Wednesday, July 29, 2009


Beberapa hari lepas, ana ada terbaca satu artikel yang membicarakan soal perkataan “Kenapa”. Sangat menarik arikel itu. Mungkin kita boleh kongsi bersama dalam blog ini pula. Kewajaran menggunakan kata tanya “kenapa” dalam berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi hierarki, atau dengan orang yang mempunyai hubungan dinamik. Perkara ini sering kita jumpa tapi jarang kita analisakan masalah dan kesannya. Contohnya, hubungan pekerja-majikan, anak-bapa, penulis-editor, kontraktor-subkontraktor, isteri-suami, dan seumpama dengannya. Hubungan dinamik yang ana maksudkan ialah hubungan yang tinggi tujuannya, kerap interaksinya, dan mendalam emosinya.

Dalam hubungan sedemikian, dalam banyak situasi, seseorang yang kurang dominan perlulah berhati-hati menggunakan perkataan ‘Kenapa’ dalam berbicara. Contohnya,
“Kenapa Abang balik lambat?”.Tanya si isteri kepada suaminya. Atau,
“Kenapa kami kena kerja lebih masa hari ni?”. Tanya seorang pekerja kepada majikannya.
“Kenapa mak tak benarkan adik pergi ke rumah kawannya?”. Kata seorang anak kepada ibunya.

Kenapa perkataan “kenapa” mempunyai risiko yang tinggi dalam hubungan interpersonal sedemikian? Kerana, apabila seseorang itu bertanyakan “kenapa”, ia seolah-olah mempertikaikan kebijaksanaan, hikmah dan keboleh fikiran seseorang itu dan kadang-kadang seolah mencabar individu yg di tanya. Ia juga seperti menafikan keupayaan ‘fakulti intelektual’ (pinjam bahasa artikel tsb) seseorang dalam pemikirannya. Justeru, seseorang itu akan kelihatan seperti tidak lagi mempercayai orang yang dipertikaikan itu. Orang yang dipertikai dengan “Kenapa” akan tercabar, dan estim dirinya akan tergugah, kesannya; pasti kecelaruan emosi dan kekecewaan terhadap orang yang menanyakan sedemikian.

Jadi, apa yang patut seorang yang kurang dominan katakan kepada orang yang lebih dominan jika berlaku situasi sebegitu? Apa pandangan anda?
Kenapa akan berisiko tinggi jika ia digunakan untuk mempersoalkan tindakan seseorang yang ditanyai. Jika ia digunakan untuk bertanya tentang keadaan yang tiada kena mengena dengan orang yang ditanya, itu tiada masalah. Contohnya soalan seperti,

“Kenapa hari ni jalan sesak ya?”
“Kenapa daun berwarna hijau?”
“Kenapa ketua kampung awak buat begitu ya?”

Para sahabat Nabi saw adalah contoh kelompok manusia yang mendapat tarbiyah secara ‘live’ daripada pendidik agung itu. Namun, adakalanya mereka juga ada buat silap. Sayyidina Umar pun pernah mengritik keras terhadap Rasulullah sejurus Perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani. Sehingga beliau sering berpuasa untuk memohon ampun atas kesilapan tersebut. Mungkin ada beberapa lagi contoh yang mungkin kita boleh fikirkan.

Pastinya contoh ikutan terbaik ialah Rasulullah saw sendiri. Hampir tiada, komunikasi Nabi mempertikaikan tindakan, tingkah laku, perlakuan para sahabatnya dengan kalimah ‘limaaza’ (“Kenapa”). Mungkin kita boleh cuba mencari, ada tak Nabi sebut, “Kenapa kamu berbuat begitu … dan begini?” Rasanya takde kan? Teman-teman ustaz-ustaz Umm Qura atau yang lainnya mungkin boleh bagi respone kot…(Tolong betulkan jika silap)

Begitu halus sekali komunikasi Nabi sehingga para sahabatnya pun dijaga perasaan begitu sekali. Padahal, Nabi berada di kedudukan yang dominan, masih tetap berlemah lembut dan menjaga perasaan orang lain. So dimana kita, adakah kita sentiasa atau sering menjaga hati dan perasaan orang lain khususnya orang-orang yang kita sayang ketika kita berbicara atau bicaraan kita ikut sedap mulut aje? Betapa jauh bezanya kita dengan baginda Rasulullah saw.
Maka dengan itu dalam ruangan yang terbatas ini ana mengajak diri ana dan semua yang membaca artikel ini supaya banyakkan berfikir dahulu sebelum bertanya dengan perkataan “Kenapa”. Berapa ramai sudah orang-orang yang kita sayang, sahabat-sahabat seperjuangan dan teman dan taulan yang telah terguris hatinya terhadap perkataan “Kenapa” yang telah kita ucapkan. Marilah kita muhasabah sejenak diri kita. Fikir-fikirkanlah.....
Hj Khuzz..

Sunday, July 19, 2009

PM Malaysia Berada di Makkah


Sejak dua hari lepas PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Arab Saudi dalam rangka lawatan beliau selama 4 hari. Setelah ziarah madinah malam tadi PM dan rombongan telah berada di Makkah. Rombongan PM itu tiba di Makkah kira-kira jam 11 malam dan terus mengerjakan ibadah umrah. Sebagai tetamu negara PM dan rombongan dikawal ketat sepanjang mengerjakan ibadah umrah.

PM dan isteri sedang mengerjakan tawaf
Sebaik selesai mengerjakan umrah, PM dan rombongan singgah di D'saji food court yang terletak di Al-Safwah Royal Orchid untuk supper. Beberapa menu istimewa menjadi hidangan PM sempena lawatan pertama PM sejak anak syarikat felda itu beroperasi di kota Haram ini.
Hari ini ahad 19 Julai 09, satu pertemuan rasmi antara PM dengan rakyat Malaysia telah diadakan di Hilton Jeddah. Oleh kerana hari ini hari keje, bagi kami di Makkah ni tak dapeek le ikut serta untuk makan free... Wakil rasmi Makkah untuk pertemuan itu adalah Haji Arshad. Sehingga berita ini ditulis tiada lagi laporan dari wakil Makkah, mungkin beliau kekenyangan sampai lupa kat kawan kawan. hehehehe...

Hj Khuzz

Saturday, July 11, 2009

AJYAD HOSPITAL

Setelah di berhentikan operasinya hampir 2 bulan yang lepas, kini hospital Ajyad yang terletak kurang 200 meter dgn Masjidil haram telah dirobohkan mulai hari selasa 7 July 09 yang lalu. Hospital itu yang berusia 55 tahun itu dirobohkan kerana terlibat dengan projek pembesaran Masjidil haram yang bermula sejak 2 tahun yang lepas. Kalau tidak silap saya inilah bangunan yang paling akhir dirobohkan yang berada paling hampir dengan Masjid.


Kerja-kerja meruntuhkan bangunan sedang giat berjalan

Kawasan hospital itu akan dibina dataran solat yang mempunyai keluasan 3000 sqm dan dijangka dapat menampung 7000 orang jemaah.

Mulai hari ini (sabtu 11 July 09) laluan di tepinya juga telah ditutup kepada semua lalu lintas kerana faktor keselamatan. Keluasan keseluruhan projek di tapak hospital ini adalah berjumlah 20,000sqm di mana ia juga akan dibina tempat letak kereta di bahagian basementnya manakala di bahagian mezzanine pula akan dibina ruang kedai untuk tujuan perniagaan.


Kerja-kerja jelas kelihatan dari food court D'saji felda

Hj Khuzz