Thursday, May 15, 2008

Dakwah : Cabaran dan Rintangan Masakini 1


Oleh : Abu Khairy AlMadinah

Sinopsis : Dakwah dan cabaran pada masakini begitu seiring dengan perkembangan semasa. Ini termasuklah perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin mencabar, globalisasi yang mengakibatkan manusia kebingungan, cacamarba kepimpinan politik dan perlbagai lagi karenah yang mengakibatkan kegiatan dakwah tercabar dan semakin mencabar para da'ie.


Pada alaf baru ini ke 21 ini kita melihat dakwah Islamiah begitu mencabar dikalangan duat. Dakwah merupakan satu tanggung-jawab agama yang mesti dipikul oleh setiap muslim. Ia adalah merupakan usaha untuk menyampaikan saranan agama dan menyeru manusia kepada kebaikan seperti yang didefinasikan oleh Islam. Tanggung-jwaba ini lahir dari komitmen dan iltizam mereka kepada kebaikan iaitu untuk menyampaikan kalimah haq bukan untuk dirinya semata atau keluarga tercinta tetapi kepada manusia massa disekitannya dan warga manusia sejagat.
Ayat 104 dalam surah AlImram Allah SWT telah menukilkan perintah dakwah ini dengan begitu indah tapi penuh dengan mesej kepada manusia muslim yang tidak dapat disangkal lagi.
Dalam usaha mengembangkan dakwah ini tedapat pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dilalui oleh setiap dara da'ie. Ada yang bersifat dalaman (internal) dan ada yang bersifat luaran (external). Iblis, syaitan, manusia kafir, munafiq dan dan golongan taghut sentiasa menjadi batu penghalang kearah penyebarluasan ajaran Allah SWT ini. Ini dijelaskan oleh Allah didalam Surah Al Ahzab ayat 22.
Ayat ini seharusnya memberikan semangat yang semakin teguh kepada para da'ie dalam usaha dakwah mereka yang suci dan bersih yang sudah pastinya tidak dapat lari dari sifat dakwah itu sendiri. Yakni pasti mereka menghadapi rintangan dan cabaran.
Cabaran Terhadap Dakwah
Berikutan perkembangan dunia yang semakin tragis akhir-akhir ini, khasnya setelah berlaku peristiwa 11 September dan pengganasan Amerika di Afghanistan, serangan terhadap Iraq dan keganas Zionis di Palestin maka usaha penyampaian Islam semakin terdedah ancaman dan penentangan yang lebih seru dan getir. Pendakwah Islam sering di label dengan label-label tertentu dan dengan gelaran buruk yang pastinya menuntut kesabaran dan perancangan yang rapi. Ini bagi memastikan matlamat dakwah tercapai, tuntas dan terlaksana disamping mendapat keredhaan Allah SWT.
Dari sekian banyak cabaran, antara yang boleh dinukilkan disini antaranya :-
  • Cabaran Islamophobia
  • Cabaran Faham Sekularisma
  • Cabaran Kuasa Politik yang semakin Undemocratic
  • Cabaran Undang-undang dan Akta Draconian
  • Cabaran Kepimpinan dan Pemimpin yang Korup
  • Cabaran Media, Budaya Barat dan Pendidikan Sekular
  • Cabaran Teknologi Informasi dan Telekomunikasi
  • Cabaran Kritianisati, Zionisma dan Penjajahan
  • Cabaran Globalisasi
  • Cabaran Kepelbagaian Wadah dan Wahana
  • Cabaran Kekurangan Tenaga Da'ie Terlatih

Inilah antara cabaran yang boleh kita bahaskan dan renungkan. InsyaAllah dalam keluaran akan datang kita akan bahaskan cabaran ini dan berharap agar ia akan menjadi benteng persediaan para da'ie dimasa mendatang. Walaubagaimanapun cabaran ini tidak terhad setakat ini, banyak lagi yang boleh kita kongsi berdasar pengalaman masing.

Thursday, May 8, 2008

Kunjungan PJ Perlis di Bumi Barakah









Assalamualaikum wbth..
Alhamdulillah bertemu lagi kita di ruang siber ini, baru-baru ini kami barisan warga tintaharamain yang berada di Mekah telah menerima kunjungan daripada salah seorang pimpinan gerakan Islam tanahair yang amat kita sayangi dan kagumi iaitu Ybhg. Ustaz Hashim Jasin (Pesuruhjaya Pas negeri Perlis )bersama rombongannnya yang terdiri daripada Ybhg. Ustaz Yaakub Abu Seman (Ketua Pemuda Pas Perlis,) Ustaz Yusaini Yahya (Naib Ketua Pemuda Pas Perlis) dan SU Badan Perhubungan Pas Perlis.
Majlis berlangsung di Batha Quraisy pada 7 Mei 2008 bersamaaan 2 Jamadil Awal 1429H selepas solat Isyak. Kami juga dapat solat secara berjemaah dengan rombongan tersebut.
Sebelum mendengar pengisian daripada Ustaz Hashim, kami saling bertaaruf dan al-fadhil ustaz amat gembira dan teruja dengan pertemuan yang sungguh bermakna ini. Kehadiran alhamdulillah amat memberansangkan daripada golongan profesional dan para penuntut ilmu di bumi barakah ini. Semoga kita akan berjumpa lagi di masa-masa yang akan datang.. Salam ukhuwwah dan salam sayang dari kami di perantauan.