Sunday, August 31, 2008

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Ana mengucapkan ribuan kemaafkan kerana lama tidak “update” kan blog ini di sebabkan kengkangan kerja yang agak meningkat menjelang tibanya Ramadhan ini. Semoga tugas untuk memberi liputan telekomunikasi yang terbaik kepada tetamu Allah yang mengunjungi Baitullah sempena Ramadhan ini dapat dikira sebagai amal jariah hendakNya ,Insyaallah…..

Meja ofis ku yang agak "tongkang pecah" sbb tak sempat ngemas.Hehehe

Hari ini Alhamdulillah mempunyai sedikit ruang untuk mencoret dan mengaktifkan semula blog yang lebih 2 minggu terbengkalai. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini dan meninggalkan message di Tautan Ukhwah. Dengan pesanan dan pertanyaan bila untuk updatekan blog itu memberi sedikit sebanyak kekuatan bagi ana utk “update”kan blog ini. Kepada sahabat-sahabat yang selalu dapat “update”kan blog mereka ana ucapkan syabas dan tahniah dan teruskan usaha itu. Walaupun ana takde masa utk updatekan blog ini tetapi ana sempat membaca blog sahabat-sahabat, itu juga antara suntikan semangat utk ana aktifkan blog ini. Gambaran ini memberikan bahawa melalui alam cyber ini kita dapat menjalin dan merapatkan ukhwah sesama kita.

Selama lebih dua minggu agak banyak juga peristiwa dan kisah yang berlaku sepanjang waktu itu. Insyaallah jika berkesempatan ana akan flash back kembali cerita-cerita yang sesuai. Yang pastinya sekarang kita menyambut kemerdekaan negara kali ke 51 dan esok kita di Saudi ini akan masuk ke bulan Ramadahan Al-Mubarak. Bulan yang disebut Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya nya bebas dari api neraka. Nantikan berita selanjutnya...


Hj Khuzz

Tuesday, August 19, 2008

ISLAM DIHINA LAGI

Semalam 18 Ogos 08, berdegup deras jantung ana apabila membaca tajuk berita di Utusan Online bahawa Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan Pahang Darul Makmur telah membenarkan Or Boon Hua atau Jeffrey Or Abdullah, 36 untuk keluar dari Islam. Berita ini sungguh merentap jantung dan perasaan kita sebagai seorang yang mengaku Islam.

Menurut fakta kes Or Boon Hua telah memeluk Islam pada 20 Januari 1994 semata-mata untuk memudahkannya mengahwini seorang gadis Muslim. Pada 16 November 1996 beliau telah mengahwini gadis pilihannya itu tetapi kira-kira 5 tahun kemudian beliau telah menceraikan isterinya setelah memperolehi 2 orang anak. selepas itu beliau dikatakan telah kembali kepada kepercayaan asalnya termasuk berkunjung ke tokong, makan babi, minum arak, berjudi dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak. Sepanjang perkahwinannya itu beliau tidak pernah mempelajari agama Islam apatah lagi untuk mengamalkannya.

Hakim Datuk A. Rahman Yunus ternyata tidak mempunyai pilihan, lantaran kelompongan peruntukkan undang-undang Islam yang sebenar dalam apa yang kita amalkan, lalu terpaksa membenarkan permohonan Or Boon Hua , ana percaya demi mengelakkan mudharat yang lebih besar kepada Islam keputusan itu terpaksa di lakukan. Malah hakim itu sendiri mengakui bahawa beliau bersedih kerana terpaksa membuat keputusan itu.
Jadi siapakah yang patut dipersalahkan?

Ternyata dengan perkembangan kes ini, sesiapa sahaja boleh keluar-masuk Islam atas alasan tidak lagi mengamalkannya. Islam sudah menjadi agama “singgahan” bagi mereka yang mahu berkahwin gadis Melayu atau wanita Muslim. Selepas bosan, muak dan jelak maka bolehlah ceraikan wanita itu dan pilih untuk keluar agama, betapa hina dan hodohnya Islam?!! Adakah ini gambaran Islam yang sebenarnya??

Jika semasa zaman penjajah dahulu apabila terjadinya peristiwa Natrah. Ribuan Ummat Islam keluar ke jalan raya untuk menunjuk perasaan membantah kemurtadan terhadap Natrah tetapi selepas 51 tahun merdeka, berita murtad hanya menjadi berita kecil di akhbar sahaja dan tidak ada satu pemimpin dan pembesar negara pun yang bersuara mengenainya. Malah sehingga kini masih ramai orang tidak mengetahui tentang berita ini. Ummat Islam seluruh negara juga seakan-akan binggung apa yang patut mereka lakukan apabila membaca berita ini. Masing-masing buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila maruah Islam itu di cabar. Ummat Islam menjadi seperti kera sumbang bila mengetahui kejadian ini. Inilah padahnya apabila di pimpin oleh manusia yang bertopengkan Islam dan bertuhankan kebendaan.

Demi membela maruah dan nama baik Islam agar tidak ada lagi petualang seperti Makhluk yang bernama Or Boon Hua ini yang akan mengambil kesempatan mempermain dan memperalatkan Islam satu langkah proaktif perlu diambil iaitu benamkan kerajaaan Barisan Nasional ini ke perut bumi atau hanyutkan mereke ke Laut Cina Selatan dalam kadar yang segera.

Hari ini satu manusia telah berjaya di murtadkan disebabkan lemahnya pertahanan Islam dalam negara kita, berapa ramai lagikah nanti yang akan murtad, dan apakah kita Ummat Nabi Muhammad yang diberi kemulian dengan Islam hanya sekadar diam berpeluk tubuh. Dayuslah kita jika kita berbuat demikian. Maka ayuh bangunlah Pemuda Islam, Sedarlah Pejuang Islam kita sudah tidak punyai banyak masa untuk berehat. Islam kini di cabar dari segenap penjuru. Bangkitkanlah semangat Salahuddin Al-Ayubi ke denyut nadi kita supaya kita dapat julangkan kembali Islam untuk berada di mercunya.
Hj Khuzz
Sepetang Bersama Akhi Lutfi

Abg, dalam rombongan Datuk Hassan Din ada insan bernama Ahmad Lutfi Othman, tolong check betul ke dia ni Ketua Pengarang Harakah” …. Itu isi sms dari "Ust Man Ayu".. Ana pun segera hubungi sahabat-sahabat di tanah air bertanyakan kalau-kalau ada yang tahu akhi Lutfi ada datang umrah k tidak. 5 sms ana hantar serentak kepada shbt di m’sia, 4 darinya dibalas -ve (tak tahu)… hanya satu je yang bagi jawapan akhi lufti akan buat umrah cuma tak pasti tarikh…. Jawapan itu menyebabkan ana terus bersemangat untuk mencari kepastian lalu ana terus menghubungi Ust Man. Ape lagi identiti yang boleh memastikan insan itu adalah akhi Lutfi. Lalu Ust Man kata cuba confirmkan nama zaujah dia, sebab kat sini nama zaujahnya adalah Puan Hawa. Lalu sekali lagi aku menghubungi tanahair dan memang sah ana mendapat kepastian bahawa zaujanya bernama Puan Hawa. Lalu ana terus menghubungi Ust Man menyatakan kepastian tersebut dan ana memesan kepada Ust Man supaya membuat temujanji utk berjumpa beliau untuk mendengar laporan dan cerita politik terkini tanahair.

Alhamdulilah selepas 2 hari dari tarikh temujanji Allah mempertemukan ana dengan akhi lutfi. Pada mulanya berjanji bertemu di lobi hotelnya tetapi kerana kesulitan mendapat parking kereta ana terpaksa ambik beliau dan bawa ke Al-Baik Aziziah. Waktu pertemuan itu adalah jam 5.45 petang. Ust Man tak dapat bersama kerana ada urusan kerja. Pertemuan itu turut disertai oleh Hj Arshad.
Sebaik saja naik ke kereta, kami bertaaruf ringkas kemudian terus masuk ke cerita-cerita terkini politik tanahair. Memang benar kata Ust Man, rugi kalau lepaskan peluang utk bertemu akhi Lutfi ini kerana dia sure banyak cerita-cerita terkini dan dari sumber yang sahih. Sambil-sambil menikmati keenakan Al-Baik sembang kami terus rancak sehinggakan datang pekerja Al-Baik ke meja kami dan berkata “Solah Solah”. Kami lihat jam di tangan rupanya lagi 15 minit utk masuk waktu maghrib. Kami terpaksa beredar dari situ kerana sudah menjadi syarat di Tanah Haram dan di Saudi ini semua perniagaan di tutup bila masuknya waktu solat. Sambil berjalan keluar akhi Lutfi bertanya memang semua kedai ke tutup bila masuk waktu solat. Kami menjawab “Ya”. Alangkah indahnya Islam itu jika berada di tangan kuasa orang yang ingin melaksanakannya… Terus terlihat dan terpancar syiarnya. Ini di negara kita azan ke iqamat ke tak ramai yang peduli... Datang tsunami barulah ada yang pedulikan agama skit, itupun setelah mengorbankan puluhan orang.


Gambar kurang jelas kerana Al-Baik dah tutup lampu utk solat.Hehehe

Banyak jugak topik yang sempat kami cover sepanjang pertemuan itu tetapi hati ini masih rasa belum puas utk mengetahui cerita-cerita yang belum sempat diceritakan. Dalam perjalanan ke Masjid Al-Haram sempat lagi ana bertanya ada tak masa untuk bertemu sekali lagi sebelum anta balik ke Malaysia? Lalu akhi Lutfi berkata tengok le kalu dia sihat dia call bagitau.


Minta maaf semalam ana demam, esok petang bleh lah kita jumpa, kita minum dekat-dekat hotel aje le kot” itulah kandungan SMS dari akhi Lutfi sehari sebelum beliau berangkat balik ke Malaysia. Ana terus jawab “ok kita minum di D’saji food court dekat ngan Haram”. Ana dah plan untuk bawa akhi Lutfi rasa masakan Malaysia di food court yang baru berusia hampir 2 bulan kepunyaan felda.


Pertemuan kedua ini sempat dihadiri oleh Ust Man. Alhamdulillah selepas pertemuan kedua ana merasakan puas kerana telah di ceritakan topik-topik hangat di tanahair dan meleraikan permasalahn yang terbuku di hati. Bagi sahabat-sahabat yang ingin tahu isi cerita lanjut perbincangan kami boleh le hubungi ana secara personal. Hehehehe…

Hj Khuzz

Monday, August 11, 2008

Pertemuan Mingguan
Alhamdulillah pada minggu lepas saya dan sahabat-sahabat dapat meneruskan pertemuan mingguan kami. Biasanya rumah Hj Amin, Hj Hairul, Hj Azam dan saya menjadi lokasi pertemuan tetapi kali ini lokasinya agak berlainan sedikit dari biasa. Lokasi kali ini adalah di hadapan Masjid Mas’a Al Haram Muzdhalifah.


Walaupun out door program, tetapi laptop & pembesar suara tetap diguna

Pada malam itu kami ada tetamu dari jauh, kedua-duanya datang untuk mengerjakan ibadah umrah. Tetamu kami pada malam itu adalah Hj Bakhtiar dan keluarga dari Riyadh dan Hj Fauzi dan keluarga dari Abha. Kedua-dua tetamu kita ini dulunya pernah berkhidmat di tanah haram ini untuk beberapa tahun yang lepas.
Selepas solat isyak berjemaah dan bacaan Al-Ma'thurat, Kami diberi sedikit ilmu melalui tazkirah ringkas. Tazkirah pada malam itu disampaikan oleh Ust Hj Abdul Rahman atau nama glamour nya "Man Ayu". Antara perkara yg dibincangkan dalam tazkirah itu adalah mengenai kekuatan Ain dari pandangan mata. Bagi mengelakkan terkena ain dari pandangan mata hendaklah menyebut “Masya Allah” apabila melihat sesuatu yang indah dan cantik. Begitu juga apabila kita dipuji cepat-cepat kita menyebut "Masya Allah". Sebagai amalan, kita dikehendaki sentiasa menyebut "Masya Allah" sebelum kita memuji sesuatu yang kita lihat.
Perkara ini telah menjadi kebiasaan bagi orang-orang arab untuk mengelak dari terkena penangan Ain ini dengan mereka meletakkan perkataan “Masya Allah Tabarakallah” di tempat yang strategik dilihat seperti di kenderaan, di hadapan pintu rumah, di pejabat dan di tapak-tapak pembinaan yang baru.
Tetapi budaya ini amat asing bagi kita di tanahair Malaysia, malah kalimah “Masya Allah” teramat jarang kelihatan dijual dikedai-kedai tulisan ayat-ayat dan khat di negara kita. Perkara ini perlulah dijadikan budaya kepada kita untuk mengelak terkena Ain dari pandangan mata. Melalui pendedahan ini marilah sama-sama kita amalkan untuk kebaikan kita bersama. Bawalah balik budaya ini apabila kita pulang ke tanahair nanti Insyaallah...

Kaum bapa dan ibu sedang menjamu selera

Setelah selesai tazkirah itu kami menjamu selera. Menu pada malam itu juga agak istemewa kerana telah tumbang 2 ekor kambing dan di masak kuziii. Chef jemputan juga digunakan dalam menyediakan masakan pada malam itu. Menu ini di sediakan oleh akhi Azizie dan di bantu oleh beberapa kawannya. Pada malam itu juga dibuat BBQ kambing dan sahabat-sahabat sama-sama membakarnya.

Bergambar kenangan di hadapan
Masjid Mas'a Al-Haram Muzdhalizah
Hj Khuzz..

Monday, August 4, 2008

Menjengah Sejenak ke Tanahair Tercinta.

Marilah kita sesekali menjengah sejenak ke tanahair tercinta, apakah kisah yang berlaku dan akan berlaku didalam bulan ogos ini. Dalam masa terdekat ini banyak peristiwa dan berita yang menyelubungi negara…
Antaranya yang akan berlaku adalah:

1) Perdana Menteri menyatakan siasatan kes liwat DS Anwar Ibrahim telah selesai dan menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara yang akan menentukan samada ianya perlu di dakwa atau tidak. Apakah DS Anwar Ibrahim akan didakwa dan bilakah tarikhnya. Apakah juga DS Anwar Ibrahim akan ditahan dan tidak dibenarkan ikat jamin sehingga selesai perbicaraan seperti 10 tahun yang lalu. Bagaimana pula isu laporan doktor yang menyatakan tiada kesan liwat pun di……. mangsa. Adakah isu ini releven untuk dibicarakan?? Tungguuuuuu……

2) Sdr Mohd Saiful Bukhari bin Azlan mangsa liwat… menyatakan ia akan membuat sumpah Al-Quran dalam masa terdekat ini untuk menuntut keadilan demi agama, bangsa dan negara. Antara pendedahan awal menyatakan beliau telah dibawa keluar negara bersama DS Anwar Ibrahim sebanyak 4 kali. Cuma tidak dinyatakan adakah ketika di luar negara itu dia telah diperlakukan seperti di kondonya juga atau tidak. Difahamkan beliau telah diliwat sebanyak 8 kali, maka bilakah 7 tarikh lain selain 26 jun 08? Nantikanlah pendedahan detail ketika di mahkamah nanti, kata diblog peribadinya. Tungguuuuuu……

3) Minggu lepas Ahli Parlimen Permatang Pauh meletakan jawatan sebagai ahli Parlimen sekaligus mengosongkan kerusi parlimen itu untuk memberi laluan kepada suaminya DS Anwar Ibrahim bertanding dan masuk ke parlimen. Pihak SPR membuat kenyataan akhbar bahawa SPR telah menerima notis pengosongan kerusi tersebut dan akan mengumumkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh selepas mesyuarat badan itu pada rabu ini 6 ogos 08. Bilakah tarikhnya adakah sebelum puasa atau dalam bulan puasa, bolehkan DS Anwar Ibrahim bertanding, kalau dia didakwa atas kes liwat bolehkah beliau bertanding jika tidak boleh siapakah yang akan menjadi calon PKR, Siapa pula calon BN adakah Ezam Mohd Noor atau anak tempatan seperti kehendak ketua bahagian Umno Permatang pauh. Tungguuuuuu……

4) Parti Islam Semalaysia (PAS) akan mengadakan Muktamar Agongnya pada pertengahan bulan ini. Apakah isu-isu yang bakal dibincangkan. Meletupkah isu perhimpunan Protes yang dicemari konsert rock underground. Orang yang beranggungjawab ketika itu adalah YB Dr Hatta Ramli. Adakah YB akan di muhasabah dlm muktamar itu atau sebaliknya. Apakah isu muzakarah atau muqabalah menenggelamkan isu yang terhasil ketika himpunan Protes. Tungguuuuuu……

5) Pada bulan ogos ini juga bermulanya mesyuarat bahagian umno untuk pemilihan parti Nov ini. YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah mengisytiharkan akan bertanding jawatan tertinggi (Presiden) parti dan sehingga kini belum kedengaran berita beliau akan menarik diri. Apakah beliau layak untuk bertanding. Cukupkah pencalonan 30% yang perlu diperolehi oleh YBM Tengku Razaliegh bagi melayakkan beliau mencabar DS Abdullah Badawi. Bagaimana pula jawatan no 2 parti adakah ada regu Tengku Razaleigh bagi jawatan itu? Sehingga kini masih belum kedengaran calonnya, Cuma sebelum ini Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir mencadangkan agar TS Muhyidin Yasin bertanding jawatan no 2 kerana DS Najib Razak sudah tidak layak katanya. Tetapi semalam 2hb Ogos 08, TS Muhyidin telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi Naib Presiden sahaja kerana telah bersetuju dengan proses peralihan kuasa yang di putuskan oleh MT Umno dan tidak berminat untuk bertanding ke jawatan yang lebih tinggi. Apakah akan terjadi jika beliau memperolehi 20% pencalonan yang melayakan untuk beliau bertanding jawatan no 2, adakah beliau masih dengan pendirian sekarang. Tungguuuuuu……

6) Satu lagi penantian rakyat adalah mengenai harga minyak. Sebelum ini rakyat hanya dijanjikan penurunan 50 sen oleh DS Anwar Ibrahim jika Pakatan Rakyat memerintah negara dalam masa terdekat. Tetapi semalam 2hb Ogos 08 DS Abdullah Badawi juga berjanji untuk menurunkan harga minyak pada 1hb Sept 08 ini. Apakah strategi kerajaan menjanjikan penurunan harga minyak 1hb Sept ini satu langkah untuk memancing undi rakyat dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh atau kerana harga minyak di pasaran global sekarang memang menurun. Dihadapan kita mempunyai 4 senario yang perlu di tunggu;-
a) Apakah akan terjadi jika PKR menang dalam Pilihanraya kecil dan harga minyak pasaran global terus turun. Adakah harga minyak akan turun??
b) Apakah akan terjadi jika PKR menang dalam Pilihanraya kecil dan harga minyak pasaran global menunjukkan peningkatan harga. Adakah harga minyak akan turun??
c) Apakah akan terjadi jika BN menang dalam Pilihanraya kecil dan harga minyak pasaran global terus turun. Adakah harga minyak akan turun??
d) Apakah akan terjadi jika BN menang dalam Pilihanraya kecil dan harga minyak pasaran global menunjukkan peningkatan harga. Adakah harga minyak akan turun??
Tungguuuuuu……

Keenam-enam perkara yang saya ketengahkan ini semuanya menyebabkan kita menunggu dengan penuh minat kehadiran bulan Ogos 08 ini. Di hari Sambutan Kemerdekaan ke 51 nanti, adakah akan terjawab semua persoalan ini atau akan mewujudkan cerita-cerita baru rentetan dari peristiwa ini. Insyaallah saya akan ulas kembali isu-isu ini pada awal september nanti. Sama-sama kita nantikan jika dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki Insyaallah…
Hj Khuzz

Sunday, August 3, 2008

Ziarah Sahabat...
Minggu lepas salah seorang sahabat ahli usrah Makkah (Mohd Lotfi Lokman) telah menerima musibah apabila isterinya telah mengalami keguguran kandungan yang baru berusia 3 bulan. Cerita mengenai detik-detik cemas beliau boleh di baca didalam blognya (na5wa.blogspot.com).

Sebagai ahli seusrah, kami merasakan musibah yang menimpa sahabat itu turut kami rasai walaupun kami faham pepatah yang menyebut "Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul". Atas kesedaran yang ada maka kami semua ahli usrah telah bersetuju mengutip sumbangan di kalangan ahli bagi meringankan beban yang ditanggung oleh sahabat.

Pada pagi jumaat yang lepas, ketika sahabat-sahabat datang breakfast di rumah saya, saya telah menyediakan tabung untuk tujuan tersebut. Alhamdulillah jumlahnya agak memberangsangkan. Pada sebelah petangnya Hj Abdul Rahman telah membuat temujanji dengan akhi Lotfi untuk datang ziarah di sebelah malam ke rumahnya. Saya pun telah memberitahu sahabat-sahabat yang lain yang berkelapangan untuk sama-sama hadir dalam ziarah ini. Saya dimaklumkan selain saya dan akhi Rahman, akhi Azam dan akhi Arshad juga sudi bersama-sama dalam ziarah tersebut. Akhi Amin yang baru pulang dari Madinah petang itu juga telah bersetuju untuk hadir atas semangat ukhuwah saudara seusrah...

Kami tiba di rumah akhi lotfi kira-kira jam 10.15malam. Rumah beliau di Syisya bersebelahan dengan bangunan Tabung Haji Syisha. Orang kuat Tabung Haji le katakan...... Kami disambut mesra oleh tuan rumah. Ketika di rumah beliau kami bersembang mengenai hal-hal semasa dan khabar sahabat-sahabat. Kami tidak lagi bercerita mengenai kejadian yang dialami oleh beliau kerana masing-masing di kalangan kami telah mengetahui cerita sebenar melalui web blognya. Alhamdulillah kelihatan zaujahnya telah semakin pulih dan telah pun boleh bangun. Kelihatan wajahnya ceria bersama tetamu wanita walaupun di hatinya masih lagi terkenang peristiwa yang baru seminggu dialaminya.

Setelah hampir sejam kami di rumah beliau, maka saya mewakili sahabat-sahabat memulakan bicara menyatakan tujuan kami datang selain utk ziarah kami juga membawa sedikit sumbangan dari sahabat-sahabat yang prihatin untuk meringankan beban terhadap akhi lotfi. Lalu saya pun menyerahkan sumbangan tersebut kepada beliau. Beliau kelihatan terharu atas keprihatinan sahabat-sahabat (tapi tak de le sampai nangis-nangis...) dan mengucapkan terima kasih banyak kepada sahabat-sahabat.....

Dalam ruangan blog ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang telah sudi menghulurkan sumbangan tersebut. Jazakallah khairan kathira... Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa dari kita ini dapat meringankan sedikit bebanan akhi Lotfi. Itulah indahnya hidup berjemaah. Benarlah sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud "setiap muslim dan muslim yang lain seumpama seperti satu badan, bila mana satu anggota merasa sakit maka seluruh anggota badan akan berjaga dan demam". Marilah kita sama-sama merapatkan lagi ukhwah sesama kita semoga kita diberi ganjaran dan kelebihan di dunia dan akhirat.

Hj Khuzz

Saturday, August 2, 2008

DYMM Yang Di Pertuan Agong di Tanah Haram

Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berada di Tanah Suci dalam rangka baginda dan rombongan menyempurnakan Ibadah Umrah. Baginda sampai di Saudi sejak Ahad lepas. Selepas dua hari di Madinah Al-Munawarah baginda dan rombongan kemudian datang ke Makkah Al-Mukarramah.
Kami rakyat Malaysia yang berada di tanah haram ini merasa sangat-sangat gembira dengan kedatangan Tuanku dan kami mengharapkan ada ruang untuk bertemu mata dengan Tuanku. Hari demi hari kami lalui, tiada pun jemputan dan panggilan dari pihak berwajib bagi memaklumkan adanya pertemuan antara Tuanku dan rakyat baginda yang berada di Tanah Haram ini. Terdedik jugak hati ini adakah kedatangan Tuanku ke Makkah kali ini hanya semata-mata untuk mengerjakan ibadah umrah atau pihak yang berwajib gagal memprogramkan masa Tuanku untuk bertemu rakyat. Tiba-tiba setelah 2 hari tuanku di Makkah saya mendapat khabar dari Hj Lutfi bahawa Tuanku akan mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di tingkat 1 Masjidilharam.
Pertemuan dengan pelajar berjalan dengan jayanya. Ketika ini hanya 3 orang pelajar yang tidak pulang ke tanah air. Mereka adalah Hj Abdul Rahman, Hj Lutfi dan Hj Meor. So mereka bertiga sahajalah mendapat peluang bertemu Tuanku. Sila rujuk gambar dibawah.


Gambar atas kelihatan Hj Rahman membisikkan sesuatu kepada Tuanku dan didengar dengar penuh minat oleh Tuanku, manakala gambar bawah kelihatan Hj Lutfi dan Hj Meor sedang beramah mesra dengan Tuanku. Beruntung le mereka bertiga…
Maka kami yang bukan bergelar pelajar ini bercakap sesama kami mungkin hari ini masa utk pelajar mengadap Tuanku, mungkin hari-hari berikutnya akan ada masa bagi kami pula untuk mengadap dan bertemu Tuanku yang di kasihi. Penantian kami hampa….
Pada hari jumaat 1 Ogos 2008 ketika kami selesai menunaikan solat jumaat, kami mendapat khabar bahawa petang ini jam 2.30pm Tuanku dan rombongan akan mengerjakan tawaf wida’ dan akan berangkat ke Jeddah sesudah itu. Maka ramai le antara kami kecewa kerana tidak berkesempatan mengadap dan bertemu mata dengan Tuanku Yang di Pertuan Agong yang kami kasihi. Apa lah daya kami kerana hanya insan biasa di negeri orang. Dah lah di sini kami sebagai perantau di negara orang sesekali pemimpin datang teringin juga untuk bertemu. Kami pasrah atas keadaan kami…
Bagi mengubati rindu di hati utk melihat wajah Tuanku Yang di Pertuan Agong saya dan beberapa kawan-kawan berpakat untuk menunggu Tuanku di Masjidilharam ketika Tuanku menunakan Tawaf wida’. Kalau tak dapat berjabat salam dan mencium tangan Tuanku, kami dapat melihat wajah Tuanku pun jadilah sebagai penawar rindu terhadap Tuanku. Lalu kami berada di dalam Masjidilharam pada masa yang telah di khabarkan sekejap tadi. Sebentar kemudian kami terlihat sekumpulan askar saudi bertopi hijau dan diiringi oleh polis saudi berjalan masuk ke Haram dan menuju ke Baitillah. Kami menjengah dan kelihatan kelibat tubuh Tuanku segak berkaca mata hitam bersama Permaisuri dan anak-anaknya berada dalam lingkungan askar dan polis itu. Alangkah gembiranya kami dapat melihat wajah Tuanku. Lalu kami pun bersama mengekori dari belakang rombongan Tuanku.

Tuanku dan rombongan menuju ke dalam Masjid selepas selesai Tawaf.
Saya dan sdr Azam sekeluarga mengekori dan sama-sama mengerjakan Tawaf bersama rombongan Tuanku. Dalam hati saya masih lagi berhajat untuk bersalam dengan Tuanku, tetapi setiap kali kami cuba menghampiri Tuanku, kami telah dihalang oleh askar dan pengiring Tuanku. Kami pasrah…
Sahabat saya sdr Azam telah ditarik keluar oleh pengiring Tuanku ketika beliau cuba menghampiri Tuanku. Lalu kami sekali lagi pasrah… Cukup le sekadar melihat wajah Tuanku dan Permaisuri dari jauh untuk melepaskan rindu…. Daulat Tuanku….
Selepas menunaikan Tawaf wida’ Tuanku dan rombongan menuju ke dalam Masjid. Seketika kemudian Tuanku dan rombongan berhenti untuk berdoa. Doa disempurnakan oleh penasihat agama Tuanku, Yang Berbahagia Ustaz Haji Shukri. Ketika itu saya sempat mengambil gambar Tuanku walaupun beberapa kali saya dihalang berbuat demikian. Kami tunggu sehinggalah rombongan Tuanku hilang dari pandangan. Selamat Pulang Tuanku ke tanah air semoga dianugerahkan Umrah yang Mabrur dan dimakbulkan doa Tuanku agar rakyat dan negara berada dalam aman dan sejahtera dan menuju ke Alam Malaysia Baru…


Cuma ape yang terkilan di hati adalah kerana pihak berwajib gagal untuk mengaturkan program untuk rakyat Malaysia yang bertugas di Makkah ini. Sepatutnya buatlah satu program sekurang-kurangnya dapat seketika bersama Tuanku. Apakah kami ini tidak layak untuk bertemu Raja kami atau kurangkah darjat sesiapa yang berwajib itu mengaturkan satu program utk kami. Kelas keduakah kami yang bekerja di luar negara ini…. Berbagai fikiran dan idea bermain di benak fikiran ini. Bagi yang membaca tulisan ini dan berpeluang sampaikan isi hati kami ini tolonglah sampaikan pada yang berkenaan…. Sebab saya dimaklumkan Tuanku cukup menginginkan bertemu dengan rakyat tetapi ianya dihalang oleh mereka-mereka yang mengelilingi Tuanku atas alasan protokol… Entahlah betul atau tidak tetapi saya cukup yakin dari segi peribadi Tuanku, memang Tuanku tiada masalah untuk berjumpa dengan rakyat.
Akhir kata “Tiada Rakyat maka tiada lah Raja. Tiada rakyat Malaysia di Saudi maka tiadalah juga kedutaan dan konsulat di bumi Ambia ini”.