Sunday, June 22, 2008

Bagaimanakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti;

" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."








"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.

Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?


Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:

"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Tuesday, June 17, 2008

Mengahayati sirah di Jabal Nur








Alhamdulillah dengan izin Allah di beri kesempatan untuk mendaki Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira'..semua orang mengetahui tentang sirah di sini..

Tuesday, June 10, 2008

program bersama kerajaan negeri Kelantan






Alhamdulillah..selesai sudah program yang dikira besar..sebelum bermulanya cuti musim panas..antara pimpinan yang hadir ialah exco negeri Kelantan(YB Abdul Fatah Mahmud,YB Che Abdullah,YB Zulkifli Mamat),anak saudara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang(Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man),Ajk Ulama' Negeri Terengganu(Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh)..perasaan yang meluap-luap untuk bertemu dengan YAB Menteri Besar Kelantan tidak kesampaian kerana mengalami keuzuran di saat akhir..beliau diwakili oleh pegawai khas Menteri Besar iaitu Encik Hj Ayub..Tuan Guru hanya menyampaikan salam kepada hadirin yang hadir..

Sunday, June 1, 2008




Alhmdulillah..peluang yang hadir sekali seumur hidup..Berkesempatan untuk bersama-sama mengiringi YAB Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan) melakukan ibadah tawaf di Baitillahhil Haram. Peluang ini sudah barang pasti tidak terdapat di Malaysia..Tawaf ini dipimpin oleh Al Fadhil Ust Rezki Haji Alias(calon Dun Ajil PRU12) sebagai mutawwif dari Al-Quds Travel. Turut bersama dalam rombongan tawaf Tok Guru ialah cucunya dan pengawal peribadi YAB MB

al a'qlu salim fi jismi salim







benar sungguh pepatah ini..akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas..padang futsal di Batha' Quraish..yang menyertai dari negara asia tenggara..Thailand(fatoni).Singapura,Malaysia..

kunjungan pimpinan dari Besut


alhamdulillah..kami di kunjungi oleh yang berbahagia al-fadhil ust abdul aziz .Beliau merupakan bekas adun Kampung Raja@Kota Putera(Besut).semoga bertemu lagi..