –ACPI (3 org), Sahabat dari Yanbu ( 1 famili – 2 dewasa 2 kanak-kanak), pelajar Umm Qura (4 org) dan pelajar Rabitah Alami (1 Org). Tazkirah penuh di sampaikan oleh Ust Haji Mohd Nurul Hafiz Abdul Latif. Kemudian sedikit tambahan oleh Ust Meor dan Ust Khairul Ariffin. Antara fakta yang disebut semasa tazkirah;-
1) Jabal Thur merupakan lokasi pertama perjalanan Hijrah Rasululllah s.a.w ke Madinah.
2) Ketinggian Jabal Thur adalah 458m dari paras laut.
3) Perjalanan Hijrah Rasululllah s.a.w bermula pada hujung bulan safar setengah pendapat menyatakan pada 27 Safar.
4) Baginda Rasululllah s.a.w berada 3 hari di Jabal Thur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah melalui jalan tepi Laut Merah.
5) Dalam peristiwa hijrah ini, Rasululllah s.a.w mendapat bantuan dari segenap lapisan manusia.( Saidina Ali r.a (Pemuda) – Menggantikan tempat tidur Rasul, Saidina Abu Bakar r.a (Org tua) – Menemani Rasul sepanjang perjalanan, Asma’ bt Abu Bakar (Muslimat) – Menghantar makanan kepada Nabi dan Abu Bakar ketika berada di dalam gua, Abdullah bin Abu Bakar (Org dewasa) – yang ditugaskan utk mendapat berita dari org quraisy, dan Abdullah bin Uraiqid (org kafir) – menjadi penunjuk arah jalan.
6) Ketika baginda dalam Gua, Rasululllah s.a.w mendapat pertolongan dari beberapa binatang dengan izin Allah antaranya labah-labah yang membuat sarang di muka pintu gua, burung merpati yang mengeram telur di dalam sarang dan mengkarung yang menyapu kesan tapak kaki Nabi dan Abu Bakar.
Kami berada di puncak bukit ini lebih kurang 1 jam 30 minit. Selepas selesai sessi taaruf dan tazkirah kami bergambar kenangan beramai-ramai di hadapan Gua Thur. Bila semuanya selesai kami mulakan perjalanan turun. Tidak semua dari kami turun serentak, ada yang masih terus berehat dia gua itu. Kami mulakan pendakian turun bukit pada jam 10.30am dan kumpulan terakhir tiba pada jam 12.30pm.
Bergambar kenangan dengan semua peserta
Ya Allah berikanlan kekuatan kepada kami untuk mengikuti jejak para sahabat Rasul dan amilin untuk menempuh tribulasi perjuangan ini. Kami merasa amat kerdil dan lemah Ya Allah…. Berikanlah kekuatan Ya Allah.. Kami sanggup berjuang untuk menegakkan AgamaMu Ya Allah di samping itu bekalkanlah kami kekuatan Iman dan semangat seperti mana Kau berikan kepada sabahat terdahulu.
Mudah-mudahan XPDC kita kali ini berjaya mengukuh dan menambahkan keimanan kita kepada Allah setelah menyaksikan sendiri dengan mata kesan sejarah Rasul s.a.w. Mudah-mudahan ketika kita berjalan di sekitar Gua Thur itu, terpijaklah tapak kaki kita dengan bekas tapak kaki Rasul s.a.w agar ianya menjadi saksi di akhirat kelak. Amin. Ya Rasulullah kami sangat merinduiMu…..
Hj Khuzz
1 comment:
salam..ana pljr mesir yg datg umah hj khuzaini baru ni(4org)..pengalaman kerana cuai dlm menguruskan masa..: http://khairulidham.blogspot.com/2009/08/jangan-cuai-masa.html
Post a Comment