Monday, February 23, 2009


Berita lalu...

Sepanjang ana tak bersiaran selama 5 minggu yang lepas banyak jugak cerita-cerita dan peristiwa yang berlaku di Makkah ini. Maka dalam kesempatan ini ingin ana flashback beberapa cerita dan peristiwa tersebut untuk berkongsi ngan sahabat-sahabat semua.



Pada 22 dan 23 Jan 09 yang lalu ana telah ke Madinah Al-Munawarah. Sejak sekian lama tidak ziarah Rasulullah s.a.w. kerana kesibukan dengan tugas dan kerja. Sekarang bebanan kerja agak kurang sedikit maka ana dan keluarga mengambil peluang yang ada ini utk ke sana. Kali terakhir ana ke Madinah adalah bulan Oktober 08 yang lepas di mana ketika itu ana membawa Ibunda tercinta melakukan ziarah disana. Kali ini kami di temani oleh Hj Amin dan keluarga. Terasa seronok bila bermusafir dengan di temani sahabat. Walaupun ketika di Masjid Nabawi kami mempunyai tugasan masing masing tetapi bila nak keluar berjalan kami pergi bersama. Selain ziarah makam Rasulullah, Abu Bakar r.a dan Omar Al-khattab r.a dan perkuburan Baqi, kami juga pusing-pusing sekitar bandar Madinah dan ziarah seorang sahabt yang baru menerima cahaya mata iaitu Hj Hakimi.


Pada pagi jumaat anak-anak mengajak untuk pergi ke Baidho' atau dikanali sebagai Bukit Magnet. Disini kereta boleh bergerak dengan tidak menghidupkan injin sehingga kelajuan mencecah 120km/h.


Kedudukannya yang tidak curam tetapi kereta mampu bergerak sehingga ke kelajuan itu. Itulah antara yang menarik dan ajaib tempat ini. Ianya dikelilingi oleh bukit bukau yang agak tinggi. Disini juga dijadikan tempat berkelah pak-pak arab dan famili. Tetapi oleh kerana waktu kami pergi kesana tu pagi jumaat maka tidak kelihatan pun pak arab berkelah disitu tetapi jika pegi waktu petang kawasan ini dengan sendiri nya menjadi sibuk dan padat.

Selepas solat fardhu jumaat di Masjid Nabawi, Kami check out dari hotel kemudian kami singgah menziarahi Hj Hakimi yang baru menerima cahaya mata yang pertama. Turut bersama kami adalah pelajar dari Universiti Madinah (Ust Aziz dan Ust Lokman). Pada hari itu rupanya hari pertama Baby Sarah dibawa pulang selepas di tahan di wad beberapa hari kerana kuning. Zaujah ana diminta oleh Daddy dan Mummy Sarah untuk memandikan Baby. walaupun tugas itu telah ditinggalkan sejak 7 tahun yang lepas my wife sudikan diri untuk memenuhi permintaan Daddy dan Mummy Sarah itu. Agak lama juga kami disitu, setelah menghabiskan apa yang patut diatas meja tuan rumah maka kami minta diri utk berangkat pulang ke Makkah. Semoga Baby Sarah sihat walafiat dan membesar dengan semangat Siti Sarah iaitu isteri kepada Nabi Ibrahim. Kami mulakan perjalanan pulang ke Makkah jam 6.00pm dan Alhamdulillah sampai di Makkah jam 9.30pm. Itu ana le, Hj amin mungkin sampai jauh lebih awal dari kami kerana dia guna kete McLaren BMW. Kami makan asap je le.


Hj Khuzz
PERPISAHAN

Perpisahan adalah satu lumrah kehidupan. Pepatah melayu ada menyebut "Patah Tumbuh Hilang Berganti" menggambarkan perpisahan sering berlaku dalam kehidupan kita. Selagi ada pertemuan selagi itulah adanya perpisahan. Perpisahan di dunia ini adalah perpisahan yang sementara kerana mungkin ketika ini kita berpisah tetapi di masa akan datang akan bertemu kembali tetapi di sana ada lagi satu perpisahan iaitu perpisahan yang kekal abadi. Perpisahan antara Roh dan Jasad merupakan perpisahan yang menyebabkan perpindahan manusia dari alam dunia ke alam kubur sebelum menuju ke alam akhirat. Dalam ruangan ini ana ingin mengajak semua sahabat agar merenung sejenak akan perpisahan ini. Adakah perpisahan yang kekal ini, kita akan disambut dengan kala jengking atau kita sambut oleh sang bidadari anggun di alam kubur nanti. Sama-samalah kita berusaha agar perpisahan terakhir kita agar di sambut dengan senyum tawa sang bidadari Insyaallah.....

Ust Rahman sedang menyampaikan ucapan


Malam tadi ana mempengerusikan satu Majlis Perpisahan, di mana majlis itu bersempena dengan keberangkatan pulang Ust Hj Abdul Rahman Hamzah. Majlis tersebut berlangsung di rumah Hj Najib Jeddah. Ust Rahman akan pulang ke tanahair hari rabu ini (25hb Feb 09) setelah lebih sepuluh tahun beliau menetap di Makkah. Beliau akan pulang bersama seorang isteri (Datin Ayu a.k.a MissAbaya) dan seorang Mujahid Makkah (Muhammad Bin Abdul Rahman).


Dalam ucapan selamat tinggalnya, Ust Rahman berpesan kepada sahabat-sahabat agar menghargai rezeki tinggal di tanah haram atau berhampiran dengannya. Ini adalah kerana bukan mudah untuk tinggal di Makkah ini. Berapa ramai orang yang bukan setakat ingin tinggal di Makkah, tetapi hanya ingin datang mengerjakan haji dan umrah sahaja tetapi terpaksa menempuhi terlalu banyak halangan dan ujian. Satu cerita yang di ketengahkan adalah bagaimana seorang gurunya yang berhasrat menghantar anaknya untuk belajar di Makkah atau Madinah, berbagai cara dan usaha di lakukan untuk mendapat kelulusan itu. Setelah bertahun lamanya usaha tersebut dilakukan akhirnya, anaknya diterima untuk belajar di Universiti Madinah. Setelah tiba di Madinah ketika pemeriksaan kesihatan sebelum mendaftar masuk ke Universiti itu, anak si ustaz ini telah di sahkan mengidap hepatitis B. Lalu diarahkan pulang dan tidak boleh mendaftar di Universiti Madinah.


Maka bagi kita yang masih diberi peluang oleh Allah untuk terus tinggal di Tanah Haram ini sayugianya lah kita mengambil benar-benar manfaat di atas peluang ini. Rajinkan diri untuk sentiasa pergi solat ke haram dan buatlah tawaf sekurang-kurangnya sekali sehari. Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dan pengiktibaran di atas apa yang dinyatakan oleh Ust Rahman.


Hj Najib (Kanan) sedang menyampaikan cenderahati kepada Ust Rahman

Ini merupakan majlis perpisahan kedua yang ana hadiri sempena kepulangan ust Rahman. Beberapa minggu lepas Persatuan Pelajar Malaysia (PPM) juga mengadakan majlis yang serupa tetapi lokasinya di Muzdalifah. Semua sahabat-sahabat usrah Makkah dan pelajar Malaysia telah hadir ke majlis itu.

Majlis perpisahan Ust Rahman anjuran PPM di Muzdalifah.


Kaum ibu sedang asyik mendengar ucapan dari majlis

Dengan ini marilah sama-sama kita berdoa agar Ust Rahman kembali ke tanahair dengan selamatnya, success dalam semua urusan yang akan diceburinya dan yang utama semoga Ustaz beristiqamah dalam perjuangan Islam dan tidak hanyut dengan godaan duniawi. Wslm..

Gambar Ust Rahman dan Family yang ada dalam simpanan ana


Hj Khuzz

Saturday, February 21, 2009

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Bertemu kembali... Diam tak diam telah 5 minggu ana tak update blog ni, dengan itu juga bermakna 5 minggu kita semakin hampir dengan alam kubur. Dunia semakin jauh dari kita manakala kubur dan akhirat semakin menghampiri kita. Maka dalam kesempatan ini ana ingin berpesan pada diri ana dan semua sahabat yang melawati blog ini semoga takutlah akan Allah dan bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kerana dengan bertaqwalah kita dapat menjadi orang yang benar-benar beriman.
Sejak kebelakangan ini banyak perkara-perkara terjadi yang mengusutkan fikiran kita. Kegawatan ekonomi global dan celarunya politik ditanah air sangat membelenggu fikiran kita.
Kesan kegawatan ekonomi semakin dirasai oleh rakyat di negara kita. Walaupun melalui media massa kerajaan masih menyatakan bahawa negara masih stabil dan tiada kesan krisis ekonomi tetapi bila kita menjengah realiti sebenarnya rakyat sedang berperang dengan kegawatan ekonomi. Rakyat yang bekerja di bidang swasta telah merasai kesan ini. Puluhan ribu pekerja-pekerja kilang telah diberhentikan atau ditamatkan kontrak mereka, maka dengan itu akan meningkatlah jumlah pengangguran di negara kita. Maklumat yang ana terima, sehingga hujung Feb 09 ini jumlah pekerja yang diberhentikan kerja mencecah 170 ribu orang. Jumlah itu anggaran dan tidak termasuk dengan jumlah pengangguran sedia ada dan tidak di kira jumlah graduan universiti yang akan tamat pengajian hujung april ini. Kalau sebelum ini jumlah pengangguran yang diumumkan oleh kerajaan adalah melebihi 100 ribu orang dan anggaran graduan yang tamat pengajian tahun ini lebih 20 ribu orang, maka bulan mei 09 rakyat malaysia yang menganggur boleh melebihi 300 ribu orang. Jumlah ini sangat membimbangkan kerana dengan bertambahnya kadar pengangguran akan menyebabkan kadar jenayah turut bertambah.
Sejak mutakhir ini pelbagai jenis jenayah yang sebelum ini tak pernah kita dengar telah berlaku tanahair kita. Rompak dan samun berlaku di siang hari, peras ugut di tepi-tepi jalan, dan bunuh dengan keadaan yang kejam setiap hari kita diberitakan. Maka dengar keadaan ini sudah barang pasti jenayah akan lebih berleluasa. Pihak polis pula sibuk dengan tugas adhocknya yang semakin rumit iaitu mengepung ceramah politik pembangkang maka banyak kes-kes jenayah berkesudahan dengan tiada penyelesaian.
Sayang nya "Gerak Khas" hanya berlaku di kaca television sahaja. Alangkah baiknya jika "Gerak Khas" benar-benar wujud maka kes jenayah sudah barang pasti akan dapat di selesaikan dengan mampan dan pantas. Sebagai trek rekod gerak khas ini kes jenayah hanya boleh selesai dalam masa 2-3 minggu sahaja so bayangkan betapa "effisien"nya pasukan ini. Cuba beri kes kematian dalam lokap seorang tanahan polis yang bernama Kugan kepada Datuk Yusof Haslam, ana rasa paling lama 3 minggu mereka boleh selesaikan masalah ini tetapi dengan polis di bawah KPN skrg sudah masuk 4 minggu kes itu tak tahu di mana statusnya. Ana berpendapat ramai yang bersetuju dengan pandangan ana, bahawa trek rekod polis itu hanya berlaku di kaca tv sahaja dan realitinya pasukan polis kita jauh terkebelakang. Puncanya kerana polis pun nak masuk politik jugak dan dalam pasukan polis itu sendiri ada politik... Biarlah org politik sahaja yang bermain politik, Polis lebih baik jaga maruah negara dan masyarakat.
Mengenai politik pula semakin bercelaru. Politik Perak masih belum reda walaupun dah masuk minggu ke 3, politik Selangor pula membara manakala PRK bukit Selambau dan Bukit Gantang mula membahang. Semua itu diikuti dekat oleh kita walau jauh diperantauan. Politik Perak memang nampak agak susah utk reda kerana bukan senang nak ambik kuasa dari orang gila hehehehe.. Bila terkena kat batang hidung dia dia kata tak ikut undang-undang bila dia buat semua betul walau terang-terang melanggar perlembagaan. Tak ke gila namanye tu. Susah susah... Ada MB halal lantik MB Haram, elok-elok jadi ADUN Halal pilih utk jadi ADUN BABAS(3 Adun yang lompat), ada MB dan Exco tapi statusnya di gantung kehadiranke DUN. Sekarang kita tunggu minggu depan apa keputusan mahkamah tinggi pulak. Mudah-mudahan iye akan berpihak pada golongan yang benar.... Amiiin.
Kes Program Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) satu lagi isu yang perlu kita sedarkan masyarakat M'sia. Semua cerdik pandai dan ahli bahasa memperjuangkan supaya ianyer di mansuhkan. Mengapakah kita masih lagi kurang yakin akan perkara ini merugikan bangsa? Kalau sebelum ini kes-kes sebegini diperjuangkan oleh parti pembangkang dan akhirnya banyak kes disedari akan baiknya walaupun pada peringkat awalnya ia dikatakan hasil politik sempit pembangkang tetapi dalam isu ini dari mula lagi pakar bahasa dan pejuang bangsa perjuangkan agar ianya di hapuskan.
Maka hendaklah kita sebulat suara menyokong gerakan pemansuhan Program Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini. Kenapakah kita yang bukan pakar bahasa dan bukan pejuang bangsa ini masih nak terima kata-kata dari pemimpin yang bankrup @ korupsi bahasa dan akhlaknya dari menerima hujjah yang bernas dari pembela bahasa. Janganlah kita menggadaikan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita hanya dengan politik dangkal petualang negara...
Hj Khuzz