Thursday, May 8, 2008

Kunjungan PJ Perlis di Bumi Barakah









Assalamualaikum wbth..
Alhamdulillah bertemu lagi kita di ruang siber ini, baru-baru ini kami barisan warga tintaharamain yang berada di Mekah telah menerima kunjungan daripada salah seorang pimpinan gerakan Islam tanahair yang amat kita sayangi dan kagumi iaitu Ybhg. Ustaz Hashim Jasin (Pesuruhjaya Pas negeri Perlis )bersama rombongannnya yang terdiri daripada Ybhg. Ustaz Yaakub Abu Seman (Ketua Pemuda Pas Perlis,) Ustaz Yusaini Yahya (Naib Ketua Pemuda Pas Perlis) dan SU Badan Perhubungan Pas Perlis.
Majlis berlangsung di Batha Quraisy pada 7 Mei 2008 bersamaaan 2 Jamadil Awal 1429H selepas solat Isyak. Kami juga dapat solat secara berjemaah dengan rombongan tersebut.
Sebelum mendengar pengisian daripada Ustaz Hashim, kami saling bertaaruf dan al-fadhil ustaz amat gembira dan teruja dengan pertemuan yang sungguh bermakna ini. Kehadiran alhamdulillah amat memberansangkan daripada golongan profesional dan para penuntut ilmu di bumi barakah ini. Semoga kita akan berjumpa lagi di masa-masa yang akan datang.. Salam ukhuwwah dan salam sayang dari kami di perantauan.

No comments: