Sunday, July 19, 2009

PM Malaysia Berada di Makkah


Sejak dua hari lepas PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Arab Saudi dalam rangka lawatan beliau selama 4 hari. Setelah ziarah madinah malam tadi PM dan rombongan telah berada di Makkah. Rombongan PM itu tiba di Makkah kira-kira jam 11 malam dan terus mengerjakan ibadah umrah. Sebagai tetamu negara PM dan rombongan dikawal ketat sepanjang mengerjakan ibadah umrah.

PM dan isteri sedang mengerjakan tawaf
Sebaik selesai mengerjakan umrah, PM dan rombongan singgah di D'saji food court yang terletak di Al-Safwah Royal Orchid untuk supper. Beberapa menu istimewa menjadi hidangan PM sempena lawatan pertama PM sejak anak syarikat felda itu beroperasi di kota Haram ini.
Hari ini ahad 19 Julai 09, satu pertemuan rasmi antara PM dengan rakyat Malaysia telah diadakan di Hilton Jeddah. Oleh kerana hari ini hari keje, bagi kami di Makkah ni tak dapeek le ikut serta untuk makan free... Wakil rasmi Makkah untuk pertemuan itu adalah Haji Arshad. Sehingga berita ini ditulis tiada lagi laporan dari wakil Makkah, mungkin beliau kekenyangan sampai lupa kat kawan kawan. hehehehe...

Hj Khuzz

4 comments:

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

mekasih banyok hj khuzz. ana selamat tiba dengan flite 3832 di kalalupo dan kini berada di kole terengganu menikmati nasi dagang kegemaran ana. hehehe..

saperlah fotografer bertuoh tu, bleh masuk sejid.

MohdArshad said...

Salam...makan dan sembang sampai PM berucap tak dengar di dalam...so tak boleh nak bagi tahu apa yg di ucapkannya....tunggu akbar malaysia la ya....

khuzzie said...

Alhamdulillah semua selamat... Ust pi selamat sampai dan hj arsha selamat jumpa Pee emmM.

mujahid001 said...

makkah yang dirindui...